Betul Ke Best Products Malaysia Ni? - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Saturday, 12 October 2019

Betul Ke Best Products Malaysia Ni?

Betul Ke Best Products Malaysia Ni?
best products scam

Beberapa hari yang lepas, mak aku menerima sebuah sampul yang bertulis bakal menerima hadiah utama daripada Best Products Malaysia. Belum apa-apa sudah dapat pengiktirafan dan bakal memenangi hadiah utama yang agak lumayan sebenarnya. Betul ke Best Products Malaysia ni?

Sini aku nak cerita sedikit berkaitan persoalan ini. Aku rasa bukan 1 sampul je yang telah dihantar, tetapi telah banyak sampul yang telah dihantar kepada individu-individu yang terpilih. Bagaimana pula anda terpilih dengan tiba-tiba bakal memenangai hadiah yang cukup lumayan ni?


Tahukah anda, mak aku terpilih sebagai pemenang hadiah utama iaitu RM300,000. 0.3 juta beb! Siapa je nak bagi? Dengan duit tu macam-macam boleh buat. Siap boleh beli cash rumah pula. Jadi inilah antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak Best Products Malaysia ni.

Selepas mak aku bagi sampul tersebut, selain nama product yang dipaparkan, juga ada laman web yang ditulis. Jika anda boleh lawati di www.bestproductsmy.com. Selepas aku tengok websitenya, secara langsung sifat ragu-ragu semakin menebal dan aku ingin tengok betul ke dia nak bagi duit yang sebegitu banyak. Anda nak bagi wang RM300,000 tetapi website tidak seperti mempunyai syarikat yang besar pun. Blog aku ni, aku rasa mahu RM10,000 kot hahaha

best products scam


Dapat Surat Daripada Best Products Malaysia


Berbalik kepada surat yang mak aku terima, di dalamnya lebih 5 helai kertas yang diberi dan antaranya adalah sebuah katalog barangan dan borang pembayaran. Ya! untuk melayakkan anda menerima hadiah utama tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 1 barang Best Products.

Keraguan seterusnya muncul adalah apabila aku lihat pada katalog barangan tersebut. Ini kerana, harga barangan yang ditawarkan sekali-kali tidak masuk akal. Secara logik akal pun, kita takkan beli barangan tersebut sekali pun ianya keperluan. Sebagai contoh barangan paling murah adalah acuan pelbagai warna (yang biasa kita buat cupcakes) berharga RM39 sedangkan anda boleh dapatkan di luar dengan RM1 je. Sudah berapa ringgit di ambil? Kopiah RM69, sejadah RM89, Kain Batik, RM99 dan banyak lagi.

best products scam

Sepertinya, di dalam sampul tersebut diberi semuanya maklumat yang anda perlu yang tiada di dalam laman web mereka. Anda tidak perlu pergi ke laman web untuk ketahui lebih lanjut pun. Kalau nak kepastian pun sebab nak tengok video yang disediakan di laman web mereka. 

Jadi anda perlu beli barangan  at least 1 unit dengan harga paling murah RM39 dan berpeluang mendapatkan hadiah utama RM300,000. Ada juga tawaran diberi, beli barang sehingga RM179 untuk dapatkan Myvi atau RM50,000. Senang bukan! Tiba-tiba aku teringat iklan SKMM berkaitan formula T.I.P.U iaitu U untuk Untung Besar.

best products scam

Ragu-Ragu Terhadap Tawaran Best Products Malaysia


Disebalik timbul ragu-ragu dan tidak ingin ambil risiko ini, terdapat juga contoh yang sebenarnya sebelum ini, memang ada insan yang telah memenangi hadiah utama tersebut iaitu RM300,000. 
  • Best Products menayangkan senarai pemenang melalui Video di Youtube
  • Best Products dapat liputan daripada akhbar tempatan seperti Berita Harian dan Metro
  • Juga melantik beberapa artis tempatan menjadi duta seperti Dato Jalaludin Hassan
  • Tetapi website nampak tak profesional
Selepas itu, barulah pencarian untuk mencari kebenaran itu berjalan. Mula-mula mestilah aku cuba google tetapi macam tak banyak maklumat perkongsian daripada orang ramai tetapi lebih kepada liputan akhbar tempatan ni. Kalau adapun melalui perkongsian blog sishawa. Sepertinya tidak ingin ambil risiko untuk sertai dan memanangi hadiah tersebut.


Selepas melalui Google, aku pergi ke Twitter pula. Sepertinya tiada maklumat yang aku perolehi. Kemudian pergi ke Facebook dimana aku jumpa Page Facebook Best products Malaysia. Disinilah banyak maklumat yang aku boleh kongsikan disini.

best products tipu

best products tipu

Rata-rata perkongsian daripada warganet agak negatif bunyinya. Antaranya adalah penipu, scammer, tabur janji manis, barang tidak berkualiti dan sebagainya. Anda boleh baca sendiri di facebook mereka untuk lebih ketahui lebih lanjut. Adakah Best Products menipu?

Baca Juga : Jawab Survey dan Boleh Dapat Duit Daripada YouGov

Melalui helaian kerta yang diberi, anda menang hadiah utama tetapi anda terlebih dahulu perlu membeli mana-mana barang Best Products yang harganya agak mahal. Tetapi hakikatnya melalui terma & syarat yang diberikan, anda perlu membeli barang mereka dan menjadi top 5 individu yang berbelanja paling tinggi. Jika anda merupakan pembeli yang paling tinggi, anda akan diberi soalan kuiz dan mestilah menjawab soalan tersebut dengan betul, jika gagal, tawaran diberi kepada individu no 2 pula sehinggalah seterusnya. 

Perkongsian Daripada Warganet


Di Facebook Best Products sudah ramai mereka yang berbelanja sehingga beribu ringgit tetapi tiada pun yang telah memenangi sama ada hadiah utama, hadiah pertama atau hadiah kedua. Ada juga berkongsi, barang yang dibeli, memang dapat tetapi barangnya tidak berkualiti sama dengan harga yang ditawarkan. Ada juga yang minta refund tetapi tidak dapat. 

best products tipu

best products tipu

best products tipu

Yang paling tidak best sebenarnya, rata-rata yang menerima sampul surat ini adalah ibu bapa kita yang mungkin sudah pencen sekarang. Tawaran mereka yang begitu gah, sudah pastinya tidak fikir panjang terus beli barang yang mahal untuk dapatkan beribu-ribu ringgit. 

Kalau betul, nak berniaga, kenapa Best Products tidak membuat iklan di arus perdana seperti biasa. Kenapa mesti pos kepada individu. Bagaimana pula mereka dapatkan alamat rumah kita? Bagaimana mereka boleh kenali kita? Siap nama penuh.


Akhirnya


Nasib baik mak aku bijak macam anaknya. haha dengan tidak mengendahkan langsung tawaran yang diberi walaupun bakal memenangi RM300,000 sekalip mata macam tu je. Sudahlah dengan bersepahnya scammer dan penipu diluar sana. Jadi benda-benda macam ni, harusnya diambil berat juga. Barang yang dijual bukan keperluan, tak perlu beli kalau tidak perlu. Nak hadiah pula, kene beli barang. Barang pula tidak berkualiti seperti yang dikongsi dan sangat mahal.

Jadi kepada anda yang menerima juga surat ini, selidik lah terlebih dahulu. Jangan rambang mata, disebabkan dengan tawaran yang diberi. Sasaran mereka sepertinya warga pencen dan kepada anak-anak bagilah nasihat kepada orang tua anda. Jangan laburkan duit pencen kepada benda yang meragukan. 

Kalau anda ada juga pengalaman berkaitan Best Products Malaysia ni, kongsikan di ruang komen supaya ramai lagi yang akan membaca dan ketahui akan maklumat ini. Juga kepada yang telah menang, apa kata kongsikan juga pengalaman anda.

Kongsikan Artikel Ini

6 comments

  1. Jangan percaya ini semua 'scammer'.
    Mrs. A pun pernah dapat katalog tu memula tu terlayan lepas tu bila officemate cakap tipu la tu, sebab dia dah terkena terus Mrs. A ignore.
    Tapi best produk tu sangatlah gigih setahun lebih without fail setiap bulan Mrs. A akan terima katalog daripada mereka.

    ReplyDelete
  2. Bestproducts ni scam je kot

    ReplyDelete
  3. Hari ni terima benda yg sama. Rasanya mcm scam..jdi sya ignore je

    ReplyDelete
  4. Aduiii, macam dah kene je, baru semalam beli periuk. Celaka betul, macam mana la surat khabar ambil ke diorang nak untung. Surat khabar pun subahat sekali.

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done