Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Friday, 29 November 2019

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand
Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Dolphinarium Nemo atau Dolphine Bay Phuket antara tempat yang kami singgah di Phuket seperti di terangkan di dalam Itinerary Phuket, Thailand. Ianya tidak jauh daripada T-Shirt Factory Phuket. Ambil masa 15 minit sahaja menaiki kenderaan.

Baca Juga : Pengalaman Bercuti Di Phuket, Thailand

Disini korang akan disajikan dengan persembahan cilik daripada Dolphine dan juga anjing laut. Rasanya ini kali ke-2 aku saksikan persembahan dolphine. Ya! Mereka sangat comel, bijak dan pandai. Terima kasih dolphine untuk persembahan yang hebat. Harap ianya tidak membebankan anda. Datang lah ke Dolphine Bay Phuket, Thailand kalau nak tengok dolphine

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Untuk harga entrance, anda boleh rujuk sini sepenuhnya disini. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut barisan tempat duduk bermula dengan THB700 hingga THB1200. Selain itu anda boleh menangkap gambar bersama dolphine dengan harga THB400 dan berenang bersama dengan harga THB5000. Anda juga boleh buat tempahan di pautan tersebut.


Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo


Persembahan bermula tepat pukul 11 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Terdapat pelbagai aksi yang disajikan. Ianya bermula dengan aksi 2 ekor anjing laut. Pelbagai telatah yang ditunjukkan dan sudah pastinya setiap persembahan haiwan tersebut diupah dengan ikan.

Kemudian barulah disajikan dengan aksi 5 ekor dolphine bersama 3 pelatin mat salleh. Juga diingatkan jika anda berada di kerusi atau tempat duduk bawah sekali, ingatlah anda pasti akan terima percikan air yang banyak hasil daripada loncatan Dolphine. Aku duk atas sikit, tak kene air, yang duk bawah agak basah juga la haha

Ianya juga sama selepas persembahan, dolphine tersebut akan diberi ikan sebagai upah. Antara persembahan yang dibuat oleh dolphine adalah, bermain bola, lompat dalam gelung, menyanyi, menari, berpelukan, bermain bersama pelatih dan banyak lagi. Melukis pun ada, siap ada orang beli dengan harga THB2000 beb.

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Saksikan Aksi Dolphine Di Dolphinarium Nemo, Phuket Thailand

Terima kasih dolphine dan anjing laut atas persembahan yang hebat dah bijak. Anda sememangnya binatang yang hebat. Harap tiada deraann yang dibuat. Jadi kalau korang berminat, korang boleh datang di Dolphinarium Nemo atau Dolphine Bay Phuket untuk tengok dolphine.

Kongsikan Artikel Ini

6 comments

  1. Menarik ini bro.. Kalau tak silap haiwan yang pintar juga kan. hee

    ReplyDelete
  2. bestnya. mungkin ini dh boleh hilangkan skeptikal gajah dan thailand. lagipun kesian sangat dengan gajah. kalau yg didera lagi lah :(

    ReplyDelete
  3. alahai comei betul dua haiwan tuh, lincah je aksi nya

    ReplyDelete
  4. waaa bestnya. dari dulu mama suk dolphin sebab ia ikan yg comel, baik dan bijak

    ReplyDelete
  5. teringin nak melawat Phuket la cuti sek ni...

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done