Trivia Menarik Filem DCEU, Shazam



trivia shazam

Shazam telah ditayangkan di pawagam beberapa minggu yang lepas. Rata-rata peminat filem adiwira memberikan komen dan markah yang memberangsangkan kepada filem tersebut. Ianya sekarang lebih fun berbanding dengan filem-filem DCEU sebelum ini yang rata-ratanya agak dark yang mungkin susah diterima oleh ramai orang. Aku masih belum berkesempatan untuk menonton, mungkin dalam masa terdekat ini. Jadi aku nak kongsikan trivia menarik berkaitan dengan filem Shazam


Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 4 April 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 12 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel, Mark Strong, Grace Fulton
Pengarah: David F. Sandberg

trivia shazam

Sinopsis Ringkas

Seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Billy telah dikurniakan kuasa enam adiwira purba oleh ahli sihir yang sedang nazak. Dia hanya perlu menyebut nama ahli sihir itu, iaitu Shazam, dan dia akan bertukar menjadi adiwira dewasa. 

Trivia Menarik Shazam

  1. Para pembuat film ini memberi tahu mendapat idea daripada filem fantasi remaja Big (1988) dan juga Stranger Things (2016) sebagai pengaruh pada filem ini
  2. Anak patung Annabelle dari pengarah David F. Sandberg, Annabelle: Creation (2017) boleh dilihat di tingkap kedai ketika menonton filem Shazam ini. Kedua-dua filem dibintangi Grace Fulton. Ini adalah kali kedua bahawa anak patung tersebut telah muncul dalam filem DC Comics; sebelum ini dilihat di dalam filem Aquaman (2018).
  3. Pada awal pembikinan, filem ini berjudul "Billy Batson & The Legend of Shazam."
  4. Ini adalah filem ke-5 beradaptasi daripada komik daripada Mark Strong setelah bekerja di dalam filem Kick-Ass (2010), Green Lantern (2011), Kingsman: The Secret Service (2014), dan Kingsman: The Golden Circle (2017).
  5. Filem ini dilancarkan pada ulang tahun ke-80 kelahiran Kapten Marvel.
  6. Filem ini dilakonkan di Philadelphia, tetapi kebanyakannya difilemkan di Toronto.
  7. Menurut daripada para pembuat filem, bahagian paling sukar untuk mereka bentuk suit itu adalah mendapatkan reka bentuk 'thunder' untuk masuk ke dalam kotak dada segitiga.
  8. Shazam merupakan akronim daripada names of the gods that grant powers: (Solomon - Kebijaksanaan. Hercules - Kekuatan. Atlas - Stamina. Zeus - Kuasa. Achilles - Keberanian. Mercury - Kelajuan)
  9. Ini juga merupakan filem DC Universe yang ketujuh
  10. Wataknya ditunjukkan dengan keupayaan untuk memanipulasi elektrik, kuasa yang tidak dimilikinya di dalam komik.


IMDB rating : 7.6/10

sumber: IMDB dan cinema.com.my

3/Post a Comment/Comments

  1. Trivia menarik. Dah tengok masa opening weekend, cerita dia okay tapi rasa lagi seronok kalau tengok sama2 family. Memang heavily inspired dari cerita2 lama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post