Cara Memohon ePerumahan DBKL Dengan Bayaran Sewa RM100 Sahaja

cara memohon rumah dbkl

Disini kami kongsikan maklumat penting bagaimana cara memohon ePerumahan DBKL yang katanya bayaran bulangan hanya RM100 sahaja. Ini sudah tentu merupakan berita baik kepada golongan pekerja untuk mencari rumah sewa dengan bayaran yang lebih baik.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan beberapa bulan yang lepas dimana mereka akan menyediakan Perumahan Bandar (Micro Housing) kepada golongan muda yang memasuki alam pekerjaan untuk pertama kali. Maka penginapan bandar ini adalah satu program penempatan dan penjagaan yang selamat serta dilengkapi dengan kemudahan asas untuk satu jangka masa yang ditetapkan.

Baca Juga : Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine

Konsep pelaksanaan Perumahan Bandar ini adalah penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja. Pihak DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama ini manakala 135 penyewa lagi untuk fasa kedua pada penggal pertama 2020.

Perumahan Bandar (Micro Housing) Daripada DBKL


cara memohon rumah dbkl

Perumahan Bandar ini diolah daripada bangunan lama DBKL yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dibaik pulih dan dicantikkan bagi memberi sewa kepada golongan muda yang memerlukan. Ianya diubahsuai menjadi 2 blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

Di bawah program ini, penghuni akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100 sahaja sebulan termasuk air dan elektrik.


Kategori sewaan bilik adalah mengikut bilangan katil yang disediakan disetiap bilik mengikut tingkat di dalam bangunan tersebut. Bilangan katil yang disediakan di setiap bilik adalah seperti berikut :

  • 1 Bilik (4 katil)
  • 1 Bilik (6 katil)

Syarat Permohonan Kemasukan Perumahan Bandar


Jika anda berminat, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus Bujang (Belum Berkahwin)
  3. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  4. Pendapatan tidak melibihi Rm2000 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019)
  5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5 km radius dari Perumahan Bandar
  6. Tidak memiliki rumah
  7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi dariapda 25 Km radius dari Perumahan Bandar
  8. Tidak mempunyai kereta
  9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak)

Cara Memohon


Jadi kepada mereka yang berminat untuk memohon. Permohonan penyewaan perumahan bandar ini telah dibuka mulai 20 Ogos 2019 dan permohonan boleh dilakukan melalui laman pautan di bawah

Mula Kemasukan


Perumahan Bandar ini akan mula menerima kemasukan penghuninya pada 15 Oktober 2019 ini. Merupakan inisiatif kerajaan menerusi DBKL untuk membantu golongan belia / beliawanis yang baru bekerja di bandar terutama golongan B40. Jika anda memenuhi syarat-syarat ini, anda boleh memohon untuk mendiaminya.

Kepada mereka yang menyewa, tolong sangat jagalah kebersihan dan fasiliti yang disediakan dalam keadaan baik supaya ianya dapat digunakan oleh orang lain lagi selepas ini.

cara memohon rumah dbkl

cara memohon rumah dbkl

cara memohon rumah dbkl

cara memohon rumah dbkl

cara memohon rumah dbkl

cara memohon rumah dbkl

sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

3/Post a Comment/Comments

  1. bagus. yang bujang..student ok la..nice sharing. done follow back 328#

    ReplyDelete
  2. Wah baguslah inisiatif macam ni. Atleast yang baru bekerja tak la pening nak cari rumah sewa. Mahal pulak tu

    ReplyDelete
  3. kepada adik2 jgn lepaskan p[eluang ni bukan selalu ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post