Recent Posts

Trivia Bagi Filem Terbaru MCU, Spiderman: Far From Home. Best Ke Filem Ni?

spiderman far from home

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk menonton satu lagi filem keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) iaitu Spiderman: Far From Home. Jika anda tonton ulasan di Youtube dan membaca ulasan di mana-mana blog, rata-rata memberikan pandangan positif terhadap filem ini. Ada yang mengatakan sehingga boleh lawan Avengers: Endgame. Betul ke?

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Superhero
Durasi: 2 Jam 10 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson
Pengarah: Jon Watts

spiderman far from home

Sinopsis Ringkas Spiderman: Far From Home

Peter Parker menyertai rombongan sekolah dengan rakan-rakan kelasnya ke Eropah. Di sana, Nick Fury meminta Peter menyertai misi yang memerlukannya bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenali sebagai Mysterio, seorang pakar muslihat yang mendakwa dirinya dari Bumi `parallel` dalam Multiverse. Mereka perlu bekerjasama melawan manusia-manusia dimensi luar biasa yang dikenali sebagai Elementals. Dapatkah mereka mengalahkan Elementals tersebut? Pergi tonton


Review Ringkas Spiderman: Far From Home

Mungkin ada spoiler alert. Nasib la ya haha Selepas aku tontong filem Spiderman terbaru ni, aku simpulkan dengan perkataan iaitu ilusi. Kenapa? Sebab mula dengan trailer lagi, anda dah kene khidmat ilusi daripada filem ini. hahaha

Setiap aksi yang ada di trailer iainya semuanya betul tetapi disebalik penceritaan di dalam filem ianya totally different. Apa yang anda jangka, semua salah. Apa yang anda gosipkan, semuanya salah. Rupanya villain yang anda nampak di dalam trailer bukanlah villain sebenar tetapi mysterio itulah penjahat sebenar yang pastinya tiada kuasa ajaib pun. Ianya semua teknologi semata.

Dalam filem Spiderman kali ini, merupakan penceritaan selepasnya berlaku peristiwa The Blip (di dalam filem Avengers: Endgame).


Penceritaan Spiderman kali ini bagi aku penuh ilusi kerana villain sebenar iaitu, Mysterio hanya menggunakan khidmat hologram semata bagi mencipta villain Elementals yang kononnya dikalahkan oleh dia sendiri. Sekali gus, ingin mencapai status superhero. Sebenarnya semuanya adalah hologram yang dicipta oleh drone sahaja.

Selepas 'kantoi' dengan Peter Parker barulah, mysterio mula menyerang Spiderman dan pastinya hero la menang. Tetapi dunia masih tidak tahu yang disebalik dalang Elementals ini adalah Mysterio. 

Personally, bagi aku filem Spiderman: Far From Home ini adah sedikit kekurangan dan aku sedikit keciwa. Tak tahu la apa kurangnnya. Bahagian aksi bagi aku sangat padat, padu dan menarik. Manakala CGI, masih ada bahagian nampak seperti kartoon sedikit. Mungkin high expectation daripada reviewer semua terlalu tinggi. Alih-alih ilusi semata. 


Trivia Spiderman: Far From Home  

  1. Suitcase Peter yang dibawa mempunyai huruf "BFP" di atasnya. Ini merujuk kepada Benjamin Franklin Parker, Pakcik Peter Parker iaitu Uncle Ben, yang kematiannya memotivasikan beliau untuk menggunakan kuasanya secara bertanggungjawab.
  2. Ini adalah filem Marvel yang pertama tanpa cameo daripada Stan Lee, pencipta bersama MCU.
  3. Dalam filem ini, ada mid and post-credit ok. Ianya menarik. Kene tunggu sampai habis
  4. Spiderman: Far From Home merupakan filem ke-23 keluaran MCU.
  5. Timeline filem ini berlaku 8 bulan selepas peristiwa Avengers: Endgame.
  6. Ini adalah penampilan aksi-langsung pertama daripada Mysterio.
  7. Penggambaran bermula Julai 2018 dan tamat pada 16 Oktober 2018.
  8. Filem ini adalah sekuel kepada Spider-Man: Homecoming (2017), dan diumumkan selepas trailer Homecoming dipertontonkan.


Aiman Rating : 7.5/10
IMDB Rating : 8.0/10

Post a Comment

7 Comments

  1. Spoiler..kikiki.. Plan nak nengok..tp bz dgn 2 quarter audit..haish kena cr masa gak ni

    ReplyDelete
  2. kita pun da tengok...dia ok, ok...tapi macam agak serabut bila part kena serang dengan hologram tu...penat kepala otak...hahahahha

    ReplyDelete
  3. tunggu kuar kat netflix je la sbb di kelate x de cineplex...

    ReplyDelete
  4. woww cam syok. belum ade kesempatan nak tengokk

    ReplyDelete
  5. Tak sempat nk tgok lg. Huhuhu

    ReplyDelete
  6. dah tengok dah. memang best jugaklah. jalan citer mantap

    ReplyDelete
  7. nda berapa minat hehe nice sharing tho :)

    ReplyDelete