Review Google Pixel 2 XL | Selepas Sebulan Menggunakannya

review google pixel 2 xl

Kini hampir sebulan lebih aku gunakan Google Pixel 2 XL sebagai peranti utama aku. Jadi aku gunakan telefon ini untuk kegunaan harian seperti melayari internet, membuat carian, bermain permainan video games, dalam fotografi dan pelbagai lagi.


Jika sebelum ini, aku pernah kongsikan spesifikasi telefon keluaran Google ini baik di blog ini mahupun di akaun Twitter. Ada yang memberi tahu, Google ni cantik sangat kamera dia? 4 GB Ram cukup ke nak buat kerja harian?

[Artiket Berkaitan] Buka-Kotak Google Pixel 2 XL, Telefon Keluaran Google

Jadi kini hampir setelah sebulan, aku kongsikan sedikit review berkaitan dengan Google Pixel 2 XL sebagai rujukan.

Review Google Pixel 2 XL

Dalam review ini aku kongsikan pengalaman aku menggunakan Google Pixel 2 XL dari segi prestasi harian, kamera, bateri, rekaan bentuk, skrin dan pelbagai lagi.


Rekaan

Dari segi rekaan, secara purata Google Pixel 2 XL cantik apabila dipandang dan sedap untuk digengam. Tetapi ianya agak licin bila dipegang tanpa sebarang case yang dipasang. Jadi nasihat aku, pasanglah apa-apa case mengelakkan daripada tergelincir daripada tangan.

Google Pixel 2 XL hanya menyediakan 2 pilihan warna sahaja iaitu hitam dan juga hitam/putih atau digelar panda. Terus terang warna panda sangat menarik dan tertawan juga diwarnak oren di bahagian butang kuasa.

Kalau boleh aku mahu pakai case yang lutsinar sahaja untuk menampakkan warna panda dan juga sudah tentu logo G yang berada di belakang hehe

Skor rekaan adalah 8/10

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl


Skrin

Untuk skrin, Google Pixel 2 XL menggunakan skrin OLED dan bukkanya AMOLED yang katanya skrin tercantik setakat ini. Walaupun skrin OLED, bagi aku skrinnya sudah cukup baik tetapi tidak lah yang tercantik.

Kerana bagi aku, kadar kecerahan telefon lama aku iPhone 5S nampaknya lagi terang daripada skrin OLED. Tetapi lama-kelamaan aku sudah nampak biasa dan skrin OLED menjadi baik dimata aku dan cukup kesemuanya.

Kadar ketumpatan gambar pun cukup baik, terang dan sedap dipandang untuk masa yang lama. Ini kerana menggunakan OLED

Selain itu, skrin hadapan Google Pixel 2 XL disalut dengan Corning Gorilla Glass dan secara tidak langsung memberi tahan calar pada telefon tersebut. Setakat ini aku masih lagi tidak memasang apa-apa glass tambahan dan skrin masih lagi tiada calar halus walaupun sering masuk dan keluar daripada poket.

Dari segi reka bentuk hadapan skrin, jika nak dibandingkan dengan telefon yang lain dimana dagu dan dahi menggunakan bezel yang nipis tetapi pada Pixel ini bukanlah begitu tebal. Bagi aku ianya masih terkawal dari segi bezelnya. Bagi aku, reka bentuknya masih terbaik.

Untuk menonton video dan di Youtube, menontong iFlix dan pelbagai lagi, bagi aku ianya cukup baik dan sedap mata memandang. Dengan saiz skrin 6 inci, ianya cukup lebar untuk aku yang berhijrah daripada saiz skrin 4 inci.

Skron skrin yang boleh diberi 8/10

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl


Bateri

Google Pixel 2 XL menyediakan kapasiti bateri sebanyak 3520 mAh yang boleh berfungsi sehingga 20 jam dengan kadar penggunaan biasa dan Screen On Time (SOT) selama 5-6 jam.

Pengunaan ini aku perasan bila pada hari tersebut, anda hanya buka media sosial sahaja yang biasanya aku buka Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi untuk kaki media sosial, tidak jadi masalah. SOT boleh sampai 5-6 jam.

Secara purata harian, aku menggunakan media sosial, whatsapp, gmail, youtube dan khidmat sambungan tethering ke laptop. Untuk SOT aku dapat kebiasaanya 4 jam lebih sahaja daripada caj penuh.

Walapun tidaklah terlalu lama, tetapi bagi aku ianya cukup dengan kapasiti bateri yang diberikan. 

Bagi kaki permain video pula, aku tak boleh nak ulas panjang lebar, ini kerana aku bukanlah yang minat bermain video games tetapi aku pernah cuba permain PUBG Mobile selama 15 minit. Kadar penurunan menunjukkan lebih kurang 10%.

Selain itu, kadar pengecasan daripada 5% -100% mengambil masa lebih kurang 2 jam. Peningkatan sehingga 80% mengambil masa agak cepat tetapi kadar tersebut menjadi perlahan daripada 80% ke 100%. 

Pengecasan 0% hingga 40% boleh mengambil masa setengah jam lebih sahaja. Bagi aku ianya cukup baik.

Untuk aksesori pengecasan, setakat ini aku tidak jumpa lagi cable yang mampu memberi 'Charge Rapidly' seperti cable original yang diberi didalam kotak. Aku dah beli 2 cable sebagai simpanan, masing-masing tiada lagi Charge Rapidly diberi. 

Skor prestasi bateri adalah 8/10

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl


Prestasi Harian

Telefon ini aku menggunakan dalam kehidupan seharian. Untuk alarm, menonton filem, layari laman web, sms, telefon, kamera dan semuanyalah hanya di telefon ini sahaja.

Untuk prestasi yang menggunakan SD835, ia cukup baik. Sangat jarang berlaku lag pada telefon ini. Kalau ada pun, hanya disebabkan prestasi aplikasi tersebut. Jika telefon tersebut, setakat ni masih smooth sahaja. 


Sebagai bekas pengguna sistem iOS, menggunakan sistem Android tiada masalah pun. Masing-masing ada kelebihan tertentu. Aku rasa Android lagi best, sebab lagi terbuka. Senang cerita, nak buat semua benda pun senang. Lagi-lagi kalau nak download. hehe

Bagi pengguna yang baru menggunakan Google Pixel ini, aku perasan padamulanya prestasinya sedikit mendatar dari pelbagai segi terutamnya pada prestasi bateri.

Jadi gunakan telefon anda seperti biasa, Artificial Intelligence (AI) akan membuat pembaikan secara sendiri. Jadi mungkin selepas beberapa hari, prestasi akan menjadi seperti biasa dan menjadi lebih baik. Jangan risau. Guna je seperti biasa.

Skor prestasi harian adalah 8/10

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl


Kamera

Aku bagi tahu awal prestasi kamera Google Pixel 2 XL dan semua Google Pixel berada di tahap tersendiri dan ianya sangat-sangat terbaik.

Ianya berada di tahap tersendiri sebab di skor DXO Mark, Google Pixel ni tiada dalam senarai 10 telefon terbaik pun. Untuk ketahui kualitinya, anda kene cuba sendiri atau tengoklah ulasan-ulasan Google Pixel sendiri.

Kamera Google Pixel 2 XL hanya menyediakan 1 kamera belakang dengan 12 MP sahaja. Manakala kamera selfie hanya 8MP sahaja. Jika sekarang, kalau kita lihat sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit mesti ada 2 kamera belakang dengan Mega Pixel yang besar. Kamera Google Pixel tidak.

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl

Secara teori, kualiti 12MP Google Pixel ini sebenarnya biasa sahaja tetapi dengan fungsi post-processing yang digunapakai di telefon Google memberi gambar itu menjadi lebih-lebih baik berbanding telefon lain. 

Di kamera Goole Pixel, ianya menyediakan ciri-ciri HDR, HDR+ dan HDR enhanced. Anda guna HDR enhanced ni, tak perlu edit dah. Selain itu disediakan, ciri-ciri Night Sight, Portrait, dan banyak lagi. Semua ciri-ciri sangat terbaik.

Bagi kamera selfie pula, juga memberi kualiti yang baik berbanding telefon-telefon lain. Mood potrait juga memberi background blur yang sangat baik. 

Skor prestasi kamera adalah 9/10

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl


Speaker

Google Pixel 2 XL memberi 2 buah speaker kehadapan. Ianya memberi stereo speaker yang pastinya memberi kualiti bunyi yang lantang dan sedap untuk didengar. Bunyi bass pun boleh dengar.

Apabila bermain permain video, mungkin tangan anda akan menutup speaker tersebut. Jadi bunyi akan sedikit tertutup. Tapi kualiti tetap mantap


Telefon ini tidak menyediakan lubang headphone jack, jadi anda kene guna dongle yang diberi. Katanya bukan semua dongle boleh dipakai di Google Pixel. Jadi anda kene dapatkan barang yang original daripada Google.

Skor ulasan speaker adalah 7.5/10

review google pixel 2 xl

review google pixel 2 xl

Review Akhir

Walaupun secara peribadi, telefon ini begitu baik tetapi ada sedikit kecewa sedikit adalah hanya pada mendapatkan aksesori. Anda harus tahu dimana Google Pixel tidak masuk Malaysia secara rasmi. Jadi untuk mendapatkan aksesori seperti telefon case sangat la susah. Tetapi anda boleh dapatkan di platfom seperti Shopee dan Lazada yang di bawa daripada luar negara.

Selain itu juga, jika terdapat apa-apa kerosakan juga akan memberikan masalah. Sebab tiada kedai rasmi yang boleh repair telefon anda. Tetapi jangan risau, masih lagi ada individu yang mampu untuk repair telefon anda. Masih ada peluang. Jangan risau

Anda juga mungkin melihat sudut pandang review lain yang ada di internet seperti di gsmarena untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Google Pixel.

Selain itu, sebagai cadangan anda juga boleh dapatkan di Shopee melalui Seller seperti dibawah


Dari segi keseluruhan, selama aku menggunakan Google Pixel 2 XL selama sebulan lebih ini. Tiada masalah besar yang berlaku yang membuatkan aku ingin berpindah ke telefon lain.

Dengan prestasi kamera yang tersangat baik, agak memberi kelebihan disitu untuk aku. Hanya kegunaan separa berat, telefon Google Pixel 2 XL sangat baik dari segi bateri, kualiti skrin, prestasi harian, speaker dan kamera.

Skor ulasan secara penuh Google Pixel 2 XL adalah 8/10 dan terbaik!

10/Post a Comment/Comments

  1. i was gonna get this for me but tak jadi pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend of needs. beli tengok apa yang kita perlu. for me, i bought more on camera. pixel terbaik dengan harga

      Delete
  2. Replies
    1. untuk comparison yang sama sepatutnya iphone X dan keatas sahaja. kalau iphone 8 dan kebawah, ramai katakan, google pixel lebih baik.

      Delete
  3. Woh xtau pun Google dh Ada HP.. nicr

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas reviewnya :) sangat jelas. nak trylah lepas ni google pixel ni

    ReplyDelete
  5. I love the photo quality. Dah lama sangat pakai iPhone, ada juga terfikir nak tukar android sebab dulu biasa pakai Samsung, and this phone is in my list, top 3. Thanks for the review, helps me to narrow down my options :)

    ReplyDelete
  6. menarik but i still love Sony and will love it forever. nda mampu curang ke brand lain haha

    ReplyDelete
  7. terima kasih review nya, tengah compare phone terbaik dimarket. Menarik sangat bab kamera phone tu hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post