Perkara Kagum Di Jepun. Highway Tembus Bangunan - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Monday, 28 October 2019

Perkara Kagum Di Jepun. Highway Tembus Bangunan

Perkara Kagum Di Jepun. Highway Tembus Bangunan
highway tembus bangunan jepun

Kita mungkin dah terbiasa dengar perkara-perkara kagum yang berlaku di Jepun ni sehingga kita boleh katakan menjadi kagum itu adalah perkara biasa bila ada di Jepun.

Jika sebelum ini viral dimana longkang di Jepun pun boleh ternak ikan. Selain itu berlaku lubang yang besar ditengah-tengah bandar di jalan raya. Tak sampai seminggu lubang tersebut kembali keadaan biasa. Sebenarnya banyak lagi la perkara hebat dan kagum berada di Jepun.

Jadi kali ada lagi 1 perkara kagum yang melibatkan lebuhraya di Jepun. Apa yang membezakan highway di Jepun dengan highway di negara lain terutamanya di Malaysia?

Tahukah anda, ada highway yang melalui bangunan? Laluannya bukanlah ditepi atau dibawah bangunan, tapi menembusi bangunan! Ya, jadi anda akan menggunakan highway tersebut melalui sebuah bangunan.

Highway Di Jepun Tembus BangunanšŸ„“


Highway atau lebuhraya tersebut adalah Hanshin Expressway, iaitu highway yang jarak perjalanannya adalah 149 Batu atau lebih kurang 238 KM yang menghubungkan bandar-bandar utama Jepun seperti Kyoto, Kobe dan Osaka.

Baca Juga : Perjalanan Selama Di Tokyo, Japan

Seperti yang diberitahu, highway ini terkenal kerana ada satu bahagian kecilnya yang menembusi sebuah bangunan. Bangunan yang dimaksudkan adalah bangunan pejabat 16 tingkat Gate Tower di Osaka.

Bagaimana pembinaan Hanshin Expressway ni boleh berlaku di dalam sebuah bangunan? Tembus bangunan pejabat pula tu.

highway tembus bangunan jepun

highway tembus bangunan jepun

Ianya bermula pada tahun 1980-an, antara pemilik tanah dan juga kerajaan Jepun iaitu pada awal fasa pembinaan lebuhraya ini, di mana telah berlaku perbalahan .

Pemilik tanah awalnya telah bersetuju untuk membuat bangunan di atas tanahnya, jadi ianya tidak membenarkan pembinaan highway di atas tanah yang sama. Ini membawa kepada perundingan selama 5 tahun dengan kerajaan Jepun.

Akhirnya, selepas proses perundingan terjalin, mereka (iaitu pemilik tanah dan kerajaan Jepun) mendapat kata sepakat dan tolak ansur untuk membina highway menembusi bangunan, iaitu menembusi tingkat 5,6 dan 7.

highway tembus bangunan jepun

Menariknya, highway yang menembusi bangunan ini tidak menjejaskan fungsi bangunan pejabat tersebut yang tidak boleh terlalu terdedah dengan bunyi bising kenderaan dengan memasang dinding dan lantai anti-bunyi. Highway tersebut juga berada dalam dua lapisan terowong, iaitu terowong dalam terowong, juga berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising.

Baca Juga : Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Jika melihat di dalam keadaan bangunan Gate Tower tersebut, anda hanya akan melihat butang lif yang mempunyai no tingkat 1 hingga 4 dan juga 8 hinggan 16. Manakala bagi tingkat 5 hingga 7, ianya tidak boleh diakses kerana disitu terletaknya sebuah lebuhraya tembus bangunan Hanshin Expressway.

Menurut tulisan asal daripada Zunita Ramli di Facebooknya, Hanshin Expressway yang menembusi Gate Tower ini tidak jauh daripada Stesen Osaka iaitu dengan 9 minit jalan kaki, atau lebih kurang 650 meter.

highway tembus bangunan jepun

Manakala, jika mereka yang mahu melihat pemandangan seluruh Osaka dan Hanshin Expressway tersebur dari jarak jauh, anda boleh ke Umeda Sky Building, juga tidak jauh dari Stesen Osaka, iaitu lebih kurang 8 minit jalan kaki atau 600 meter sahaja.

Kagum bukan! Macam mana negara maju seperti Jepun mempunyai idea membuat sebuah laluan lebuhraya tanpa mengalihkan mana-mana bahagian bangunan sebaliknya tembus sahaja bangunan tersebut.

Jadi kepada yang merancang mencari sesuatu yang menarik di Osaka, Jepun terutamanya, mungkin perkara Highway Tembus Bangunan ini boleh anda jadikan pilihan untuk dilawati secara dekat.


sumber : Facebook Zunita Ramli

Kongsikan Artikel Ini

4 comments

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done