Jenis-Jenis Kawan Yang Kita Jumpa Setiap Hari

jenis jenis kawan

Tidak boleh tidak, sebagai manusia yang hidup bermasyarakat setidak-tidaknya kita mesti punyai kenalan ataupun digelar kawan.

Anda mula masuk sekolah, anda jumpa manusia yang sebaya dengan anda, akhirnya manusia itu menjadi kawan. Anda mula masuk sekolah yang lebih tinggi, anda jumpa lagi kawan baru, masuk universiti, ditempat kerja. Anda akan bertemu ramai orang yang mungkin menjadi kawan anda.

Tetapi selama kita berkenalan, berjumpa, bertegur sapa, bergurau dengan mereka yang digelar kawan ini, pasti ada pelbagai riaksi atau rasa terhadap mereka. Mungkin kawan A kita rapat, kawan B kita boleh luah perasaan, kawan C boleh ajak bergurau, kawan D yang mengajak kita kepada kebaikan atau pun kawan-kawan lain yang mengajak kita kepada perkara buruk atau melakukan kemungkaran.

Baca Juga : 5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya

Jadi disini, sedikit sebanyak ingin berkongsi, 4 jenis kawan yang digolongkan mengikut pandangan-pandangan orang yang berilmu.

jenis jenis kawan

4 Jenis Kawan Yang Ada


Antara jenis kawan tersebut adalah :

#1. Kawan Yang Kita Perlukan


Jika tumbuhan untuk hidup, mereka perlukan air yang cukup, baja yang cukup untuk tumbuh mekar. Kita juga manusia untuk terus sihat, kita perlukan makanan bernutrasi dan makanan yang baik.


Jadi dalam kehidupan sosial juga, kita perlukan kawan iaitu kawan yang diperlukan atau lebih islamik kawan akhirat. Bagaimana nak tahu dia kawan akhirat kita? Bila kita duduk dengan dia je, tiba kita jadi baik, ucap kata-kata baik, walaupun kita sedar yang kita ini tidaklah baik seperti itu bila tiada bersama kawan ini.

#2. Kawan Macam Ubat


Ubat sifat dia adalah penyembuh kepada kesakitan. Kita tidak disarankan untuk mengambil ubat kalau kita tidak sakit. Jadi bila sakit sahaja kita perlukan ubat ini.

Dalam konteks kawan pula, kita perlukan kawan ini seperti di masa-masa tertentu sahaja. Seperti contoh, kalau kita sedang sedih, kita mungkin ada kawan yang tidak lekang dengan gelak tawa atau jenaka yang disampaikan. Sama juga seperti kita sedangn stress. Kita cari 'ubat' untuk menghilangankan stress kerja atau belajar dengan kawan-kawan seperti ini.

#3. Kawan Umpama Penyakit


Kita mungkin tidak lari dariapda penyakit jika kitda tidak jaga tubuh badan kita dengan baik. Yang pastinya jika ditanya, kita memang taknak pun punyakit. Terdapat banyak keburukannya bukan.

Sama juga dalam konteks kawan. Mungkin jika kita berkawan dengan golongan ini, kita triggered untuk melakukan perkara yang tidak baik. Duduk dengan kawan ni je, rasa nak mengumpat, rasa nak membawang dan sebagainya. Ianya terbalik dengan golongan kawan yang pertama tadi.

Untuk golongan kita, kita tidak seharusnya meninggalkan mereka. Jika anda rasa mereka itu kawan yang umpama penyakit maka anda yang juga digelar 'kawan' oleh mereka harus menjadi ubat untuk mereka. Sekali gus dapat mengubati penyakit tersebut.

#4. Kawan Seperti Racun


Racun yang antara sifat semulajadinya adalah bersifat membunuh. Jadi racun ini seharusnya dihindari terus dalam hidup kita. Golongan ini mungkin terus menerus akan mengajak kita ke arah kemungkaran yang tidak diredai oleh Allah.


Daripada 4 golongan ini, anda tergolong dalam golongan yang mana? Golongan kawan yang diperlukan? kawan umpama ubat? kawan umpama penyakit? atau pun anda kawan seperti racun Antara 4 golongan ini, agar kita tidak termasuk didalam golongan yang ke 4 iaitu kawan umpama racun.

Di zaman teknologi ini, kita juga bukan berkawan dilama realiti tetapi kita mudah mendapat kawan di alam maya menerusi media-media sosial. Mereka juga boleh menjadi kawan kepada kita. Jadi anda menjadi kawan alam maya dalam golongan yang mana kepada mereka?

Ingat, dengan siapa kita berkawan atau bersahabat, bagaimana mereka, begitulah juga diri kita. Renungan hadis daripada Rasulullah SAW dalam konteks berkawan atau bersahabat
“Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin.” (HR. Abu Daud)

sumber: youtube

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Jenis-Jenis Kawan Yang Kita Jumpa Setiap Hari"

Comment Author Avatar
Yang best, ada kawan yang membawa kita kepada akhirat dan bukan ke arah Neraka. :). Ustaz Abdul Somad habaq, kalau dapat rakan yang membawa kita ke arah akhirat adalah rezeki yang sangat hebat. Ia bukan sia2 kerana anugerah terhebat daripada Allah.
Comment Author Avatar
minta dijauhkanlah kawan no 4 tu
Comment Author Avatar
Kadang-kadang rasa macam takde kawan pun, lebih pada kenalan huhhuuhuhu
Comment Author Avatar
huhu jauhkanlah dari no3 dan 4 tuh