5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda

Mungkin ada antara kita akan mengalami beberapa perkara yang akan terjadi ketika hari jadi anda di dalam dunia internet. Jika dulu sebelum dunia internet tersebar luar, mungkin ada antara kita kadang lupa akan tarikh hari jadi kenalan hatta hari jadi sendiri pun kerana lupa.

Kini untuk ianya berlaku agak mustahil kerana adanya internet lagi-lagi kini ianya boleh di akses di hujung jari anda sahaja. Sebagai contoh, hampir seluruh dunia menggunakan perkhidmatan sosial media seperti facebook dan twitter. Jadi disinilah dimana tarikh hari jadi anda akan ditulis sebagai peringatan.


Setiap tahun, kalau anda sendiri tidak ingat sekali pun, media-media sosial inilah yang akan mengingatkan anda bila tarikh lahir anda. Bukan itu sahaja, sehingga tarikh hari jadi saudara dan kenalan anda juga akan diberi tahu oleh mereka. Jadi untuk buat-buat lupa tarikh hari jadi mereka tidak akan terjadi.

Jadi disini aku nak kongsikan 5 perkara terjadi di internet ketika hari jadi anda. Mungkin ada yang mengalami semuanya, mungkin ada sebahagian ataupun mungkin ada yang tidak. Pengalaman ini mungkin berbeza mengikut kecenderungan anda terhadap dunia intern

5 Perkara Terjadi Ketika Hari Jadi Anda Di Dunia Internet

Pada awal tahun 2018 yang lepas, melalui kajian hootsuite memberi tahu dimana hampir 79% daripada populasi Malaysia menggunakan perkhidmatan internet dan daripada jumlah tersebut 75% daripadanya menggunakan khidmat media sosial dengan purata 3 jam sehari dan antaranya dalah facebook.

1.  Ucapan Hari Jadi Daripada Friends Di Facebook Dan Whatsapp  

Jadi melalui maklumat 2018, terdapat ramai sebenarnya yang menggunakan Facebook sama ada untuk berinteraksi, bersosial, mencari maklumat dan sebagainya. Sehingga kini, jika anda tanya sesiapa sahaja, akaun facebook mesti ada sekurang-kurangnya 1 akaun. Untuk keyboard worrior lain cerita.

Facebook antara platfom untuk bersosial dan berinteraksi bersama rakan dan kenalan dan disinilah kita akan jumpa kawan baru dan kawan lama secara atas talian. Jadi kesempatan itu digunakan oleh pihak Facebook dimana mewajibkan untuk penggunanya meletakkan tarikh hari jadi sebagai salah satu keperluan untuk menggunakan Facebook.

Disinilah setiap tahu facebook akan mengingatkan tarikh hari jadi anda. Setiap kali hari jadi anda tiba, akan dikeluarkan notifikasi peringatan dan paling menarik friends facebook anda juga menerima notifikasi tersebut. Sekali gus mereka akan memberi ucapan hari jadi kepada anda walaupun mereka tidak ingat pun sebenarnya. Facebook yang mengingatkan mereka.

Jadi setiap kali hari jadi anda, anda akan dapat ucapan hari jadi. Sama juga pada Whatsapp dan sudah pasti kenalan rapat sahaja yang akan mengantar ucapan tersebut. Ini kerana Whatsapp memerlukan no telefon untuk dihubungi berbeza dengan facebook iaitu dengan hanya add friends.

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda


2.  Belon Daripada Twitter

Seterusnya pergi ke laman sosial lain iaitu Twitter. Laman Twitter juga antara platfom yang diguna pakai ramai orang termasuk di Malaysia. Tetapi cara penggunaan Twitter sedikit berbeza dengan Facebook tetapi dengan tujuan yang sama iaitu bersosial dan berinteraksi dengan kenalan dan followers.

Berbeza dengan Facebook, Twitter tidak akan mengingatkan tarikh hari jadi anda atau kenalan anda dengan notifikasi tetapi Twitter hanya memberi penghargaan sempena hari jadi hanya ketika anda membuka profile akaun anda sahaja.

Disini Twitter akan menukar tarikh lahir anda kepada ucapan Happy Birthday bersama-sama dengan segerombolan belon yang terbang dan memenuhi profile akaun anda. 

Setiap followers anda tidak akan tahu ianya hari jadi anda sehingga mereka pergi ke profile akaun anda. Jadi kalau nak dapat ucapan daripada followers, sila bawa ke profile anda dan hadiahkannya belon-belon tersebut.

Jadi ketika hari jadi anda, di dunia internet, anda dapat ucapan Happy Birthday dan segerombolan belon daripada Twitter. Terima kasih Twitter.

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda


3.  Ucapan Hari Jadi Daripada Google

Google.com antara enjin pencarian terbesar dunia. Rasanya yang tidak guna google mungkin hanya di China sahaja, sebab ada enjin pencarian sendiri. Tetapi di Malaysia khususnya pasti sudah biasa dengan perkataan Google.

Untuk mencari apa-apa maklumat, kita perlukan google. Mahu mencari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Semua tanya pada pakcik Google. 


Jadi pada hari jadi anda, Google akan mengeluarkan doodle khas di halaman utama Google.com anda dan juga disertakan dengan ucapan Happy Birthday, Aiman. Mungkin maklumat ini diambil alamat gmail yang anda gunakan. Disitu juga anda mestilah masukkan maklumat tarikh hari jadi anda.

Google pun ingat hari jadi anda ok

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda
Jika anda sentuh doodle google tersebut, akan ditunjukkan ucapan Happy Birthday, aiman!


4.  Disenaraikan Figura Terkenal Yang Sama Dengan Tarikh Lahir Anda

Selain daripada doodle hari jadi anda daripada pihak Google, mereka juga dalam pada masa yang sama menyenaraikan figura terkenal yang sama tarikh lahir anda dengan mereka. Mereka tidak kira sama ada pelakon ke penyanyi ke ahli sukan dan pelbagai lagi.

Selain daripada individu, Google juga menyenaraikan perkara lain yang berlaku pada tarikh lahir anda seperti berlakunya peristiwa, kelahiran, kematian dan pelbagai lagi. Sebagai contoh apa yang ada pada tarikh 6 September :

Kelahiran Individu terkenal : Idris Elba (terkenal dalam filem Thor sebagai  Heimdall), Carlo Cudicini (bekas pemain Chelsea), Aiman (blogger aimanabdullah.com) dan ramai lagi

Peristiwa : Hari kemerdekaan bagi negara Swatini atau digelar sebagai Swaziland yang terletak di benua Afrika Selatan dan pelbagai lagi. Boleh lihat sendiri.

Jadi aku yang lahir 6 September ini berkongsi tarikh dengan individu lain dan juga beberapa peristiwa bersejarah lain.

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda


5.  Hadiah Dari Kenalan

Akhirnya, mungkin anda berpeluang mendapat hadiah ketika hari jadi anda. Ini biasa kita lihat dan mungkin ada yang pernah menerima dan memberi ketika hari jadi seseorang. Ianya sebagai penghargaan kepada individu tersebut ketika menyambut hari jadi.


Kali ini, aku dapat dari kenalan Internet, katanya nak belanja makan sahaja tapi beliau jauh. Jadi sebagai penghargaan, beliau belanja aku makan iaitu Pizza Hut Personal. Haaa jimat makan tengah hari aku. Terima kasih.

5 Perkara Terjadi Di Internet Ketika Hari Jadi Anda



Mungkin ada antara kita pernah mengalami kesemua kejadian yang disenaraikan diatas atau mungkin hanya sebahagian sahaja atau mungkin tiada langsung sebab tak guna facebook, tak guna google dan sebagainya.

Tetapi ingatlah selain kawan-kawan, rakan maya serta follower, sudah pastinya yang pasti akan ingat tarikh hari jadi anda adalah keluarga anda. Tanpa mereka, anda tiada tarikh hari jadi. Akhirnya, kalau mereka ingat, minta la hadiah hehe apa-apa pun Selamat Hari Jadi kepada semua yang menyambut hari kelahiran pada bulan September ini terutamnya aku pada 6 September!


Selamat Hari Jadi

9/Post a Comment/Comments

  1. Selamat Hari Lahir buat tuan blog! 👏🏻😄🎉

    ReplyDelete
  2. Happy birthday..google doodle tu cute..

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi tuan aiman. done follow sini ..

    ReplyDelete
  4. apa yg aiman senaraikan tu semuanya betul! Dan satu lagi bila besday abam kie, kwn2 dlm group alumni sek akan wish happy birthday gak!

    ReplyDelete
  5. selamat hari jadi aimaan! Semoga diberikn kesihatan yg baik, murah rezeki, dipermudahkn urusan dunia akhirat.. teruskan berblog, teruskan berkongsi info yang berguna..

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday Aiman.. moga terus sukses ye

    ReplyDelete
  7. haha betull.. tapi last sekali la paling best.. happy belated birthday!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post