Bila Google Mula Membuat Pembayaran Google Adsense Anda?

bila google adsense mula membua pembayaran

Sekarang dah ramai blogger atau publisher sudah menerima bayaran daripada Google Adsense. Tidak kurang hebatnya di platform Youtube. Rata-rata sudah pasti mempunyai akaun Youtube bertujuan sama ada berkongsi hobi, ilmu, maklumat hatta untuk mencari pendapatan sampingan daripada pengiklanan terutamanya Google Adsense.

Ada juga kalangan kita pasti baru bermula dan tahu akan apa itu Google Adsense, jadi mereka sudah membuat perancangan supaya platform mereka sama ada melalui sebagai blogger mahupun youtuber di terima oleh pihak Google untuk menyiarkan Adsense di akaun milik mereka. 


Alhamdulillah, sejak berkecimpung di dalam dunia blogging ni, buat pertama kali kami berjaya dapatkan bayaran daripada Google Adsense. Pastinya beberapa syarat perlu dipatuhi bagi mendapatkan kebenaran untuk mempamirkan iklan dan juga mengeluarkan bayaran daripada Adsense.


Jika anda sudahpun dapatkan akaun penuh Google Adsense, fasa seterusnya adalah untuk mengumpul bayaran dan melepasi ambang bayaran atau Paymen Threshold barulah anda layak untuk mengeluarkan bayaran atau cashout payment.

Sudah lepas bayaran minimum threshold? Jadi bila pula pihak Google akan membuat bayaran kepada kita? Kene tunggu lagi ke? Berapa lama? 

Google Adsense Mula Membuat Pembayaran Kepada Anda


Anda perlu tahu, kitaran pembayaran Adsense adalah setiap bulan. Jika anda mengumpul beberapa jumlah pendapatan seharian sehingga sebulan, pada awal bulan berikutnya pendapatan yang telah dimuktamadkan akan ditujukkan baki pada halaman Payment
Contoh : bulan September, anda mengumpul USD20, pada awal Oktober akan ditunjukkan USD20 pada halaman Payment
Dihalaman Payment inilah akan ditunjukkan Payment Threshold dimana anda perlu capai untuk membolehkan anda cashout payment.

Ok, jika akaun Adsense di bahagian Payment anda sudahpun menunjukkan lebih daripada Payment Threshold, bila Google mula buat pembayaran?

bila google adsense mula membua pembayaran
pergi ke akaun Adsense > klik Payment

Jika pada 1 Oktober 2019 nilai Payment anda sudah melepasi Payment Threshold dan ke atas, Google memberi tahu, mereka akan membuat pembayaran pada 21 - 26 haribulan pada bulan yang sama. Anda boleh pantau akan bank anda pada tarikh tersebut.

Pengalaman Menerima Pembayaran Google Adsense


Jika sebelum ini aku ada kongsikan pengalaman menerima pembayaran Google Adsense, disini aku nak kongsikan bagaimana aturcaranya berlaku.


Pada 1 September 2019, akaun Google Adsense aku dibahagian Payment sudah pun tahap minimum pengeluaran dan dalam beberapa hari kemudian, pihak Google menghantar emel yang memberi tahu supaya boleh membuat semakan pembayaran di dalam akaun Adsense milik aku. Jadi disini, secara sah nya, anda sudah layak peroleh bayaran daripada Google Adsense 

bila google adsense mula membua pembayaran

Kemudian pada 23 September 2019, aku dapat lihat di dalam akaun Adsense aku, Google telah issued bayaran ke akaun bank aku. Pada 25 September 2019 barulah, aku terima bayaran daripada Google. Jadi bayaran dibuat di dalam rangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak Google iaitu 21 - 26 haribulan pada tiap-tiap bulan.

Yang penting anda jagalah akaun Adsense anda sebaik mungkin. Jangan langgar arahan, jangan klik iklan adsense sendiri dan elakkan akaun Adsense anda ditarik atau dibanned. Adsense ini sudah pasti boleh menjadi pendapatan sampingan anda atau mungkin boleh jadi pendapatan utama anda kelak.


9/Post a Comment/Comments

  1. Terbaik bro.. Aku ads dari nuffnang pun lama x naik. haha. Rasa nak beralih yang lebih baik. haha

    ReplyDelete
  2. Tahniah Aiman.. lepas nie x perlulah sy tertanya2 lgi mcm mana pembayaran adsense sbb sudah dijelaskan kat sini.. semoga dimurahkan rezeki selalu.. sy klik iklan sini ya..

    ReplyDelete
  3. tahniah & tq berkongsi info..

    ReplyDelete
  4. Owh.. 21 hingga 26... Sebelum ni tak pernah lewat dari 21hb... Risau plak bila lewat tu.. Lepas baca artikel ni.. Hilang resah.. 😅

    ReplyDelete
  5. saya biasa dapat rm 1500 k ke 2k setiap bulan dengan dua account youtube, pembayaran guna western union,dulu buat blog,tetapi trafik blog sekarang slow tak macam dulu2 dah, ni gara2 FB laa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post