Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Kepada peminat filem superhero terutamanya terbitan Marvel Cinematic Studio, MCU, melalui filem epic saga Avengers: Endgame kini menjadi filem terlaris didunia buat masa ini.

Filem kedua akhir bagi fasa 3 MCU dan juga filem terakhir dalam francais Avengers iaitu Avengers: Endgame kini merupakan filem paling laris sepanjang masa berjaya mengatasi filem sebelum ini yang dipegang oleh Avatar.


Selepas 10 tahun filem Avatar yang diarah oleh James Cameron pada 2009 memegang takhta filem terlaris sepanjang masa kini 2019, filem yang diarah oleh Russo Brothers mengambil takhta tersebut.
Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CNN Business, filem Avengers: Endgame mencapai kejayaan menjadi filem terlaris sepanjang masa pada hujung minggu ke-13 selepas filem itu dipertontonkan pada minggu akhir April 2019 .

Sebelum ini, filem Avatar telah berjaya mengutip kutipan sebanyak USD2.788 bilion selepas hampir 200 hari ditayangkan di panggung wayang. Berbeza dengan Avengers: Endgame edaran Walt Disney, hanya mengambil lebih kurang 3 bulan sahaja untuk mengatasi filem itu dengan kutipan USD2.798 bilion.


Secara jujur, aku masih belum menonton filem Avatar secara penuh di mana-mana tayangan pun. Jadi aku tidak tahu cara penceritaan filem tersebut yang membuatkan menjadi filem terlaris sepanjang masa sebelum ini.

Manakala bagi filem MCU ini, aku hanya menyumbang sekali sahaja bagi menonton di panggung wayang sebelum ini dek kerana tidak tahan dengan spoiler yang disebarkan oleh rakan maya. Filem ini sangat menarik untuk dipertontonkan bagi peminat Marvel terutamanya. Ianya merupakan perjalanan yang panjang iaitu bermula dengan Iron Man pada 2009 diakhiri dengan peperangan epik antara Avengers dan Thanos di filem Avengers: Endgame pada 2019.

Akhirnya Avengers: Endgame Menjadi Filem Terlaris Di Dunia Mengalahkan Avatar

Pengarah Avatar sendiri mengucapkan tahniah kepada MCU keatas kejayaan ini, sekali gus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.

Menurut sumber daripada boxofficemojo, berikut merupakan 10 filem terlaris sepanjang masa setakat ini:

  1. Avengers: Endgame (2019)
  2. Avatar (2009)
  3. Titanic (1997)
  4. Star Wars: The Force Awakens (2015)
  5. Avengers: Infinity War (2018)
  6. Jurassic World (2015)
  7. Marvel's The Avengers (2012)
  8. Furious 7 (2015)
  9. Avengers: Age of Ultron (2015)
  10. Black Panther (2018)

3/Post a Comment/Comments

  1. Pergh, sekian lame avatar memegang tahta akhirnya jatuh jugak... Huhu mesti tercabar pengarah movie avatar.. Ape entah name die tak ingat pulak 🤔

    ReplyDelete
  2. sis sorang peminat setia avengers... tak sabar nk tgk smbungan kat filem yg ni... x hairan dpt kutipan bnyk sbb mmg best sgt2 pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post