Khat Kufi #95 | Ustaz Au'ni

kufi ustaz auni

Ustaz Au'ni

Kali ini aku kufikan nama seorang ustaz yang rasanya juga dikenali. Beliau bukan dikenali sebab kerap masuk tv tetapi beliau terkenal akan kerana kerap memberi ceramah di masjid-masjid dengan membawa tajuk sebuah konspirasi. Sebagai contoh, mesej disebalik setiap filem hollywood, kejadian-kejadian aneh berlaku di seluruh dunia dan yang paling terkenal berkaitan kongspirasi Dajjal dan Illumuniti.

Aku bukanlah nak membenarkan segala ilmu yang disampai lebih kerap di ruangan Youtube itu sepenuhnya tetapi aku suka dengan informasi yang dilontarkan. Kadang ada juga teori yang diberi tu, macam logik dan kadang ada yang tidak masuk akal. Aku dengar hanya sekadar mengisi masa lapang je. Dalam beberapa hari ni, aku kerap bukan youtube beliau untuk dengar ceramah konspirasi beliau.

Kalau anda nak tahu beberapa cerita berkaitan Dajjal dan teori Illuminati ni boleh cari je di Youtube. Seterusnya terserah nak percaya ataupun tidak. Dengar suka-suka je kan.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post