Masuk Percuma di MAPS Ipoh Bermula Mac Ini




Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk bulan ke-3 pada tahun 2019 ini iaitu bulan Mac. Mungkin ramai kata bulan Januari yang lepas seakan panjang masanya tetapi sebaliknya merasakan Februari yang lepas sangat pendik masanya. Tup tup sudah Mac hari ni kan. Tak kira la mana rasanya, kita punya 24 jam yang sama sehari jadi pergunakanlah masa dengan baik.
Masuk Percuma di MAPS Ipoh Bermula Mac Ini

Masuk Percuma di MAPS Ipoh Bermula Mac Ini


Aku bukanlah mahukan cerita pasal masa sebaliknya aku mahu khabarkan rentetan daripada berita percuma yang aku ceritakan untuk entry sebelum ini iaitu berkaitan dengan tiket wayang percuma yang aku dapat daripada JAG Malaysia. Jadi entry kali ini aku masih lagi ingin ceritakan berkaitan dengan percuma iaitu bermula Mac, rakyat Malaysia boleh masuk percuma di MAPS, Ipoh Perak!

MAPS atau nama penuhnya adalah Movie Animation Park Studios yang telah dibuka secara rasmi pada tahun 2017. Tempat ini merupakan taman teman filem animasi pertama di Malaysia yang bertapak di Ipoh Perak. ermm tapi katanya pertama di Asia juga. Power kome orang Perak.

Filem animasi yang ada di MAPS seperti karekter di bawah DreamWorks Animation, The Smurfs dan juga animasi tempatan Boboiboy dan Upin Ipin. Taman Tema ini sudah tentunya sesuai untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Ini kerana terdapat 23 tarikan menarik, 15 permainan roller coaster yang mendebarkan di 6 zon tema berbeza. (masuk percuma, tapi nak main permainan kena bayar ok)

Masuk Percuma di MAPS Ipoh Bermula Mac Ini

Secara ringkas, jadual baru operasi MAPS Ipoh ini dibuka Setiap Hari kecuali hari Rabu. Pada hari Isnin - Khamis ianya dibuka jam 4 petang sehingga 12 pagi manakala hari Jumaat - Ahad dibuka jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Untuk musim cuti dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam

Jadi sekali lagi, bermula 1 Mac 2019 ini anda boleh masuk ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh secara Percuma dan rancanglah perjalanan anda mengikut jadual operasi yang baru tersebut. Nak lebih informasi, anda boleh pergi ke laman rasmi di www.mapsperak.com/

Sekarang aku ada 2 sebab untuk datang bercuti di Ipoh : Lost World of Tambun dan MAPS. Lost World of Tambun tu sebab aku dapat tiket percuma juga. hahaha tunggu cari sponser nak datang Ipoh je ni.


2/Post a Comment/Comments

  1. Wahhh menariknya.. kalau dekat-dekat tu memang rugilah tak pergi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post