Sambal Gesek Lebih Pedas Di Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus

Jika tak silap, Ayam Gepuk Pak Gembus ini sudah terkenal di Indonesia, jadi mungkin di Malaysia ini merupakan cawangan mereka tetapi di uruskan oleh orang tempatan yang membawa nama mereka. Jadi jika ianya dari Indonesia sudah tentu terkenal dengan Nasi Ayam Penyek.

review ayam gepuk pak gembus

Nasi ini merupakan menu Nasi Ayam Penyek iaitu gabungan nasi putih + ayam goreng + sambal gesek + timun + air kosong.

Cara penyediaanya juga mudah iaitu dengan menggunakan kertas bungkusan beralaskan pinggan tetapi di asingkan ayam berserta sambal gesek dengan nasinya dan sambal geseknya dilayurkan di atas ayam tersebut.

Bagi rasanya pula, seperti yang lain juga, nasi ayam penyeknya bukanlah yang terbaik tetapi hasil gabungan sambal gesek, mereka adalah terbaik. Secara jujur, sambal geseknya sangat pedas weh!

Jaranglah aku makan sambal tak habis, tetapi sambal kali ini aku tak berjaya nak habiskan sambal tersebut. Duduk bawah kipas pun, aku masih berpeluh dan mulut rasa sedikit panas. Nasib baiklah boleh refill air secara percuma.

Nasihat aku, asingkanlah dulu awal-awal sambal tersebut daripada ayam dan cubalah makan perlahan-perlahan.

BACA JUGA : Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

review ayam gepuk pak gembus

review ayam gepuk pak gembus

Seperti dalam gambar, menu yang disediakan dalam bentuk set iaitu SET A (RM7.90), SET B (8.90), SET C (RM9.90) dan SET D (Special) (RM10.90) berserta dengan harga Add-On dan harga minuman. Portionnya memuaskan dan ternyata anda tidak mampu untuk tambah nasi sebab pedas sangat hahaha Pada hari tersebut, aku ambil SET B + TEH O AIS.

review ayam gepuk pak gembus

Bagi anda yang ingin singgah, semua cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus hanya akan ditutup pada hari Jumaat sahaja dan bermula operasi jam 11 pagi sehingga habis dan untuk kawasan tersebut seperti :

  • Gombak
  • Selayang
  • Keramat
  • TTDI
  • Shah Alam
  • Sunway
  • Cheras
  • USJ
  • Danau Kota
  • Kg Pandan
  • Kajang
  • Sg Buloh
  • Cyberjaya

review ayam gepuk pak gembus

Tempat yang aku makan tersebut adalah di Kajang, iaitu berdekatan dengan Plaza Metro Kajang di Bandar Kajang.

Cawangan sini tak ramai, sebab aku sampai waktu puncak tengah hari pun masih ada meja kosong. Jadi boleh makan dengan tenang berbanding cawangan lain, katanya perlu beratur sehingga 30 minit untuk makan. Cuba la atur perjalanan anda.

Seikhlasnya Ayam Gepuk Pak Gembus boleh terus di repeat dan repeat dan repeat walaupun ianya pedas.

3/Post a Comment/Comments

  1. Dah try kat rasa di cawangan keramat. Memang pedas berapi haha

    ReplyDelete
  2. Nampak cili dia pun dah tau mesti pedas ni. Tapi pedas tu yang sedap..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post