Cara Daftar SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Cara Daftar SPA

Disini kami akan tunjuk bagaimana cara daftar SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dengan langkah beserta gambar yang anda boleh ikut pada tahun 2019 ini. Supaya anda juga boleh mendaftar dan memohon pekerjaan dengan betul mengikut ruang dan format yang disediakan oleh pihak SPA.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerbitkan portal rasmi bagi rakyat Malaysia lebih mudah memohon pekerjaan di dalam sektor Kerajaan. Erti kata lain, jika anda mahu bekerja di dalam sektor Kerajaan, anda mestilah memohon pekerjaan tersebut melalui portal rasmi SPA sahaja. Semuanya hanya berlaku secara online.

Jadi kepada mereka yang mula mahu membuat pendaftaran di portal rasmi SPA, disini kami akan tunjukkan cara untuk melakukannya. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menyediakan platform khas bagi permohonan kerja di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Disini segala maklumat yang diperlukan, anda harus isi dengan lengkap.

Cara Daftar SPA

Platform SPA8i ini juga tempat untuk anda memohon pekerjaan Kerajaan. Caranya sedikit berbeza dengan cara permohonan di pautan-pautan lain.

Baca Juga : Pengalaman UKJK PTD 2019

Setiap pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan iaitu secara online sahaja. Sesiapa sahaja layak untuk mendaftar akaun SPA selagi mereka warganegara Malaysia. Bukan Ijazah sahaja yang layak, Diploma, SPM, STPM, PMR, PT3, SRP juga layak untuk membuat permohonan dan pendaftaran SPA.


Bagi sesiapa buat pertama kali ingin membuat pendaftaran di pautan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i), disini kami akan tunjukkan caranya. Selain itu, kami juga akan tunjukkan panduan bagaimana mahu membuat permohonan pekerjaan SPA dengan cara yang betul juga di dalam pautan SPA8i yang sama. 

Cara Membuat pendaftaran SPA8i


 Cadangan 
Pihak SPA mensarankan kepada semua pemohon supaya hanya menggunakan browser Google Chrome atau Internet Explorer 10 ke atas sahaja untuk membuat Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

 Langkah 1 
Anda boleh pergi dan pilih mana-mana pautan yang disediakan oleh pihak SPA. Kedua-duanya adalah pautan yang sama.

Kemudian pilih dan tekan Daftar MYID Baru
Cara Daftar SPA


 Langkah 2 
Dibahagian ini, anda diminta untuk masukkan maklumat asas pemohon, soalan keselamatan dan maklumat kata laluan. Pastikan semua maklumat adalah betul.

Pastikan alamat emel yang digunakan aktif setiap masa. Ini kerana segala keputusan permohonan akan dihantar melalui emel yang anda daftar tersebut. No kad pengenalan dan kata laluan (password) akan digunakan setiap kali anda mahu log in portal SPA8i ini.

Setelah siap, tekan butang DAFTAR

Cara Daftar SPA


 Langkah 3 
Selepas itu anda akan dibawa ke bahagian Maklumat Pemohon (pemohon).

Disini anda diminta melengkapkan borang pemohon dengan lengkap dan maklumatnya mestilah tepat dan betul berkaitan diri anda. Ikut sahaja arahan yang diberi. Ingat! jangan memberi maklumat palsu ketika anda mengisi borang pendaftaran SPA8i.


Setelah siap, klik butang SIMPAN

Cara Daftar SPA


 Langkah 4 
Kemudian pergi ke bahagian Maklumat Akademik.

Disini anda diminta untuk masukkan semua maklumat akademik anda bermula daripada PT3 atau PMR sehingga ke tahap pendidikan anda yang paling tinggi. Jika anda mempunyai sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Mudah atau Ijazah sehingga tertinggi ke PhD. Sila masukkan maklumat tersebut.

Selain itu jika anda ada sijil profesional pun, anda boleh masukkan di bahagian yang disediakan.

Setelah siap, klik butang SIMPAN

Cara Daftar SPA

Cara Daftar SPA


 Langkah 5 
Langkah seterusnya adalah di bahagian Maklumat Ko-Kokurikulum.
 
Disini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian Sukan dan Persatuan/Kepimpinan. Anda boleh masukkan semua maklumat daripada peringkat sekolah sehinggalah peringkat tertinggi iaitu antarabangsa.

Sebaiknya segala maklumat yang diisi dibahagian Ko-Kokurikulum, anda mempunyai sijil daripada aktiviti tersebut. Ini memudahkan jika temuduga diadakan kelak.

Setelah siap, klik butang SIMPAN

Cara Daftar SPA


 Langkah 6 
Kemudian pergi ke bahagian Maklumat Tambahan. Disini akan memberi nilai tambah kepada pemohon jika mereka mempunyai apa-apa maklumat tambahan diri.

Bahagian ini, anda boleh masukkan maklumat seperti Bakat, Kebolehan Bahasan, Bekas Tentera/Polis dan Penerima Bantuan/Kurang Upaya. Jika tiada maklumat tambahan yang ingin diisi, anda boleh pergi ke bahagian Tiada Maklumat Tambahan dan tekan butang disitu.


Setelah siap, klik butang SIMPAN

Cara Daftar SPA


Cara Memohon Jawatan SPA8i


 Peringatan Awal 
  • Sila baca dan fahami Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)
  • Jumlah keseluruhan JAWATAN SPA yang dipilih mestilah tidak melebihi 15 jawatan. CONTOH : Jika kelayakan akademik adalah SPM, jawatan SPM + SEPARA + BAKAT = 15 jawatan sahaja.
  • Anda boleh pecah-pecah mengikut taraf akademik anda dengan hanya mengikut taraf one step down. Contoh : Jika kelayakan tertinggi akademik adalah Ijazah, jawatan yang layak memohon adalah Ijazah dan juga Diploma/Matrik/STPM sahaja.
  • Sila baca Maklumat Jawatan IJAZAH di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan tuan/puan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.



 Langkah 7 
Pergi ke bahagian Jawatan Dimohon (Jawatan SPA) dan klik.

Sebagai contoh disini, jika kelayakan tertinggi anda adalah Ijazah, hanya diberikan kolum, Ijazah, Diploma dan juga bakat. Disini anda boleh pilih 15 jawatan (campur-campur) dengan cara pilih mana-mana jawatan klik anak panah ke kanan. Jika anda mahu buang jawatan tersebut, klik anak panah ke kiri.

Selepas selesai, anda perlu memilih pusat termu duga yang berhampiran dengan anda. Sebagai pertukaran pusat temu duga tidak akan dilayan oleh pihak SPA jika anda dipanggil kelak.

Sudah selesai, anda klik SIMPAN

Cara Daftar SPA
 Langkah 8 
Selesai membuat permohonan, anda perlu pergi ke bahagian Pengakuan Pemohon

Sinilah langkah terakhir sebelum anda hantar permohonan anda. Disini juga akan dipaparkan semua maklumat asas diri dan juga semua senarai jawatan yang anda pohon di  Langkah 7 . Anda perlu semak semua maklumat seperti nama dan no kad pengenalan, pastikan maklumat tersebut betul.


Jika semua maklumat itu betul, akhirnya anda perlu tandakan SAYA SETUJU di bahagian bawah dan klik butang HANTAR.

Permohonan anda telah berjaya.

Cara Daftar SPA


 Semakan Permohonan 
Langkah akhir ini hanya semakan permohonan sahaja. Segala maklumat berkaitan jawatan tersebut akan dipaparkan disini.

Dibahagian inilah anda perlu semak setiap masa anda log in portal SPA8i. Disini juga akan dipaparkan adakah anda layak untuk melalui proses temu duga jika ada jawatan kosong diiklankan. Jika tidak layak, juga diberi tahu sebabnya.

Cara Daftar SPA

Cara Ketahui Iklan Jawatan Kosong SPA


Jika pada tahun 2009 yang lalu, iklan jawatan kosong SPA hanya disiarkan di akhbar, tetapi kini tidak lagi. Bagi tahun 2019 dan seterusnya, segala iklan kekosongan jawatan anda boleh semak di portal rasmi SPA di :

Portal Rasmi SPA : Iklan Peluang Kerjaya 
Laman Facebook Rasmi SPA :  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Cara Daftar SPA

Segala maklumat dan butiran iklan kekosongan jawatan, anda boleh lihat di pautan tersebut. Semua permohonan jawatan tersebut hanya valid selama setahun sahaja. Jadi selepas setahun anda perlu memohon jawatan itu semula.

Selamat memohon kepada mereka yang baru sahaja mendaftar di portal SPA8i. Diharap panduan ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada pemohon dan calon.

Jangan lupa kongsikan panduan ini kepada rakan anda serta dimana-mana platfom media sosial seperti Facebook dan Twitter. Agar bermanfaat kepada orang lain juga.

6/Post a Comment/Comments

  1. Nice entry! Ain doakan semua yg isi SPA dpt mana2 jawatan yg dorang pilih. Doakan ain jugak!

    ReplyDelete
  2. Sejak tak ada laptop, Zumal dah jarang update maklumat dalam spa8

    ReplyDelete
  3. Sejak dah kerja ni memang dah lama tak buka website spa ni. Gud sharing ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post