Cara Semak Nombor Akaun Bank Scammer Secara Online

Cara Semak Nombor Akaun Bank Scammer Secara Online

Kejadian penipuan bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada zaman ini terutamnya melibatkan penipuan atas talian atau online scammer. Jika anda ingin membuat pembayaran dengan sejumlah wang, selepas bayar, tiba-tiba anda di block, penerima hilang dan sebagainya. Jadi anda sudah di scam dan ditipu.

Jika lihat kejadian penipuan daripada scammer ini terutamanya di laman sosial, hampir setiap hari pasti ada yang kita baca. Sepertinya, scammer ini terus melakukan kerja tanpa dapat tentangan daripada pihak berwajib. Mungkin Kerajaan perlu membuat sesuatu akan hal ini.

Sekarang penipuan ini mudah dilakukan secara online yang mana kita tidak bersua muka. Anda banyak perlu bank-in atau transfer sahaja kepada akaun scammer tersebut. Selesai kerja mereka. Selepas itu, mereka menggunakan akaun bank yang sama, menipu lagi orang lain. 

Beringat Sebelum Ditipu Scammer

Scammer ini tidak akan berjaya menipu jika kita sendiri sedar akan kehadiran mereka. Sebagai contoh yang selalu kita dengar kes penipuan ini adalah berkaitan pembelian iPhone murah. Pantang iPhone tersebut menawarkan harga yang murah tidak masuk akal, kita pun terus bank-in tanpa usul periksa. Secara warasnya, iPhone tidak akan murah gila. Kalau murah pun, RM100-200 sahaja.

BACA JUGA : Betul Ke Best Products Malaysia Ni?

Jika tahun 2016 sebelum ini, kecoh dengan iPhone pre-order yang mana terlalu ramai ditipu sehingga setiap seorang dekat RM1000 pasti. Untuk kes tersebut, tak tahu scammer itu sudah didakwa atau belum. Di Twitter, anda boleh follow sini, untuk ketahui berkaitan kejadian scam ini.

Semak Dahulu No Akaun Bank

Jadi untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ditipu terutamnya yang melibatkan pembayaran secara bank-in dan transfer ini, pihak PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyediakan sebuah portal bagi anda semak terlebih dahulu akaun bank penipu tersebut.

Anda boleh pergi ke laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ kemudian masukkan no akaun bank penerima tersebut. Disini akan ditunjukkan jika no akaun bank tersebut pernah dibuat report terhadapnya.

Semak Dahulu No Akaun Bank scammer Tersebut Disini

Sebagai contoh seperti dalam gambar dimana sebuah akaun dibawah nama YY Creative dengan no akaun Maybank 564409618090. Ianya berkaitan scammer bilik sewa. Ternyata no akaun ini pernah direkodkan oleh pihak Polis dengan 2 report. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, setiap pembayaran janganlah dibuat atau laporkan kepada pihak Polis.

Selain daripada No Akaun Bank, portal ini juga anda boleh semak menggunakan no telefon si penipu tersebut. Anda hanya perlu tukar kategori sahaja. Sama ada akaun bank atau no telefon. Seperti pemilik no telefon 0165407971 scam berkaitan bilik sewa. Menerima 2 report yang telah dibuat. Berwaspada la.

Semak Dahulu No Akaun Bank scammer Tersebut Disini

Ini antara langkah awal yang boleh kita buat bagi mengelakkan ditipu oleh scammer. Jika mereka sudah rasa bijak, anda seharusnya menjadi lebih daripada ditipu. Dengan kehadiran mereka inilah yang membuatkan proses pembayaran secara online atau online shopping ini lebih ditakuti orang ramai. Pasti ramai peniaga jujur akan terkesan berkaitan isu ini.

Diharap juga scammer yang pernah menipu dan akan menipu akan ditangkap dan didakwa atas kesalahana jenayah. Baru ramai lagi yang akan takut untuk menipu.


6/Post a Comment/Comments

  1. terima kasih kerana share info ni. amat berguna...

    ReplyDelete
  2. info yang menarik, tak tau lak akak boleh cek no akaun tu kat web jab siasatan jenayah komersial, kadang bila dengar kat berita di radio pasal orang kene tipu sampai ribu-ribu, puluh ribu malahan ratus ribu kita rasa geram sangat... kenapa mudah sangat boleh percaya. tapi itulah namanya scammer bab-bab menipu mereka mesti pakar kan sampai orang akan percaya

    ReplyDelete
  3. terima kasih ya, aiman sbb mengingatkan kitaorang ttg scammer yg jahat ni. Geram tul kat penyangak nih..

    ReplyDelete
  4. Semoga dijadikan ikhtibar dan panduan, saya pun pernah terkena. Scammer mengiklankan barangan dalam Grup FaceBook Levis Malaysia dan VTG Levis Clothing Malaysia. Menggunakan nama samaran Elan Elaner dalam Facebook dengan nombor telefon 01119100866 dan menggunakan 2 akaun bank iaitu:

    i) Maybank 551623217662 atas nama syarikat Golden Venture Accessories ( No.SSM 201803331937, Owner : Zaharah Binti Dolhadi, Taman Daya J.Bahru)

    II) Public Bank 3203102309 atas nama syarikat Jose Apparel Manufacturer ( No. SSM 201503006456, Owner : Lee Chee Peng , Taman Fadason, K.Lumpur)

    Urusniaga dibuat melalui FB Msg dan Whatsapps, scammer telah berdolak-dalih untuk menghantar barangan selepas pembayaran dibuat di no.akaun di atas. Scammer Elan Elaner juga telah memadam semua iklan-iklannya dalam Grup Facebook di atas setelah pembayaran dibuat termasuk profail identiti dirinya, namun demikian saya sempat membuat printscreen.

    Jalan terbaik adalah telah membuat Laporan polis, perolehan maklumat profail syarikat telah dari mydata SSM dan memfailkan tuntutan di e-Tribunal, KPDNHEP.

    Semakan dalam semak mule JSJK PDRM juga mendapati Golden Venture terlibat dalam fraud (Forex). Semoga dijadikan pengajaran untuk saya dan pencinta barangan vintage yang lain supaya menyemak semukmule sebelum membuat pembayaran…clue byk disini sekiranya ramai yang buat carian ttg no akaun scammer ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post