Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pulang Berhari Raya

pulang berhari raya

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Sudah tentunya khusus bagi umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan ini untuk bercuti dan ingin pulang ke kampung bagi merayakan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara.

Sudah pastinya, ramai yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Justeru itu tidak boleh tidak, pastinya jalan raya akan sibuk dan dipenuhi dengan kenderaan sama ada, motosikal, kereta hatta yang pulang menaiki kenderaan awam seperti bas.


Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku, pihak Polis Diraja Malaysia berkongsi dengan orang ramai #infobersama iaitu 5 perkara yang wajib perlu dilakukan sebelum pulang bercuti bagi memastikan semuanya berjalan lancar agar cuti Hari Raya lebih bermakna

5 Perkara Wajib Perlu Dilakukan Sebelum Pulang Berhari Raya

1.   Periksa kenderaan / Tiket

Pastikan korang memeriksa keadaan kereta seperti keadaan tayar, brek, pendingin hawa dan keseluruhan komponen kereta dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini dalam perjalanan nanti.

Bagi yang pulang dengan kenderaan awam, pastikan tarikh dan masa di tiket dicetak dengan betul dan sampai di stesen dengan masa yang lebih awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tertinggal bas/keretapi/kapal terbang dan sebagainya.

2.   Keselamatan rumah

Pastikan semua pintu rumah berkunci dengan baik. Juga padamkan suis perkakasan elektrik dan tutup paip air sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan pembaziran atau kejadian buruk berlaku ketika kita tiada di rumah.

3.   Maklumkan kepada polis dan jiran

Sebelum ingin bertolak pulang, jangan lupa maklumkan kepada jiran, polis dan pengurusan kondominium atau kediaman korang tentang ketidakberadaan seisi keluarga di rumah. Ia bagi memastikan keselamatan kediaman anda dipantau ketika berada di kampung.


4.   Tambah nilai kad Touch n' Go

Harus diingat, semua lorong tambah nilai di semua plaza tol ditutup sepanjang Aidilfitri. Oleh itu, tambah nilai kad prabayar anda sebelum tarikh tutup. Mungkin korang boleh tambah nilai di kedai serbaneka seperti 7eleven atau di stesen-stesen minyak sebelum memulakan perjalanan.

5.   Pastikan badan dalam keadaan bersedia

Sebelum memulakan perjalan, sebaiknya pastikan dapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan microsleep ketika memandu. Tetapi jika masih lagi mengantuk ketika memandu, berhentilah sebentar di mana-mana kawasan rehat untuk dapatkan rehat sebentar. Jangan lawan mengantuk ketika memandu!

Selain daripada itu, Pihak PDRM juga telah mengeluarkan satu aplikasi yang diberi nama Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang bertujuan memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak Polis.


Antara maklumat dan aduan adalah seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludupan, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.
Modul yang terdapat dalam Volunteer Smartphone Patrol adalah:
  1. Aduan - Menyalurkan maklumat kepada pihak polis
  2. Balik kampung - Menghantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak polis untuk membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
  3. Direktori - senarai alamat dan no telefon ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapat matlumat dan perkhidmatan. Ianya juga dilengkapi dengan Google Maps.
Korang boleh muat turun di smartphone anda bagi:

Pengguna iOS: Appstore
Pengguna Android: Playstore

4/Post a Comment/Comments

  1. terima kasih atas sharing berguna ni :D

    ReplyDelete
  2. 6. pastikan poket dan wallet berisi

    ReplyDelete
  3. kena jaga2.
    semuanya dlm mode hati-hati.
    terutama yg berjalan jauh & bakal tinggalkan rumah berhari-hari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post