Recent Posts

Kini Anda Berpeluang Namakan Planet Dengan Sertai Pertandingan Ini

pertandingan Nama Exoworld Malaysia

Sempena sambutan 100 tahun International Astronomical Union (IAU), suatu pertandingan telah diadakan iaitu Nama Exoworld Malaysia. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah menamakan bintang dan planet yang diberi oleh pihak IAU.

Selain pelajar sekolah berpeluang untuk memberi nama kepada Exoplanet dan bintang hostnya, pertandingan ini juga betujuan ingin memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan sistem planet di luar sistem suria kita, mendedahkan kaedah kajian dan penemuan exoplanet kepada pelajar sekolah dan juga mahu menyemarakkan minat masyarakat terhadap bidang astronomi dan sains angkasa.

Di Malaysia, program ini dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan iaitu Apadilangit dan juga Planetarium Negara serta kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dan National Outreach Coordinator (NOC).

Diluar sistem suria kita terdapat banyak lagi bintang dan planet yang berjaya ditemui tetapi masih belum diberi nama, jadi pihak IAU berbesar hati memberi peluang kepada lebih 118 buah negara bagi memberi nama planet termasuk Malaysia.

Melalui pihak International Astronomi Union (IAU), Malaysia telah diberikan sebuah bintang digelar HD20868 dan planet yg mengorbitnya iaitu HD20868b. Mereka berada di kedudukan buruj Fornex dengan jarak 150 tahun cahaya dari bumi.

Mungkin anda cemburu dengan pencapaian kawan-kawan anda sebagai juara lompat jauh, johan rumah sukan, juara debat, johan pertandingan catur, juara rumah sukan dan sebagainya. Tetapi kini anda boleh atasi semua sifat cemburu itu dengan menyertai pertandingan Nama Exoworld Malaysia.

Jika nama cadangan anda terpilih kelak, anda boleh berbangga dimana salah satu bintang dan planet yang berjuta di sistem suria, anda secara rasmi telah memberi nama kepada mereka. Cukup bangga bukan!

Tarikh Pernyertaan Pertandingan

Pertandingan ini akan berlansung selama 2 bulan iaitu bermula 1 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019 dan maklumat lain seperti berikut:

Pengumuman dan pelancaran : 13hb Jun 2019
Pemilihan pemenang peringkat negeri : Minggu 1-2 September 2019
Pemilihan pemenang peringkat kebangsaan : Minggu 3-4 September 2019
Penghantaran maklumat ke peringkat antarabangsa : 15hb November 2019

pertandingan Nama Exoworld Malaysia

Syarat-Syarat Pertandingan Nama Exoworld Malaysia

Syarat utama yang melayakkan anda untuk sertai pertandingan ini adalah:
  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Pertandingan ini hanya terbuka kepada murid sekolah rendah atau sekolah menengah atau persendirian; dan
  3. Anda mestilah berusia antara 7 hingga 17 tahun (pada tahun semasa)
  4. Keutamaan nama yang bercirikan Malaysia.
  5. Penyertaaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Bagi syarat-syarat lain yang anda perlu patuhi, anda boleh pergi ke pautan http://myexoworld.apadilangit.com/syarat-pertandingan/ untuk keterangan lanjut.

Bagaimana Untuk Anda Sertai Pertandingan Nama Exoworld Malaysia

Anda juga perlu tahu bagaimana untuk anda sertai pertandingan ini bagi melayakkan anda untuk menghantar penyertaan. Ada 2 cara bagi melengkapkan penyertaan anda iaitu perlulah menghantar borang penyertaan dan juga menerbitkan video pendek dan kreatif.

Borang Penyertaan

Anda boleh dapatkan borang penyertaan secara online di:
Facebook page : NameExoWorldsMalaysia

Sebelum mengisi dan menghantar borang penyertaan, pastikan anda telah:
  1. Mempunyai nama bintang;
  2. Mempunyai nama planet;
  3. Sebab atau justifikasi nama tersebut (tidak lebih daripada 150 patah perkataan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris); dan
  4. Telah memuatnaik video di Youtube.

Video Pendek dan Kreatif

  1. Peserta dikehendaki membuat satu video pendek dan kreatif
  2. Di video tersebut peserta dikehendaki menceritakan justifikasi nama bintang dan planet yang dipilih.
  3. Video tersebut hanya dalam tempoh atau durasi kurang 2 minit.
  4. Orientasi video tersebut mestilah dalam keadaan melintang.
  5. Peserta perlu upload atau muat naik ke Youtube dengan memberi tajuk video:
MyExoWorld | nama pendek peserta (first name) | empat (4) nombor terakhir MyKid/ MyKad/ nombor penuh sijil lahir.

Contoh: MyExoWorld | aiman | 3131 |

   6. Di bahagian caption perlu dilengkapkan dengan nama penuh peserta, nama bintang dan nama planet.

Setelah selesai menghantar penyertaan, anda akan mendapat notifikasi melalui emel yang menandakan penyertaan anda telah berjaya dihantar.

Jangan lepaskan peluang ini, jadilah antara manusia yang telah berjaya memberi nama kepada planet dan bintang di sistem suria kita ini. Berilah nama terbaik yang melambangkan dan bercirikan negara kita Malaysia. Goodluck adik-adik.


Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan nama bintang dan planet, anda boleh lawati laman web www.myexoworld.apadilangit.com


Post a Comment

9 Comments

  1. Teringat dulu-dulu zaman sekolah, champion hafal nama-nama planet. Sekarang ingat bumi musytari zuhal dengan pluto je.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, segala nya ciptaan Allah swt...bestnya budak2 sekolah sekarang, banyak event peringkat dunia..

    ReplyDelete
  3. fuhhhh bertuah betul kalau siapa yang menang ni

    ReplyDelete
  4. Terbaik event sebegini, semoga ia mendapat sambutan daripada lapisan masyarakat di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bertuahnya student sekarang. Macam² ada

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Patut yang layak tu grab peluang

    ReplyDelete
  7. mcm2 aktiviti yg menarik ada ni..tq info

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete