Trivia Menarik Tulisan Jawi


Sejak berkecimpung dalam dunia blogger yang mana kerap mengeluarkan blogpost berkaitan dengan Khat Kufi, pastinya akan menggunakan tulisan jawi atau menggunakan bahasa arab. Yang sedia maklum tulisan jawi dan tulisan arab tidak jauh berbeza dari segi bentuk huruf tetapi sedikit perbezaan dari segi bilangan huruf.

Jika saya dapat tempahan nama daripada pelanggan sudah pastinya saya akan tukarkan nama tersebut dari tulisan rumi ke jawi. Ini biasa, saya akan google nama tersebut diikuti dengan rumi ke jawi atau rulisan rumi ke perkataan arab.

BACACara Menggunakan Tulisan Jawi Di Telefon Anda Untuk Android dan iPhone

Jadi dengan itu, dalam masa saya mereka bentuk Khat Kufi tersebut, saya juga belajar bagaimana tulisan jawi itu. Kadang terfikir, kalau tulisan rumi ini tidak wujud di Malaysia, sekarang ni mungkin kita pegang pen khat untuk menulis menggunakan perkataan jawi bukan.

trivia tulisan jawi
ejaan jawi bagi pemain Manchester United

Disini saya nak kongsikan trivia menarik tulisan jawi yang saya dapat inputnya daripada youtuber Ajar. Sangat menarik sebenarnya disebalik tulisan jawi ini. Sebagai bangsa Melayu yang melopori tulisan jawi, kita mesti tahu serba sedikit berkaitan dengannya. Jom kita tengok trivia menarik mengenai tulisan jawi.

Trivia Menarik Tulisan Jawi

1.   Tulisan Jawi Berkembang Kerana Islam

Melalui perkongsian video tersebut, tulisan terawal yang wujud di Tanah Melayu adalah tulisan Pallava yang seterusnya bertukar ke tulisan jawi kerana lebih mudah memahami tulisan Al-Quran dan Hadis. Jadi sekali gus, ketika itu siapa menggunakan tulisan jawi, mereka itu beragama Islam.

2.   Tulisan Jawi Sebenarnya Berumur Lebih 1000 Tahun

Di Malaysia, mungkin rata-rata tahu apa itu Batu Bersurat lagi-lagi jika anda tinggal di Terengganu. Di bandar Kuala Terengganu sendiri dibangunkan replika Batu Bersurat bukan. Kalau sekarang, jika kita bercuti ke Kuala Terengganu, mesti nak pergi Muzim Terengganu yang mana terletaknya dan tersimpannya Batu Bersurat tersebut. Batu itu katanya sudah wujud sekitar tahun 1003 masihi lagi. Sekarang sudah 2019 pun. Bukan 1000 tahun tu kan umurnya. Dibandingkan dengan tulisan rumi kita sekarang, mungkin ikut umur tahun kemerdekaan Malaysia. 50-60 tahun.

trivia tulisan jawi

3.   Penambahan Huruf-Huruf Jawi

Penambahan huruf yang dibuat oleh orang Melayu terhadap tulisan jawi iaitu sebanyak 6 huruf iaitu  ﭺ, ڠ, ﭪ, ݢ, ۏ, ڽ. Dengan penambahan huruf daripada tulisan arab iaitu sebanyak 31 huruf dan menjadi 37 huruf bagi tulisan jawi. Kita tahu, orang Arab tak boleh sebut beberapa huruf tulisan jawi tetapi tidak pada orang Melayu. Ada yang mengatakan antara lidah bangsa yang lembut adalah lidah Melayu, semua bahasa dia mudah untuk menyebut. Betul ke?

4.   Tulisan Jawi Terus Berevolusi

Inilah antara kesusahan yang aku alamai ketika hendak tukarkan tulisan rumi ke jawi untuk melalukan reka bentuk Khat Kufi. Jika dahulu, tulisan Jawi ini lebih tepat kearah tulisan Arab, tetapi kini ianya berevolusi bagi memudahkan orang Melayu belajar tulisan Jawi. Jadi tahun demi tahun, mungkin ada pertukaran bagi ejaan jawi. Sebenarnya, anda boleh ketahui tulisan jawi dengan lebih tepat melalui laman sesawang Dewan Bahasa & Pustaka, DBP di  http://prpm.dbp.gov.my/. Tetapi bagi nama individu sepertinya tiada tulisan jawi disediakan.

5.   Tulisan Jawi Mula Hilang

Tidak boleh tidak, sekarang ni kita kene terima bahawa kita mula hilang jati diri kerana datang daripada pengaruh luar. Salah satunya adalah tulisan Jawi ini. Secara rasminya, tulisan rasmi Malaysia diperkenalkan pada 1963 iaitu menggunakan tulisan rumi tetapi tulisan Jawi masih boleh lagi digunakan. Tetapi ada beberapa negeri yang sepertinya masih lagi mengangkat tulisan Jawi ini ke tahap yang lebih baik seperti Kelantan dan Terengganu. Kita boleh lihat, setiap papan tanda, tulisan di papan tanda jalan, kedai-kedai, rata-ratanya ada ditulisan tulisan Rumi dan tulisan Jawi. Kan bagus tu! Kini Pahang sudah mula sedikit-sedikit ingin memartabatkan tulisan Jawi ni. Good job guys!

trivia tulisan jawi

Harap tulisan Jawi ini tidak akan hilang dan lenyap daripada dunia Malaysia khususnya dimana iainya lahir disini. Inilah merupakan antara bukti jati diri kita, jadi peganglah seeratnya supaya tidak ditelan zaman. Anda pandai jawi, sekali gus anda pandai baca Al-Quran. kan bagus tu. Jadi inilah serba sedikit trivia yang ada bagi Tulisan Jawi.

Di blog ini aimanabdullah.com akan disediakan 1 slot Kufi Wednesday dimana setiap rabu akan dikeluarkan satu blogpost berkaitan Khat Kufi yang rata-ratanya menggunakan tulisan Jawi dan juga tulisan Arab. Mungkin anda boleh pelajari sesuatu kan. Kalau anda nak buat tempahan Khat Kufi pun boleh.

5/Post a Comment/Comments

  1. Cantiknya tulisan jawi ni. Marsha pun dah lama tak tulis jawi

    ReplyDelete
  2. Suka tgk khat kufi. Berseni. Harap x hilang tulisan jawi di malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan sejuk mata melihat tulisan Jawi 😎

    #293 😄

    ReplyDelete
  4. saya bangga krn zaman sekarang subjek jawi ni dititikberatkan dlm pendidikan sekolah rendah.
    saya turut belajar bersama-sama anak-anak.
    jawi is unik.
    ada seninya. sgt cantik :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post