July 2019 - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Wednesday, 31 July 2019

Kufi Wednesday Khas #85 | Yang di-Pertuan Agong

Kufi Wednesday Khas #85 | Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong


Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena pertabalan Seri Paduka Baginda berdua sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 dan Raja Permaisuri Agong.


Sembah tahniah juga ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena ulangtahun keputeraan Kebawah Duli Tuanku ke-60.

Daulat Tuanku. Allahuakhbar.


Tuesday, 30 July 2019

KDYMM YDP Agong Ke 16

KDYMM YDP Agong

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.

Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga terus diberi nikmat kesihatan.

Saya selaku anak Pahang berbangga berada di bawah naungan Ketua Negara berwibawa seperti Tuanku dan Permaisuri.

Monday, 29 July 2019

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Kepada masih yang tidak tahu akan apa itu BigPay. Ianya merupakan e-wallet (daripada pihak Air Asia) yang membolehkan kita membuat bayaran atau transakri atau perbelanjaandengan menggunakan kad yang diberi. Erti kata lain, anda daftar BigPay anda akan dapat kad yang dihantar terus ke rumah anda.

Kad yang diberi itu merupakan debit kad (mastercard) yang fungsinya sama seperti debit kad bank anda. Tetapi fungsinya sama seperti e-wallet, anda mahu gunakannya anda perlu topup masuk ke akaun bigpay anda. Jadi anda tidak perlu lagi bawa wang ringgit.


Jadi apa bezanya dengan e-wallet lain dan debit kad bank lain berbanding BigPay ini? Mungkin masih tidak tahu lagi kelebihan ini, jadi ada beberapa kelebihan yang anda peroleh jika anda berbelanja menggunakan kad BigPay ini.

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?


Kelebihan Pada BigPay

Kelebihan yang ada pada BigPay antaranya adalah:
  • Anda akan peroleh Big Point Air Asia setiap kali anda berbelanja
  • BigPay boleh digunakan di mesin ATM sama seperti kad bank anda di seluruh dunia
  • Tidak dikenakan yuran pemprosesan jika berurusan dengan Air Asia
  • Anda boleh pantau dan kesan setiap perbelanjaan transaksi anda
  • Kadar tukaran wang asing yang terbaik disediakan
  • Pedaftaran adalah percuma
  • dan banyak lagi kelebihan BigPay
Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Dimana Anda Boleh Menggunakan BigPay

Kita sudah tahu kelebihan yang ditawarkan, jadi dimana kita boleh berbelanja menggunak BigPay? Antaranya adalah:
  • Bayar di stesen petrol untuk isi minyak kereta 
  • Bayar Bil
  • Beli barang di supermarket Tesco, Giant, dan lain-lain
  • Di kedai McDonald's, KFC, Pizza
  • Shopping Online (Shopee, Lazada) 
  • Dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja premis yang menerima bayaran kad mastercard
Ianya sama sahaja seperti debit kad bank anda, tetapi anda tidak dapat apa-apa keuntungan atau point seperti yang diboleh diberi oleh BigPay untuk digunakan di Air Asia Big.

Saya ada cerita di entry Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini? sebelum ini bagaimana saya berbelanja di McDonald's menggunakan BigPay dengan jimat RM10


Kadar Tebusan Point BigPay

Anda boleh topup Big Pay anda menggunakan kad debit bank atau menggunakan internet banking sama juga seperti e-wallet lain. Ianya sangat mudah.

Jadi bagaimana nak kumpul point?

  1. Setiap topup yang anda lakukan anda akan peroleh point iaitu, anda topup RM50 anda 1 point,
  2. Anda berbelanja RM20 menggunakan BigPay anda dapat 1 point
Semua point ini boleh digunakan di AirAsia Big

Macam mana Nak Daftar BigBay?

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?


1.   Anda perlu muat turun aplikasi BigPay:

Android : Playstore
iOS : Appstore

2.   Tekan butang Sign Up
3.   Pilih Malaysia dan tekan Next
4.   Masukkan No Telefon anda
5.   Kemudian anda perlu masukkan no kod pengesahan yang diterima dari SMS
6.   Set kan Password yang akan digunakan setiap kali untuk log in dan juga kod pad kad anda
7.   Klik I Accept 
8.   Tekan Lets Start
9.   Kemudian masukkan butiran peribadi anda alamat emel, nama, alamat dan sebagainya
10. Pada perlu masukkan bahagian Referals Code masukkan kod  0LMZHKVZ3T   dan anda akan dapat RM10.00 secara percuma
11. Tekan Next
12. Kemudian Tangkap gambar Kad Pengenalan dan Selfie anda. Anda perlu membut pengesahan dengan merakam muka anda mengikut ketetapan diberikan. Iainya hanya merupakan untuk memastikan korang pemegang Kad Pengenalan itu sahaja
13. Tambah nilai RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau internet banking anda. 
14.  RM20.00 bukan yuran pendaftaran, tetapi hanya proses pendaftaran sahaja. Jadi anda akan menerima wang itu kembali di dalam akaun BigPay kemudian.

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Proses Ketika Menerima Kad BigPay

1.   Selesai semua proses anda perlu tunggu kad BigPay anda akan dihantar terus ke rumah anda secara percuma. Akan ambil masa 5 - 7 hari bekerja. Tunggu kad anda dihantar ke rumah
2.   Bila kad BigBap anda sudah sampai ke rumah
3.   Buka aplikasi BigPay anda
4.   Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad BigPay anda
5.   Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan 



Ini Big Point Air Asia aku yang berjaya dikumpul menggunakan BigPay dan juga jawab survey menggunakan daripada Jawab Survey dan Boleh Dapat Duit Daripada YouGov. Jadi aku kene optimizekan perbelanjaan aku menggunakan BigPay selepas ini

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Jadi anda lebih guna BigPay anda boleh travel menggunakan Air Asia dengan lebih jimat selepas ini. Mungkin perbelanjaan anda tu juga, anda boleh travel secara percuma menggunakan Big Point Air Asia.

Saturday, 27 July 2019

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

McDonald's jika sebelum ini memperkenalkan menu baru bagi Burger Ayam Portugues yang mendapat sambutan baik dari rata-rata rakyat Malaysia.

Kini McDonald's kembali lagi dengan rasminya memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3X. Jika sebelum ini hanya disediakan dibeberapa cawangan sahaja, tetapi kini semua cawangan sudah boleh anda dapati Ayam Goreng terbaru ini.

Seperti diberi tahu oleh pihak McDonald's, menu Ayam Goreng Extra Spicy 3X hanya ditawarkan untuk masa terhad sahaja. Jadi kepada yang ingin rasa menu ini cepat dapatkannya di mana-mana cawangan diseluruh Malaysia

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Berbalik kepada ayam goreng ini, dengan menggunakan nama Spicy 3X, betul ke ayam ni pedas daripada biasa? Sedia maklum, ayam goreng McD ini sebenarnya sudah pedas dengan tambahan 3X ini adakah ianya lebih pedas? Pedas ke?

Dengan amaran diberi : Eat At Your Own Risk


Review Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X

Sebelum masuk ke bahagian review utama, anda perlu tahu berapa harga yang ditetapkan? Secara rasmi, Ayama Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini dijual dengan set dengan tanda harga RM13.99. 

Tetapi sebelum ini aku telah dapatkan tawaran yang disediakan di aplikasi McDonald's anda boleh dapatkan dengan tanda harga RM14.99 dengan set berserta Cempedak Mcfluffy. Tetapi dengan bayaran menggunakan BigPay aku dapat jimat RM10 untuk 1 set Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X. Di akhir nanti aku cerita.

Menu baru ini sama sahaja dengan set Ayam Goreng Mcd yang disediakan seperti biasa, cuma hanya berbeza pada rasa ayam tu sahaja. Dalam set anda akan dapat 2 ketul ayam goreng + kentang goreng dan juga air berkarbonat. Ayamnya juga warna lebih kepada merah gelap sedikit tidak seperti cerahnya ayam goreng spicy biasa.

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Pergi ke bahagian rasa, bagi pendapat aku, rasa ayam goreng extra spicy 3x ini lebih pedas daripada biasa tetapi tidak sepedas yang seperti yang digembar-gemburkan di iklan sampai 3X pedas. Tetapi mungkin ianya berbeza mengikut daya ketahanan pedas individu.

Ada juga memberi tahu ayam goreng extra spicy ini pedas gila sampai nak makan pun tak habis, dan ada juga warganet melontarkan komen dimana ayam goreng ini sama pedasnya ketika ayam goreng spicy mula diperkenalkan dahulu.


Ada juga mengatakan, iainya tidak pedas dimulut tetapi pedas diperut sehingga ada mengatakan sakit perut dan pelbagai lagi. 

Bagi aku, ianya pedas daripada ayam goreng spicy tetapi boleh makan seperti biasa dan mungkin perlukan air sedikit ketika makan. Rasa lain masih sama seperti ayam goreng biasa.

Selain daripada menu ayam goreng extra spicy 3X, anda boleh dapatkan mcflurry cempedak. Sama seperti durian D24 sebelum ini, rasa cempedak seakan cempedak betul. Mungkin nampak pelik, sebenarnya rasanya sedap bila aiskrim vanila bercampur dengan campuran cempedak. Anda patut cuba.

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Bagi aku menu baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini lebih pedas daripada biasa dan rasanya masih sedap dan boleh dimakan. Juga pada mcflurry cempedak, ianya juga sedap untuk dirasa. Untuk itu, menu ini patut rasa dan juga boleh dicuba sekali lagi.

Jimat RM10 Beli Ayam Goreng McD Dengan BigPay

Aku nak kongsikan macam mana aku jimat RM10 bila beli Ayam Goreng McD yang berharga RM15 ini menggunakan BigPay.

Secara ringkas, BigPay ini seakan e-wallet tetapi diberikan debit kad secara fizikal. Anda topup duit masuk kedalam kad BigPay anda dan berbelanja seperti debit kad. Yang paling best, setiap perbelanjaan RM20 anda diberi mata atau point. Anda kumpul point, anda boleh tebus ganjaran antaranya adalah tiket flight.


Jadi nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke https://www.bigpayme.com/

Sekiranya anda pengguna baru BigPay, bila anda mohon untuk daftar (secara percuma) dan masukkan kod ini 0LMZHKVZ3T ketika daftar baru, anda akan diberi RM10 secara percuma. Ianya hanya untuk pelanggan baru sahaja.

Muat turun aplikasi BigPay

Android : Muat Turun
iOS : Muat Turun

Jadi dengan RM10 tersebut anda boleh gunakan untuk beli secara debit di mana-mana cawangan McDonald's dan dapatkan Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X dengan tambahan RM5 lagi sahaja. Jimat bukan.


Friday, 26 July 2019

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Kepada peminat filem superhero terutamanya terbitan Marvel Cinematic Studio, MCU, melalui filem epic saga Avengers: Endgame kini menjadi filem terlaris didunia buat masa ini.

Filem kedua akhir bagi fasa 3 MCU dan juga filem terakhir dalam francais Avengers iaitu Avengers: Endgame kini merupakan filem paling laris sepanjang masa berjaya mengatasi filem sebelum ini yang dipegang oleh Avatar.


Selepas 10 tahun filem Avatar yang diarah oleh James Cameron pada 2009 memegang takhta filem terlaris sepanjang masa kini 2019, filem yang diarah oleh Russo Brothers mengambil takhta tersebut.
Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CNN Business, filem Avengers: Endgame mencapai kejayaan menjadi filem terlaris sepanjang masa pada hujung minggu ke-13 selepas filem itu dipertontonkan pada minggu akhir April 2019 .

Sebelum ini, filem Avatar telah berjaya mengutip kutipan sebanyak USD2.788 bilion selepas hampir 200 hari ditayangkan di panggung wayang. Berbeza dengan Avengers: Endgame edaran Walt Disney, hanya mengambil lebih kurang 3 bulan sahaja untuk mengatasi filem itu dengan kutipan USD2.798 bilion.


Secara jujur, aku masih belum menonton filem Avatar secara penuh di mana-mana tayangan pun. Jadi aku tidak tahu cara penceritaan filem tersebut yang membuatkan menjadi filem terlaris sepanjang masa sebelum ini.

Manakala bagi filem MCU ini, aku hanya menyumbang sekali sahaja bagi menonton di panggung wayang sebelum ini dek kerana tidak tahan dengan spoiler yang disebarkan oleh rakan maya. Filem ini sangat menarik untuk dipertontonkan bagi peminat Marvel terutamanya. Ianya merupakan perjalanan yang panjang iaitu bermula dengan Iron Man pada 2009 diakhiri dengan peperangan epik antara Avengers dan Thanos di filem Avengers: Endgame pada 2019.

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Pengarah Avatar sendiri mengucapkan tahniah kepada MCU keatas kejayaan ini, sekali gus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.

Menurut sumber daripada boxofficemojo, berikut merupakan 10 filem terlaris sepanjang masa setakat ini:

  1. Avengers: Endgame (2019)
  2. Avatar (2009)
  3. Titanic (1997)
  4. Star Wars: The Force Awakens (2015)
  5. Avengers: Infinity War (2018)
  6. Jurassic World (2015)
  7. Marvel's The Avengers (2012)
  8. Furious 7 (2015)
  9. Avengers: Age of Ultron (2015)
  10. Black Panther (2018)

Thursday, 25 July 2019

Kelas Mengaji Al-Quran Terus Di Rumah Anda Buat Warga Temerloh

kelas al-quran di temerloh

Al-Quran merupakan qalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat untuk disampaikan kepada seluruh umat Islam. Tanpa Al-Quran dan As-Sunnah maka tidak lengkaplah iman seseorang muslim.

Dengan membaca Al-Quran dengan tartil sudah pun mendapat pahala sehingga 10 kali, apatah lagi kita mengkaji dan tadabburnya.


Daripada Abdullah Bin Mas'ud menyatakan, Nabi Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka di melakukan 1 kebajikan. Dan 1 kebajikan itu dilipatgandakan dengan 10 kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu 1 huruf, tetapi Alif itu 1 huruf, Lam itu 1 huruf dan Mim itu 1 huruf." (Sunan Tarmizi)

Jadi adakah fasih cara kita membaca dan mengaji AL-Quran? Adakah betul sebutan yang kita sebut? Ingat salah baris, makna sesuatu perkataan tersebut boleh bertukar.

kelas al-quran di temerloh

Khas untuk warga Temerloh seluruhnya, kini anda boleh belajar membaca Al-Quran dengan baik bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dengan menghadiri Kelas Pengajian Al-Quran Temerloh

Butiran Lanjut Berkaitan Kelas Pengajian Al-Quran Temerloh 

  1. Anda boleh belajar terus dari rumah anda bersama tenaga pengajar
  2. Tenaga pengajar merupakan guru Al-Hafiz dan Professional 
  3. Berpengalaman mengajar golongan kanak-kanak dan dewasa 
  4. Waktu fleksibal dan bersesuian dengan masa anda 
  5. Belajar Al-Quran secara efektif dengan guru kami 
  6. Guru mengajar anda secara berperingkat dan berhemah mengikut tahap pelajar itu sendiri 
  7. Anda akan mahir makhraj, tajwid dan asas sejarah al-Quran

Jika anda mempunyai pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Kelas Pengajian Al-Quran Temerloh ini, anda boleh terus hubungi tenaga pengajar tersebut. Sekiranya berminat anda boleh hubungi:

Saudara Abdul Halim Hazwan di
No Tel: 0145138769 atau terus 


Wednesday, 24 July 2019

Kufi Wednesday #84 | Masjid Assalam

Kufi Wednesday #84 | Masjid Assalam

Nama : Masjid Assalam
Tempat : Terletak di Okachimachi, Taito City, Tokyo, Jepun.
Keluasan : Dapat menampung hanya ratusan jemaah sahaja dalam satu-satu masa.
Perkara lain : Masjid ini antara yang sempat aku kunjungi dan solat di dalamnya. Ia hanyalah sebuah deretan kedai yang dijadikan pusat komuniti dakwah yang juga menyediakan masjid di tingkat 1 dan keatas. Ini lah merupakan usaha komuniti Islam Jepun yang bersungguh-sungguh melakukan dakwah di negara matahari terbit itu

Kufi Wednesday #84 | Masjid Assalam
I was here


Tuesday, 23 July 2019

Buka-Kotak Smartwatch Amazfit Bip

review Smartwatch Amazfit Bip malaysia

Huami merupakan antara syarikat China pengeluar jam tangan pintar terbesar dunia sebaris dengan syarikat lain seperti Apple, Fitbit, Garmin dan lain-lain yang ditubuhkan pada 2014. Syarikat ini lebih menumpukan teknologi jam pintar yang kini menjadi pengeluar bagi syarikat besar China, Xiaomi.

Monday, 22 July 2019

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Jika dihutung secara bulanan, lagi 5 bulan kita akan memasuki tahun 2020. Jika sebelum ini, kita biasa dengar Wawasan 2020 dilancarkan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 sebelum ini. Beliau melancarkan Wawasan 2020 kerana mahu menyaksikan Malaysia berdiri sama gah dari segala aspek dengan negara-negara maju yang lain.

Sunday, 21 July 2019

Pencarian Bloglist di blog aimanabdullah.com

pencarian bloglist aimanabdullah.com

Kini tiba masa untuk aku update bloglist yang ada di blog ini. Tempoh Bloglist Adalah Selama 3 bulan (Julai - September). Terbuka kepada semua blogger yang masih bersama blog mereka tidak kira niche apa sekali pun. Tapi aku tidaklah menjanjikan traffik yang tinggi sebab blog picisan aku ni tidak la power traffiknya. 

Untuk caranya sangat mudah:
  1. Follow blog ini : aimanabdullah.com
  2. Subscribe Youtube Channel : Aiman Abdullah
  3. Like juga Facebook Page : Aiman Channel
  4. Anda tidak perlu reblog atau buat entry lain
  5. Anda hanya perlu KOMEN NAMA dan URL BLOG ANDA di ruangan komen di bawah

Terima kasih kepada semua blogger yang sudi berkongsi entry ini di blog anda dan yang lain juga. Semua akan dimasukkan didalam bloglist di blog aimanabdullah.com.

Saturday, 20 July 2019

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google.

Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Google Pixel merupakan produk telefon pintar pertama daripada syarikat gergasi, Google. Jika sebelum ini mereka pernah bekerjasama bersama beberapa syarikat yang menghasilkan telefon pintar lain bagi mengeluarkan produk mereka iaitu bernama Nexus. Sebagai contoh jika anda pernah dengar Nexus siri sebelum ini seperti Galaxy Nexus yang dengan kerjasama Samsung, Nexus 7 dengan kerjasama LG, Nexus 7 iaitu bersama Asus dan banyak lagi.

Thursday, 18 July 2019

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

Kita sedia maklum bahawa terdapat 2 negara Korea yang pernah kita dengar iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Rakyat Malaysia pastinya sangat kenal dengan Korea Selatan, kenal dengan orangnya atas fakto muzik seperti Kpop, kenal dengan budayanya atas faktor drama yang diterbitkan. Senang cerita, rakyat Malaysia khususnya sudah biasa dengan Korea Selatan.

Wednesday, 17 July 2019

Kufi Wednesday #83 | Masjid Omar Ali Saifuddin

kufi Masjid Omar Ali Saifuddin

Nama : Masjid Omar Ali Saifuddin
Tempat : Terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei
Keluasan : Dapat menampung 3000 jemaah dalam satu-satu masa
Perkara lain : Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Terdapat sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran


Tuesday, 16 July 2019

Thursday, 11 July 2019

Trivia Bagi Filem Terbaru MCU, Spiderman: Far From Home. Best Ke Filem Ni?

spiderman far from home

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk menonton satu lagi filem keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) iaitu Spiderman: Far From Home. Jika anda tonton ulasan di Youtube dan membaca ulasan di mana-mana blog, rata-rata memberikan pandangan positif terhadap filem ini. Ada yang mengatakan sehingga boleh lawan Avengers: Endgame. Betul ke?

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Superhero
Durasi: 2 Jam 10 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson
Pengarah: Jon Watts

spiderman far from home

Sinopsis Ringkas Spiderman: Far From Home

Peter Parker menyertai rombongan sekolah dengan rakan-rakan kelasnya ke Eropah. Di sana, Nick Fury meminta Peter menyertai misi yang memerlukannya bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenali sebagai Mysterio, seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari Bumi `parallel` dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama melawan manusia-manusia dimensi luar biasa yang dikenali sebagai Elementals. Dapatkah mereka mengalahkan Elementals tersebut? Pergi tonton


Review Ringkas Spiderman: Far From Home

Mungkin ada spoiler alert. Nasib la ya haha Selepas aku tontong filem Spiderman terbaru ni, aku simpulkan dengan perkataan iaitu ilusi. Kenapa? Sebab mula dengan trailer lagi, anda dah kene khidmat ilusi daripada filem ini. hahaha

Setiap aksi yang ada di trailer iainya semuanya betul tetapi disebalik penceritaan di dalam filem ianya totally different. Apa yang anda jangka, semua salah. Apa yang anda gosipkan, semuanya salah. Rupanya villain yang anda nampak di dalam trailer bukanlah villain sebenar tetapi mysterio itulah penjahat sebenar yang pastinya tiada kuasa ajaib pun. Ianya semua teknologi semata.

Dalam filem Spiderman kali ini, merupakan penceritaan selepasnya berlaku peristiwa The Blip (di dalam filem Avengers: Endgame).


Penceritaan Spiderman kali ini bagi aku penuh ilusi kerana villain sebenar iaitu, Mysterio hanya menggunakan khidmat hologram semata bagi mencipta villain Elementals yang kononnya dikalahkan oleh dia sendiri. Sekali gus, ingin mencapai status superhero. Sebenarnya semuanya adalah hologram yang dicipta oleh drone sahaja.

Selepas 'kantoi' dengan Peter Parker barulah, mysterio mula menyerang Spiderman dan pastinya hero la menang. Tetapi dunia masih tidak tahu yang disebalik dalang Elementals ini adalah Mysterio. 

Personally, bagi aku filem Spiderman: Far From Home ini adah sedikit kekurangan dan aku sedikit keciwa. Tak tahu la apa kurangnnya. Bahagian aksi bagi aku sangat padat, padu dan menarik. Manakala CGI, masih ada bahagian nampak seperti kartoon sedikit. Mungkin high expectation daripada reviewer semua terlalu tinggi. Alih-alih ilusi semata. 


Trivia Spiderman: Far From Home  

  1. Suitcase Peter yang dibawa mempunyai huruf "BFP" di atasnya. Ini merujuk kepada Benjamin Franklin Parker, Pakcik Peter Parker iaitu Uncle Ben, yang kematiannya memotivasikan beliau untuk menggunakan kuasanya secara bertanggungjawab.
  2. Ini adalah filem Marvel yang pertama tanpa cameo daripada Stan Lee, pencipta bersama MCU.
  3. Dalam filem ini, ada mid and post-credit ok. Ianya menarik. Kene tunggu sampai habis
  4. Spiderman: Far From Home merupakan filem ke-23 keluaran MCU.
  5. Timeline filem ini berlaku 8 bulan selepas peristiwa Avengers: Endgame.
  6. Ini adalah penampilan aksi-langsung pertama daripada Mysterio.
  7. Penggambaran bermula Julai 2018 dan tamat pada 16 Oktober 2018.
  8. Filem ini adalah sekuel kepada Spider-Man: Homecoming (2017), dan diumumkan selepas trailer Homecoming dipertontonkan.


Aiman Rating : 7.5/10
IMDB Rating : 8.0/10

Wednesday, 10 July 2019

Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 4

bercuti di perth 2019

Hari terakhir (hari keempat) di Perth iaitu Ahad, 30 Jun kami sekali lagi bergerak menggunakan kereta sewa menuju tempat yang lebih jauh lagi ke utara Perth. Kami akan singgah di Lancelin Sand Dunes dan juga The Pinnacles. Perjalanan dariapda CBD Perth ke utara Perth ini mengambil masa 2 jam 30 minit. Jadi rancanglah perjalanan anda. Winter season pukul 5 dah gelap.

Kufi Wednesday #82 | Masjid Sultan

masjid sultan

Nama : Masjid Sultan
Tempat : Terletak di kawasan Kampung Gelam, Singapura
Keluasan : Dapat menampung 5000 jemaah dalam satu-satu masa
Perkara lain : Fakta yang kurang diketahui umum mengenai pembinaan semula masjid - North Bridge Road sebenarnya terpaksa dilencongkan di sekitar masjid kerana masjid dibesarkan melangkaui Arab Street. Selain itu, semasa berada di sana, periksa kubah yang berbentuk bawang. Setiap asas kubah dihiasi dengan penutup botol kaca, disumbangkan oleh golongan berpendapatan rendah semasa pembinaannya supaya semua orang Islam yang bukan hanya golongan kaya, boleh menyumbang.


Tuesday, 9 July 2019

Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 3

Bercuti Di Perth


Hari Ketiga (Sabtu, 29 Jun)telah diputuskan kami hanya akan menggunakan kereta sewa sahaja sebab akan bergerak lebih jauh sedikit dariapda CBD Perth. Jadi pada pagi tersebut, kami terus bergerak ke pusat kereta sewa iaitu di Aries Car Rental. Lebih kurang 15 minit daripada apartment menaiki CAT bas kuning.

Monday, 8 July 2019

Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 2

bercuti di perth 2019

Hari kedua di Perth, Australia bermula pada pagi Jumaat iaitu 28 Jun 2019. Hari ni kami cadang untuk mencari barangan souvenir luar daripada CBD Perth iaitu di Frementle. Jarak daripada CBD Perth ke Frementle lebih kurang 23 KM. Tak terlalu jauh pun dan pengangkutan awam masih lagi boleh digunakan.

Sunday, 7 July 2019

Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 1

bercuti di perth

Keputusan untuk bercuti di luar negara dibuat hanya sebulan lebih sahaja dan seterusnya membuat keputusan untuk ke dunia Kangaroo, Perth, Australia. Tugas untuk dapatkan tiket penerbangan ke Perth dilakukan oleh Kakak aku dengan menggunakan beberapa aplikasi dan akhirnya ketemu tiket penerbangan yang sesuai dengan harga menggunakan aplikasi Expedia.

Wednesday, 3 July 2019

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Sebelum ini aku ada cerita persediaan yang perlu dibuat jika anda ingin travel, melancong atau bercuti di mana-mana tempat dan aku jadikan Perth sebagai contoh. Di sana aku kongsikan sendiri pengalaman sebelum bertolak ke negara Kangaru tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun tidak sempurna tetapi dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Kufi Wednesday #81 | Masjid Swan Valley

swan valley mosque

Nama : Masjid Swan Valley atau Swan Valley Mosque
Tempat : Caversham WA 6055, Australia
Keluasan : Dapat menampung 350 jemaah dalam satu-satu masa
Perkara lain : Masjid ini satu-satunya, masjid yang aku sempat singgah selama mana berada di dunia Perth, Australia. Masjid ni dalam proses menaik taraf. Rasanya masjid ini dimiliki oleh warga Bosnia. Sangat cantik hiasan dalamannya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web masjid tersebut di https://www.bisp.com.au/

Tuesday, 2 July 2019

Persediaan Sebelum Travel Atau Melancong

Persediaan Sebelum Travel Atau Melancong

Sudah beberapa hari atau mungkin sudah seminggu aku tak update entry di blog ni. Sebab aku baru sahaja balik daripada bercuti di negara Kangaroo. Alhamdulillah, aku berkesempatan bersama keluarga berpeluang untuk melancong atau travel di sebuah negara yang satu-satunya wujud binatang Kangaroo dan Koala iaitu negara Australia.

Makan

[makan][recentbylabel]

Featured

[Featured][recentbylabel2]
Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done