Apa Itu BigPay Dan Kelebihan Yang Ada Pada BigPay? (Dapatkan RM5 Secara Percuma)

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Kepada masih yang tidak tahu akan apa itu BigPay. Ianya merupakan e-wallet (daripada pihak Air Asia) yang membolehkan kita membuat bayaran atau transakri atau perbelanjaandengan menggunakan kad yang diberi. Erti kata lain, anda daftar BigPay anda akan dapat kad yang dihantar terus ke rumah anda.

Kad yang diberi itu merupakan debit kad (mastercard) yang fungsinya sama seperti debit kad bank anda. Tetapi fungsinya sama seperti e-wallet, anda mahu gunakannya anda perlu topup masuk ke akaun bigpay anda. Jadi anda tidak perlu lagi bawa wang ringgit.


Jadi apa bezanya dengan e-wallet lain dan debit kad bank lain berbanding BigPay ini? Mungkin masih tidak tahu lagi kelebihan ini, jadi ada beberapa kelebihan yang anda peroleh jika anda berbelanja menggunakan kad BigPay ini.

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?


Kelebihan Pada BigPay

Kelebihan yang ada pada BigPay antaranya adalah:
  • Anda akan peroleh Big Point Air Asia setiap kali anda berbelanja
  • BigPay boleh digunakan di mesin ATM sama seperti kad bank anda di seluruh dunia
  • Tidak dikenakan yuran pemprosesan jika berurusan dengan Air Asia
  • Anda boleh pantau dan kesan setiap perbelanjaan transaksi anda
  • Kadar tukaran wang asing yang terbaik disediakan
  • Pedaftaran adalah percuma
  • dan banyak lagi kelebihan BigPay
Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Dimana Anda Boleh Menggunakan BigPay

Kita sudah tahu kelebihan yang ditawarkan, jadi dimana kita boleh berbelanja menggunak BigPay? Antaranya adalah:
  • Bayar di stesen petrol untuk isi minyak kereta 
  • Bayar Bil
  • Beli barang di supermarket Tesco, Giant, dan lain-lain
  • Di kedai McDonald's, KFC, Pizza
  • Shopping Online (Shopee, Lazada) 
  • Dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja premis yang menerima bayaran kad mastercard
Ianya sama sahaja seperti debit kad bank anda, tetapi anda tidak dapat apa-apa keuntungan atau point seperti yang diboleh diberi oleh BigPay untuk digunakan di Air Asia Big.

Saya ada cerita di entry Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini? sebelum ini bagaimana saya berbelanja di McDonald's menggunakan BigPay dengan jimat RM10


Kadar Tebusan Point BigPay

Anda boleh topup Big Pay anda menggunakan kad debit bank atau menggunakan internet banking sama juga seperti e-wallet lain. Ianya sangat mudah.

Jadi bagaimana nak kumpul point?

  1. Setiap topup yang anda lakukan anda akan peroleh point iaitu, anda topup RM50 anda 1 point,
  2. Anda berbelanja RM20 menggunakan BigPay anda dapat 1 point
Semua point ini boleh digunakan di AirAsia Big

Macam mana Nak Daftar BigBay?

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?


1.   Anda perlu muat turun aplikasi BigPay:

Android : Playstore
iOS : Appstore

2.   Tekan butang Sign Up
3.   Pilih Malaysia dan tekan Next
4.   Masukkan No Telefon anda
5.   Kemudian anda perlu masukkan no kod pengesahan yang diterima dari SMS
6.   Set kan Password yang akan digunakan setiap kali untuk log in dan juga kod pad kad anda
7.   Klik I Accept 
8.   Tekan Lets Start
9.   Kemudian masukkan butiran peribadi anda alamat emel, nama, alamat dan sebagainya
10. Pada perlu masukkan bahagian Referals Code masukkan kod  0LMZHKVZ3T   dan anda akan dapat RM10.00 secara percuma
11. Tekan Next
12. Kemudian Tangkap gambar Kad Pengenalan dan Selfie anda. Anda perlu membut pengesahan dengan merakam muka anda mengikut ketetapan diberikan. Iainya hanya merupakan untuk memastikan korang pemegang Kad Pengenalan itu sahaja
13. Tambah nilai RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau internet banking anda. 
14.  RM20.00 bukan yuran pendaftaran, tetapi hanya proses pendaftaran sahaja. Jadi anda akan menerima wang itu kembali di dalam akaun BigPay kemudian.

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Proses Ketika Menerima Kad BigPay

1.   Selesai semua proses anda perlu tunggu kad BigPay anda akan dihantar terus ke rumah anda secara percuma. Akan ambil masa 5 - 7 hari bekerja. Tunggu kad anda dihantar ke rumah
2.   Bila kad BigBap anda sudah sampai ke rumah
3.   Buka aplikasi BigPay anda
4.   Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad BigPay anda
5.   Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan 



Ini Big Point Air Asia aku yang berjaya dikumpul menggunakan BigPay dan juga jawab survey menggunakan daripada Jawab Survey dan Boleh Dapat Duit Daripada YouGov. Jadi aku kene optimizekan perbelanjaan aku menggunakan BigPay selepas ini

Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Jadi anda lebih guna BigPay anda boleh travel menggunakan Air Asia dengan lebih jimat selepas ini. Mungkin perbelanjaan anda tu juga, anda boleh travel secara percuma menggunakan Big Point Air Asia.

5/Post a Comment/Comments

  1. dah pernah register tp halfway.. hahah sebb xtau sgt fubction waktu tu

    ReplyDelete
  2. wahhhhh bagusnya big pay ni.. baru tahu betul2 kegunaan dia macam mana.. nice info!

    ReplyDelete
  3. kalau dr dulu sy tau kelebihan big pay ni dah lama sy guna. mmg bgs2 sgt esp time nk booked flight tix

    ReplyDelete
  4. mudahnya nk kumpul big points..

    ReplyDelete
  5. dah lama nak try apply Bigpay ni tapi tak reti.. nice sharing :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post