Siapa Yang Layak Membuat Penangkapan Orang Yang Tidak Berpuasa?



Sekarang sudah hari ke-11 umat Islam khususnya di Malaysia berpuasa di bulan Ramadan. Mungkin ada sebahagian tempat di Malaysia sedang berpuasa dengan cuaca yang panas dan sebahagian yang lain berpuasa dengan cuaca hujan atau redup.

Ingatlah Ramadan itu sendiri bermaksud terik. Jadi bersyukurlah jika kita terus diberi kesempatan untuk melalukan ibadah yang ke-3 ini dalam senarai Rukun Islam.

Siapa Yang Layak Membuat Penangkapan Orang Yang Tidak Berpuasa?

Tetapi dalam masa yang sama, ada juga sebahagian umat Islam yang tidak mampu berpuasa dek kerana masalah kesihatan, masalah perempuan, kanak-kanan dan sebagainya. Itu semua sudah sedia maklum.

Yang tidak dimaklum dan bukan perkara biasa adalah, ada diantara orang Islam sendiri yang tidak berpuasa kerana tiada alasan yang kukuh. Pada tahun ini sahaja ada beberapa notis saman telah dikeluarkan kepada individu-individu terlibat.

Pihak berkuasa berusaha keras bagi membendung masalah sedemikian daripada terus berlaku ketika di dalam bulan yang mulia ini. Setiap tahun, memang kita akan baca ada sahaja notis saman atau individu kene angkut naik 'van jenazah' oleh pegawai penguatkuasa

Siapa Yang Layak Membuat Penangkapan Orang Yang Tidak Berpuasa?

Sekali gus perkara ini juga memberi jentikan kepada individu di bahagian lain iaitu di media sosial. Tiba-tiba ada yang mempersoal khususnya di ruangan Twitter.
Mengapa orang Jabatan Agama rajin sunggu cari orang tak puasa dalam bulan Ramadan tapi tak rajin pula cari orang susah yang memerlukan bantuan
Adakah kenyataan ini benar mengikut apa yang di tweet kan oleh individu tersebut. Betul 'orang jabatan agama' bertindak sedemikian.

Jadi dengan timbulnya perkara ini, ada individu yang merupakan Peguam Syariah Muhammad Syarafi tampil memberi jawapan balas secara ringkas kepada individu tersebut dengan membuat pembetulan faktas asas yang perlu difahami melalui akaun peribadi twitternya.

Beliau memberi tahu bahawa, Jabatan Agama tidak mencari orang susah kerana ianya bukan bidang tugas mereka kerana yang mencari orang susah adalah daripada Pusat Zakat sendiri di bawah Majlis Agama

Ianya menambah lagi, manakala yang mencari orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadan adalah Penguatkuasa Agama (bawah Jabatan Agama) dan itu memang bidang tugas mereka.

Mereka (Pusat Zakat) membantu golongan asnaf yang mempunyai rekod pendaftaran dengan mereka untuk mengelakkan isu penipuan yang kerap berlaku masa kini.

Pada akhir tweet balas daripada Peguam tersebut, beliau memberitahu kepada individu tersebut bahawa, 'belajarlah membezakan antara Majlis Agama dan Jabatan Agama yang mereka sebenarnya adalah 2 entiti yang berbeza dan juga belajar dari sudut bidangkuasa, peranan dan fungsi'

Semoga ini memberi sedikit sebanyak penjelasan kepada orang lain juga berkaitan dengan Majlis Agama dan Jabatan Agama. Anda boleh baca sendiri bidang tugas di laman web rasmi Jabatang Agama Negeri dan Majlis Agama Negeri



5/Post a Comment/Comments

  1. okay. faham sudah. thank you so much utk pencerahan tu. ^^

    ReplyDelete
  2. Masing2 ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. bengang tul kpd org dewasa yg ponteng puasa tanpa alasan yg kukuh ni. malu kat kanak2 yg sanggup puasa penuh!

    ReplyDelete
  4. Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab. Mana boleh main serang je

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post