Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense

Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense

Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense | Mungkin berita ini biasa daripada blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan dan perkongsian dimana mereka memperoleh bayaran daripada Google melalui pengiklanan Google Adsense.

Jadi aku sebagai blogger yang masih baru, berita ini sangat mengembirakan, manakan tidak selepas beberapa tahun, aku berjaya juga untuk cashout kali pertama daripada Google Adsense yang sangat ingin dirasai oleh ramai blogger.


Jika anda baca mana-mana posting daripada blogger lain, pastinya mereka mempunyai pengalaman sendiri selama bersama dengan Google Adsense. Ada perkongsian tidak berjaya untuk dapatkan kelulusan daripada Google, ada yang memohon tapi sampai sekarang tiada jawapan dan yang juga mohon tetapi terus diterima untuk pasang iklan Adsense di blog.

Apa itu Google Adsense?


Kepada yang belum mengatahui apa itu Google Adsense, ianya adalah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google. Pemilik laman web seperti blogger boleh mengikut program ini dengan membenarkan teks, gambar dan yang terbaru iklan video terpasang dan bertapak di laman web mereka.

Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense
sumber: monsterinsight
Erti kata mudah, anda membenarkan pihak Google meletakkan iklan-iklan sama ada dalam bentuak teks, gambar dan video berlegar di laman web atau di blog anda.

Sebagai balasan, pihak Google akan membayar pemilik website atau blog tersebut jika ada pembaca atau pelawat blog tersebut menekan iklan Google Adsense yang muncul. Lagi banyak iklan itu ditekan atau di klik, lagi banyak Google akan bayar anda.

Google Adsense bukanlah hanya terbatas di blog atau laman web sahaja tetapi kini anda boleh dapatkan melalui Youtube dan juga aplikasi. Yang paling menarik untuk orang Malaysia, ianya dibayar bukan dalama Ringgit Malaysia (RM) tetapi dibayar dengan Dollar (USD). Menarik bukan.


Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense


Blog aku pertama kali lulus untuk menerima pengiklanan daripada Google Adsense adalah pada 2017 yang lepas selepas beberapa kali percubaan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Google. Selepas itu, barulah diluluskan untuk terima pengiklanan.


Jadi hampir 2 tahun juga, akhirnya aku berjaya cashout kali pertama daripada Google Adsense selepas mengikuti beberapa tips dan cadangan dariapda blogger-blogger lain. Sedikit sebanyak ianya memberi peningkatan setiap bulan.

Jika sebelum ini domain asal adalah helloaiman.com dan ditukar kepada aimanabdullah.com atas sebab-sebab tertentu. Jadi proses pertukaran ini itu juga telah memberi kesan kepada iklan Adsense yang menyebabkan iklan tidak muncul. Dengan sebab inilah terdapat sedikit lambat untuk aku cashout bayaran Adsense.

Cashout Kali Pertama Daripada Google Adsense
emel daripada Google berkaitan bayaran Google Adsense
Ianya mengambil masa kerana untuk cashout Google Adsense, anda perlu melepasi minimum threshold atau jumlah minimum pengeluaran yang ditetapkan oleh pihak Google. Sekiranya belum sampai, jadi anda tidak boleh untuk cashout bayaran tersebut.

Akhirnya, pada September 2019, aku berjaya sampai dan melepasi minimum threshold tersebut untuk meneruskan proses pengeluaran daripada Google Adsense. Jika anda sudah layak untuk menerima bayaran, anda akan menerima emel daripada pihak Google yang memberi tahu supaya menyemak bayaran di akaun Google Adsense anda. 

Terima kasih kepada semua pelawat dan pembaca yang sudi singgah di blog aimanabdullah.com. Aku akan teruskan berkongsi maklumat dan informasi kepada anda selepas ini.


16/Post a Comment/Comments

  1. Alhamdulillah.Tahniah.Rezeki.Boleh tambah tabungan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Belum pernah cashout lagi. Harap ada rezeki cashout adesense dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  3. tahniah ya aiman! :) boleh belanja la lepas ni

    ReplyDelete
  4. pernah dpt cashout awal feb 2019... pas tu slow la plak duit ni masuk. sabor je la...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Aiman... seronok bila dapat cahout adsense ini.. your hard work finally paid off.. Semoga terus dimurahkan rezeki.. keep on blogging ^^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah
    Semoga dilumayankan rezeki

    ReplyDelete
  7. Tahniah aiman. Teruskan blogging di masa hadapan! You can do it!

    ReplyDelete
  8. wah tahniah aiman dapat merasa income GA ye

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..... rezeki......

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post