Recent Posts

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Jika dihutung secara bulanan, lagi 5 bulan kita akan memasuki tahun 2020. Jika sebelum ini, kita biasa dengar Wawasan 2020 dilancarkan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 sebelum ini. Beliau melancarkan Wawasan 2020 kerana mahu menyaksikan Malaysia berdiri sama gah dari segala aspek dengan negara-negara maju yang lain.

Justeru itu, ketika 2018, bahagian Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memilih untuk menjadikan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia. Sekali gus pada tahun yang sama diperkenalkan dan dipertontonkan Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020.


Tetapi logo tersebut telah dikritik hebat daripada rakyat Malaysia khususnya yang tidak berpuas hati dengan reka bentuk yang diperkenalkan ketika itu. Terlalu banyak perkara yang boleh dipertekaikan berkaitan logo tersebut hatta yang buta seni pun sehingga yang berseni pun rata-rata tidak bersetuju. 

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Sejurus bertukarnya kerajaan pada Mei 2019 yang lepas dimana pihak Kerajaan Baru ketika ini memberi tahu dimana logo tersebut akan ditukar sekiranya pihak mereka menang dalam Pilihanraya Umum Ke-14. 

Kata-kata mereka akhirnya di tepati dengan diperkenalkan Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 yang baharu. Logo baharu telahpun rasmi diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Akhirnya logo baru diperkenalkan dan diganti dengan logo lama sebelum ini. Secara peribadi, logo baru ini jauh lebih baik daripada logo lama sebelum ini tetapi rasa seperti masih ada kekurangan Dari segi keseluruhan ianya tidak masuk dalam kategori buruk atau tidak cantik. Just nice and proceed!

Elemen Reka Bentuk

Gaya logo itu diilhamkan oleh Batik Malaysia. Jika dilihat reka bentuk burung enggang terletak disebelah kiri logo. Burung ikonik menggambarkan haiwan yang unik dan pengembaraan eko yang ditawarkan oleh Malaysia. Bunga raya merah menghiasi bahagian atas logo. Dalam bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia, bunga raya itu dikenali sebagai "bunga raya", diterjemahkan secara khusus ke "bunga perayaan". Bunga-bunga ini merangkumi sambutan kepelbagaian budaya di Malaysia. Manakala reka bentuk Pakis liar di bawah bunga raya dikenali sebagai "paku pakis". Tumbuhan yang boleh dimakan ini adalah kegemaran di kalangan rakyat Malaysia dari semua kaum, dan sesuai untuk mewakili rasa unik masakan Malaysia.


Warna Logo

Warna utama biru, merah dan kuning yang digunakan dalam logo mewakili warna bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Warna oren menggambarkan sinar matahari sepanjang tahun yang diterima oleh Malaysia. Akhir sekali, warna hijau mewakili kelimpahan alam semula jadi di Malaysia. Kecemerlangan warna-warna ini menarik perhatian, dan menjemput penonton untuk melihat lebih dekat.

Anda boleh lihat secara terperinci berkaitan Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 di pautan ini

Trivia Logo

Sedikit trivia berkaitan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 iaitu ianya telah direka oleh pereka grafik, Albert Phua daripada Melakai yang berumur 23 tahun. Logo beliau telah dipilih daripada peserta lain yang bertanding didalam pertandingan reka logo yang dianjurkan oleh Kementerian sendiri.


Menurut ciapan daripada akaun twitter @joekaosjr memberi tahu perkataan Visit Truly Asia Malaysia merupakan idea daripada Tun M sendiri.

Selain daripada itu, juga dipertontonkan di KLIA tersebut, 10 lagi reka bentuk teratas di dalam pertandingan yang dijalankan sebelum ini.

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Adakah anda bersetuju dengan logo baru ini?


Post a Comment

3 Comments

  1. semua nyer cantik-cantik.
    kreatif :)
    yg terpilih tu, unik. terbaik!

    ReplyDelete
  2. Lebih kreatif, lebih nampak matang dlm persembahan logonya..

    ReplyDelete