Cara Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Menggunakan iRakyat

bayar pinjaman yayasan bank rakyat

Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat lebih mudah dengan menggunakan internet perbankan iRakyat. Pelajar yang kini sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang ingin memohon mana-mana bantuan kewangan, Pinjaman Yayasan Bank Rakyat boleh anda mohon. Bantuan tersebut dipanggil dengan program Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU).

Melalui laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat (YBR), kini mereka sedang membuka permohonan PPBU bagi peringkat kedua. Tawaran ini dibuka kepada program :

  • PhD 
  • Professional Certificate
  • Master's Degree
  • Bachelor's Degree
PPBU daripada YBR dibuka kepada calon yang sudah masuk ke IPT sahaja, jadi kepada mana-mana pelajar yang ingin memohon anda boleh berbuat demikian sekarang sehingga 9 September 2019 dengan layari laman web Yayasan Bank Rakyat di https://www.yayasanbankrakyat.com.my/


Jadi aku sebagai peminjam bagi program Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) pada tahun 2013, kini aku sudah mula membayar kembali pinjaman yang aku ambil daripada pihak YBR. Kerana iainya pinjaman, harus dibayar kembali sekiranya tamat pengajian.

Tetapi pada program PPBU ini, pembayaran semula bukan 100% tetapi mengikut tahap keputusan akhir semester anda. Lagi tinggi dan baik keputusan anda, lagi kurang bayaran balik kepada pihak YBR. 

bayar pinjaman yayasan bank rakyat

Alhamdulillah, pada akhir semester selepas tamat pengajian, mengikut perjanjian dan keputusan akhir, aku hanya perlu bayar 30% daripada jumlah keseluruhan. Sudah tentu ia memberikan sedikit keringanan kepada aku untuk membayarnya kembali. Ingat! hutang perlu dibayar.

Jadi kini, selepas beberapa bulan pembayaran, aku nak kongsikan kepada semua terutamanya peminjam bagi program PPBU cara bagaimana mahu buat bayaran balik kepada YBR hanya menggunakan perbankan online Bank Rakyat iaitu iRakyat.

Cara Buat Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Bank Rakyat

Sebenarnya terdapat 2 cara bagi membuat pembayaran balik kepada YBR sama ada melalui perbankan online, iRakyat atau pergi mana-mana kaunter cawangan Bank Rakyat. Jadi lebih mudah anda bayar sahaja menggunakan persambungan internet sahaja tanpa perlu beratur di kaunter Bank Rakyat.

Terdapat 2 langkah penting sebelum membuat pembayaran balik dengan menggunakan iRakyat.
  • Langkah 1 : Mendaftar iRakyat
  • Langkah 2 : Mendaftar 'Bill Payment'

Langkah 1

  1. Anda perlu memohon nombot T-Pin daripada mesin ATM di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
  2. Layari laman web www.irakyat.com.my
  3. Klik pautan First Time Login
  4. Masukkan 16 digit nombor kad ATM di bahagian ATM Card Number
  5. Masukkan 6 digit Internet T-Pin sementara yang dimohon di mesin ATM di bahagian ruangan Pin Number
  6. Masukkan Internet Banking UserID dan kata laluan pilihan anda
  7. Anda perlu membaca terma dan syarat yang diberikan dan kemudian klik butang Agree
  8. Semua akan perbankan anda akan dikaitkan dengan UserID Perbankan Internet anda secara automatik. Anda kini boleh melihat dan menguruskan akaun perbankan secara online termasuk membuat bayaran balik Pinjaman Yayasan Bank Rakyat.
  9. Langkah ini hanya dibuat sekali sahaja. Selepas ini anda hanya perlu Log In dan terus melalui langkah 2 dibawah.

Langkah 2

  1. Masuk ke laman web www.irakyat.com.my dan log in akaun anda menggunakan UserID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  2. Pergi ke menu Payment kemudia klik Bills
  3. Dibahagian Pay Bills masukkan maklumat berikut:  
    1. From account : Saving account anda
    2. Payee Type : Pilih Non-Registered > Education Load > Yayasan Bank Rakyat
    3. To   Bill Account Number : Masukkan no. akaun iaitu no kad pengenalan anda (contoh : 91090605XXXX)
    4. Amount (RM) : masukkan jumlah bayaran anda
  4. Tekan butang add kemudian tekan butang submit
  5. Tunggu sehingga ruangan kod TAC muncul dan anda perlu memohon kod TAC dengan menekan butang request TAC
  6. Kod TAC akan diterima di no. telefon bimbit yang telah didaftarkan semasa membuat akaun iRakyat.
  7. Setelah berjaya menerima dan memasukan kod TAC, Bill Payee akan tertera di dalam menu Bill Payment anda
  8. Simpanlah slip pembayaran anda jika ada keperluan dan kegunaan kelak.
bayar pinjaman yayasan bank rakyat

bayar pinjaman yayasan bank rakyat

bayar pinjaman yayasan bank rakyat

bayar pinjaman yayasan bank rakyat

bayar pinjaman yayasan bank rakyat


Dengan pembayaran secara online daripada iRakyat ini, akan menjadikan ianya lebih mudah dan cepat tanpa bersusah payah. Jadi kepada peminjam yang membuat Pinjaman Yayasan Bank Rakyat, bayarlah pinjaman anda dan sekiranya masih tidak mampu buatlah permohonan terus ke YBR. Minta pandangan dan nasihat supaya memudahkan urusan kedua belah pihak.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus melayari laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat bagi mengetahui lebih lanjut perkara tersebut

12/Post a Comment/Comments

  1. yg ni kalau dapat result cemerlang, tak payah byr blk eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. dulu ada terus jadi biasiswa. tapi sekarang yang terbaru ni rasanya macam dah takda, semua pinjaman boleh ubah. tetap kene bayar tapi ikut result.

      Delete
  2. abe kie memang pemegang saham bank rakyat. nanti nak apply la utk anak.

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni untuk siswazah, banyak kemudahan sekarang..

    ReplyDelete
  4. untuk bayar balek ybr nih bile boleh buat? kena tunggu surat ke? saya konvo bulan 10 nnti.. ingat nak langsaikan awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebelum ni terbayar awal untuk beberapa bulan. Tapi semua bayaran tersebut diterima oleh pihak YBR. Untuk lebih kepastian, cik email je semula staff ybr tersebut.

      Delete
  5. Saya pun sebelum ni terbayar awal untuk beberapa bulan. Tapi semua bayaran tersebut diterima oleh pihak YBR. Untuk lebih kepastian, cik email je semula staff ybr tersebut.

    ReplyDelete
  6. camna kita nak semak baki YBR

    ReplyDelete
  7. Berapa lama tempoh dia bagi kalau plan nk bayar tiap2 bulan?Then,ada advantage ke kalau bayar sekaligus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bayar rm113 sebulan dalam 5 tahun. Untuk bayar sekaligus saya tak pasti.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post