5 Produk Baru Diperkenalkan Pada Apple Keynote 2019

Apple Keynote 2019 iphone 11

Semalam telah berlangsungnya Apple Keynote 2019 yang diadakan di Steve Jobs Auditorium di Cupertino, California. Acara tersebut buat pertama kalinya dipertontonkan di salurang Youtube dan boleh diakses oleh semua orang berbanding sebelum ini hanya boleh diakses bagi pengguna Safari sahaja.


Pada acara Apple Keynote 2019 tersebut telah diperkenalkan beberapa produk yang telah menjadi perbualan orang ramai sejak awal tahun lagi. Pelbagai spekulasi, gosip, bayangan dan sebagainya dikeluarkan oleh peminat-peminat teknologi khususnya pada produk Apple ini.


Bagi rakyat Malaysia, ianya dipertontonkan bermula jam 1.00 pagi pada 11 September 2019. Yang jika dilihat hampir 2 juta tontonan yang terlibat secara online pada pagi tersebut. Sudah pastinya ianya menjadi lebih besar kerana bukan pengguna produk Apple pun boleh menonton acara tahunan tersebut secara langsung.

Apple Keynote 2019 iphone 11

Aku sempat untuk menonton acara tersebut tetapi tidak berjaya untuk menghabiskan kerana telah larut malam pun. Jadi kepada anda yang terlepas acara tersebut, anda boleh saksikan Apple Keynote 2019 di Youtube Rasmi Apple Disini

Jadi kali ini, aku rangkumkan sebanyak 5 produk baru diperkenalkan pada Apple Keynote 2019 baru-baru ini. Sudah pastinya, anda khususnya peminat produk buah-buahan Apple begitu teruju dengan kehadiran barisan teknologi baru yang diperkenalkan terutamnya bagi iPhone, Apple Watch dan iPad.

 5 produk baru diperkenalkan pada Apple Keynote 2019

Pada acara tersebut sebanyak 5 produk baru diperkenalkan oleh Tim Cook sebagai CEO Apple yang menjadi antara produk terbaik Apple setakat ini. Produk tersebut adalah Apple Arcade, Apple TV+, iPAD, Apple Watch dan iPhone.

1.  Apple Arcade Dilancarkan

Produk pertama dan terawal diperkenalkan pada Apple Keynote 2019 kali ini adalah Apple Arcade. Apple Arcade adalah perkhidmatan striman permainan video bagi dimaikan di peranti Apple seperti iPhone dan iPad. 

Jadi disini anda boleh dapatkan permainan video yang menarik dan malam tersebut antara permainan diperkenalkan adalah daripada Konami dan Capcom. Apple Arcade ini anda perlu hanya membuat langganan secara bulanan sahaja untuk memainkannya. Iainya diberitahu langganan secara bulan berharga $4.99 atau ditukar kepada Ringgit berjumlah RM14.99 dan ianya boleh dimainkan di peranti iPhone bermula 19 September 2019.

Apple Keynote 2019 iphone 11

Apple Keynote 2019 iphone 11


2.  Apple TV+ Percuma Untuk Pengguna Baru iPhone

Bermula 1 November ini, setiap pengguna yang mendapatkan produk baru iPhone akan dibekalkan dengan 1 tahun langganan percuma bagi Apple TV+ dan ianya juga boleh dilanggan pengguna lain dengan harga $4.99 sebulan atau RM14.99

Apple TV+ fungsinya sama seperti Netflix dan iFlix dimana ianya merupakan platfom pentriman Video. Disini anda boleh menontong video atau filem eksklusif yang dikeluarkan oleh pihak Apple. Pada acara tersebut, dipertontongkan sedikit sedutan cerita SEE lakonan Jason Momoa.

Apple Keynote 2019 iphone 11


3.  Diperkenalkan iPad Generasi Baru

Selain daripada produk penstriman, pada Apple Keynote 2019 diperkenalkan iPad generasi terbaru iaitu iPad generasi ke-7 menggantikan iPad generasi ke-6 diperkenalkan pada 2018 yang lepas. iPad ini menggunakan saiz skrin sebesar 10.2 inci dan dijanakan dengan iPadOS terbaru daripada Apple juga dipasanga dengan Retina Display. Ianya tidak lagi menggunakan iOS seperti generasi sebelum ini. 


Dengan perkenalan iPad terbaru ini, pastinya ianya memberikan lebih kuasa padanya berbanding iPad sebelum ini dengan penggunaan optimasi Apple Pencil dan juga sambungan smart connector dengan membolehkan aksesori lain dipasang seperti thumb drive.

Ianya mula dijual bermula 30 September 2019 dengan tanda harga $329. Di Malaysia ianya mula dijual dengan tanda harga RM1449 dan masih tiada tarikh rasmi bila akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Apple Keynote 2019 iphone 11

Apple Keynote 2019 iphone 11


4.  Kini Apple Watch Series 5 Diperkenalkan

Permulaan perkenalan Apple Watch, pihak Apple mempertontonkan sebuah video apresiasi kepada Apple dan pengalaman pengguna selama menggunakan Apple Watch. Diakhirnya mereka mengucapkan, Thank You, Tim, Thank You Apple atas perkenalan Apple Watch kepada pengguna seluruh dunia.

Apple Keynote 2019 iphone 11

Apple Watch series 5 dipertontonkan buat kali pertama pada malam itu yang ciri baru diperkenalkan antaranya adalah always-on retina display. Kali ini, Apple Watch tidak akan digelapkan jika dibandingkan pada series sebelum ini. Skin Apple Watch Series 5 akan terus menyala tetapi sedikit dimalapkan dan jika anda mengerakkan tangan anda, ianya akan menyala sepenuhnya. 

Dari segi rekaan Apple Watch Series 5 dibina menggunakan binaan titanium dan juga seramik menjadikannya lebih kukuh dan tahan lasak.


Jika series sebelum ini diperkenalkan ciri seperti dapat membaca bacaan electrocardiogram atau ECG dan juga Fall Detection. Kali ini sebuah lagi ciri baru diperkanalkan iaitu Noise app alerts dan juga Cycle Tracking app. 

Bagi Noise app iainya diperkenalkan mengesan kadar lantangan bunyi sekeliling. Jika terdapat bunyi yang bising, Apple Watch akan memberi isyarat. Manakala bagi Cycle Tracking App adalah isyarat bagi memudahkan log maklumat mengenai kitaran haid bagi pengguna wanita.

Apple Watch Series akan mula dijual pada 20 September 2019 ini dengan harga bermula $399 manakala di Malaysia ianya bermula dengan tanda harga RM1749.

Apple Keynote 2019 iphone 11


5.  iPhone 11 dan iPhone 11 Pro Merupakan Telefon Pintar Terlaju Di Dunia

Produk terakhir Apple diperkenalkan pada Apple Keynote 2019 adalah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max.

Pada iPhone 11 ini, jumlah kamera yang digunakan dikekalkan sebanyak 2 buah sama seperti siri iPhone X tetapi ianya ditambah baik dengan memperkenalkan dwi-kamera iaitu wide angle lens dan juga ultra wide angle lens.

Apple Keynote 2019 iphone 11

iPhone 11 menggunakan size skrin sebesar 6.1 inci LCD Liquid Retina Display dan dikuasakan dengan cip terbaru daripada Apple iaitu Apple A13 Bionic yang lebih berkuasa daripada sebelum ini. 

Dwi-kamera masing digunakan dengan sensor sebesar 12+12MP dan bagi kamera selfie di hadapan juga digunakan sensor sebesar 12MP juga. Ciri terbaru yang ada pada kamera, ianya diperkenalkan dengan ciri mod malam. Jadi selepas ini, anda tak perlu lagi khuatir jika menangkap gambar dalam keadaan kurang cahaya. 

Ketahanan bateri pula diperkatakan dipertingkatkan dengan ketahanan lebih 1 jam daripada iPhone XR sebelum ini.

Apple Keynote 2019 iphone 11

iPhone 11 mempertaruhkan 6 warna iaitu hitam, putih, merah, hijau, kuning dan ungu. Anda boleh dapatkan keluaran terbaru ini secara rasmi pada 27 September 2019 dengan tanda harga bermula RM3399 (64GB). Storan yang ditawarkan bermula dengan 64GB, 128GB (RM3599) dan 256GB (RM4099)

Bagi iPhone 11 Pro dan Pro Max yang hanya berbeza pada saiz skrin sahaja iaitu masing-masing 5.8 inci dan 6.5 inci dengan skrin OLED digunakan pakai. Kualiti skrin dipertingkat kan lagi dengan perkenalan Super Retina XDR.


Buat pertama kalinya, iPhone menggunakan perkataan Pro yang katanya menunjukkan iPhone kali ini lebih berkuasa berbanding telefon pintar yang ada di pasaran sekarang. Yang paling terserlah bezanya kali ini adalah wujudnya Tri-kamera buat julung kalinya ada pada iPhone (phone lain dah bersepah 3 kamera) 

Apple Keynote 2019 iphone 11

iPhone 11 Pro dan Pro Max juga menggunakan cip terbaru A13 Bionic yang disinilah Apple menunjukkan cip tersebut digubungkan dengan peranti Apple menjadikannya antara terhebat mengatasi peranti Samsung, Huawei, Pixel dan lain-lain. CPU terhebat dan GPU terhebat. 

Tambahan lain yang membuatkannya lebih Pro adalah perkenalan tri-kamera yang masing-masing mempunyai fungsi tersendiri. semua tri-kamera menggunakan sensor sebesar 12+12+12MP dan diperkenalkan wide lens, ultra wide lens dan juga telefoto lens.Ya, sudah seperti peranti Android lain.


Manakala kamera selfie juga digunapakai sensor sebesar 12MP dan diperkenalkan ciri baru iaitu Slofie iaitu Slow-mo selfie. Anda boleh rakam dalam mod slow pada kamera hadapan anda. Sudah pastinya kesemua kamera ini memberikan gambar yang lebih berkualiti daripada sebelum ini.

Bagi daya ketahanan bateri pula, katanya dipertingkatkan dengan 5 jam lebih lama daripada iPhone XR sebelum ini. Juga diperkuatkan dengan water-rasistant dan daya ketahanan yang lebih kuat. Kalau ikut penerangannya sepertinya tidak perlu lagi kepada casing tambahan.

Apple Keynote 2019 iphone 11

Dalam pasaran Malaysia, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan ditawarkan bermula 27 September dengan pilihan warna kelabu, hijau, perak dan emas. Ianya ditawarkan bermula dengan tanda harga RM4899 untuk iPhone 11 Pro dan RM5299 untuk iPhone 11 Pro Max. Storan pilihan adalah 64GB, 256GB dan 512GB. Oh hampir terlupa, fast-charger 18W turut diberi di dalam kotak bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.


Jadi inilah 5 produk terbaru daripada Apple yang diperkenalkan di dalam acara Apple Keynote 2019 iaitu Apple Arcade, Apple TV+, iPad, Apple Watch dan iPhone 11. Jadi anda berpuas hati? Anda teknologi terbaru yang super awesome? Dan bersedia nak beli? Tanyalah akaun bank anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke lawan web rasmi Apple Malaysia di https://www.apple.com/my/

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post