Saluran Astro Percuma Pada Oktober 2019

Saluran Astro Percuma oktober 2019

Pihak Astro mengumumkan dimana mereka akan memberi saluran Astro percuma selepas mereka memenangi beberapa anugerah dan peroleh beberapa pencapaian di dalam Putra Brand Awards baru-baru ini. Ini sudah pastinya memberi kemenangan bermakna untuk mereka.

Di dalam Putra Brand Awards tersebut, Astro telah memenangi 3 anugerah dan membuat Astro lebih bermakna dengan kejayaan ini adalah memperolehi Malaysia’s Brand of the Year. Anugerah ini tidak dipilih oleh juri tetapi ianya berdasarkan undian pengguna.

Jadi dengan undian daripada pengguna inilah, jenama Astro nampak masih lagi diterima oleh rata-rata pengguna di Malaysia. Justeru, demi menghargai jasa pengguna Astro khususnya demi kemenangan tersebut, pihak Astro akan memberi saluran Astro percuma kepada semua penggunanya.

Saluran Astro Percuma oktober 2019


Saluran Astro Percuma Untuk Semua Pengguna


Demi menghargai pengundi dan pengguna di Malaysia yang masih setia dengan Astro sehingga kini, hari ini mereka mengumumkan di mana akan memberikan semua saluran Astro Percuma bermula dari 29 September 2019 hingga 13 Oktober 2019. Tempoh yang diberika ini lebih kurang 2 minggu.

Saluran Astro Percuma oktober 2019

Bagi semua pengguna Astro, anda boleh tontong semua saluran Astro secara percuma di Astro dan juga Astro GO. Jadi anda boleh daftar Astro GO anda dengan install aplikasi Astro GO melalui platform telefon pintar anda, baik Android dan iOS.

Selain daripada salurang Astro Percuma, mereka juga memberi potongan sebanyak 10% diskaun apabila anda membeli barangan di GO SHop melalui saluran GO Shop TV (CH118, 120 dan 303) dengan menggunakan kod promo < THANKS10 >. Promosi GO Shop ini akan berlangsung pada 4 - 6 Oktober 2019 ini sahaja  

Jadi kepada semua pengguna Astro, nikmatilah apa yang diberi oleh pihak mereka. Kalau macam ni, setiap tahun la Astro kene menang di Putra Brand Awards ni. Bila lagi nak merasa tonton kesemua saluran Astro secara percuma kan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

13 comments for "Saluran Astro Percuma Pada Oktober 2019"

Comment Author Avatar
Perghhh semua channel eh? Mmg duduk depan tv jelah nnti hehe
Comment Author Avatar
Anak layan babytv la lps ni..
Comment Author Avatar
best ni..semoga Astro menang byk lg anugerah..hihi..
Comment Author Avatar
Hmm tak sempat nak tengok pula hehe
Comment Author Avatar

Hrimi baru sedar free. Anyway ada sehari lg. ..
Comment Author Avatar
Huwaa..😭😭 dah abis astro kasik free channel..nk tgk oh!k..sbb ade cite best.. extraordinary you
Comment Author Avatar
Lepas ni..kene undi astro bnyk2..hahahah klu nk dpt channel free