Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

Aku akan tunjukkan bagaimana cara lihat semua quote reply di dalam platfom media sosial, Twitter dengan lebih mudah. Sudah pastinya Facebook berbeza dengan Twitter dari segi fungsinya dan salah satunya adalah Quote Tweet atau Quote Reply.

Terdapat pelbagai trik atau tatacara yang anda boleh cari di Twitter dan antaranya pernah aku kongsi sebelum ini iaitu bagaimana cara mencari tweet lama kita sekali pun bertahun-tahun lamanya. Selain itu, aku juga pernah kongsi cara download video di Twitter bagi pengguna iPhone.

Arkitel Berkaitan : Cara Download Video Twitter Untuk Pengguna iPhone

Quote Reply ini adalah dimana, anda quote mana-mana Tweet kemudian anda sertakan tweet anda. Gambarannya seperti di gambar di bawah sebagai contoh.

Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

Untuk kali ini, aku ingin kongsikan bagaimana pula nak baca atau lihat semua Quote Reply yang mungkin memberi perspektif lain daripada kita membaca reply di sesebuah tweet. Kadangkala bagi aku, Quote Reply lebih menarik berbanding dengan reply tweet.

Cara ini terkandung beberapa cara dan aku akan lebih tekan kan lebih apabila menggunakan telefon pintar sahaja. Ciri ini bukanlah dibina oleh pihak Twitter sendiri sebaliknya ia dibangunkan oleh pihak ketiga daripada Nigeria. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai developer tersebut di sini.


Cara Lihat Quote Reply Di Twitter


Terdapat 3 cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan senarai Quote Reply daripada pengguna akaun Twitter lain terhadap sesebuah Tweet. Cara adalah :

  1. Anda Reply pada Tweet tersebut dengan mention @QuotedReplies
  2. Anda Download aplikasi Quoted Replies for Twitter di Google Play Store dan Apple App Store
  3. Install Chrome Extension Quoted Replies di Google Chrome

1. Cara Reply Pada Tweet


Cara ini anda tidak perlu download apa-apa aplikasi tetapi anda perlu mention @QuotedReplies di Tweet tersebut untuk anda melihat semua Quoted Replies terhadap Tweet tersebut. Pihak mereka akan memberi link kepada anda untuk melihat Quoted Replies. Tetapi cara ini mungkin sedikit lambat, ini kerana ianya dilakukan dengan manual bukan secara automatik atau bot.

Untuk lebih cepat dan secara automatik anda dengan lebih mudah, anda download sahaja aplikasi Quoted Replies

2. Cara Lihat Quoted Replies Menggunakan Aplikasi


Cara ini disediakan menggunakan aplikasi di Android dan juga iOS :

  1. Install terlebih dahulu Aplikasi Quoted Replies
  2. Kemudian cari mana-mana Tweet dalam aplikasi Twitter
  3. Tekan butang Share di bahagian bawah kanan Tweet tersebut
  4. Pilih Share Tweet Via...
  5. Cari dan tekan aplikasi Quoted Replies yang telah di install sebelum ini
  6. Akhirnya akan dipaparkan semua Quote Replies daripada Tweet tersebut.
Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

Cara Lihat Semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter

Untuk cara ketiga, anda hanya perlu install sahaja Chrome Extension dan bukan website Twitter rasmi sahaja.

Jadi inilah cara untuk anda melihat semua Quote Replies pada sesuatu Tweet di aplikasi Twitter. Jika bermanfaat, kongsikan artikel ini di media sosial anda dan kongsikan juga pada rakan-rakan anda cara lihat semua Quote Reply Dengan Mudah Di Twitter.@QuotedReplies

4/Post a Comment/Comments

  1. malas nak buka media sosial sekarang ni, twitter bertukar wajah pun tak perasan..hehe

    ReplyDelete
  2. info yang berguna tho saya tak reti guna twitter :)

    ReplyDelete
  3. tak aktif sangat twitter..so tak berapa mesra menggunakannya..tapi bagus juga share perkara ini..

    ReplyDelete
  4. mama ni twitter tak byk sgt tau.. tq aiman for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post