Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa pihak Kerajaan akan memberi bantuan khas kewangan kepada Penjawat Awam bagi tahun 2019.
Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media dan berkongsikan di laman web rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.
Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.
Alhamdulillah.
ReplyDeletesyukur :)
DeleteTahniah semua PA Persekutuan dan pesaranya
ReplyDeletepergunakan bantuan sebaik mungkin
Deletealaaaa, untuk kakitangan awam je ke? ehehehe
ReplyDeleteuntuk kakitangan swasta itu kene tanya bos. suruh bagi lebih hehe
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeletePost a Comment