Cara Tingkatkan Kualiti Sesebuah Gambar Dengan Hanya Menggunakan Aplikasi WeChat


Tutorial kali ni, aku nak tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh mengubah gambar anda kepada gambar yang lebih baik seakan-akan High Definition (HD) gitu. Sebenarnya cari ini dapat mengembalikan kualiti gambar yang lama iaitu kebiasaanya gambar tidak sekata yang dipenuhi noise.

Gambar yang dipenuhi noise ini biasanya adalah gambar yang kurang kualiti dari segi saiz gambar tersebut (kB) ataupun gambar tersebut sebenarnya dalam keadaan kecil (saiz). Jadi gambar tersebut penuhlah noise atau dalam kualiti yang teruk.


Jadi tutorial ni, aku tunjukkan cara menjadikan gambar lebih baik dengan hanya menggunakan aplikasi WeChat sahaja. Tanpa apa-apa skills yang diperlukan pun. Anda hanya perlu ikut arahan seperti ada di dalam gambar di bawah.

Cara Nak Tingkatkan Kualiti Sesebuah Gambar


Untuk menggunakan cara ini, anda hanya perlu muat-turun dan pasang aplikasi WeChat di telefon pintar anda. Anda boleh dapatkan untuk Android dan iOS disini. Cara ini ditunjukkan di dalam bahasa China, jadi anda ikut gambar sahaja. Lebih mudah

#1 - Masuk ke aplikasi WeChat dan tekan butang Search seperti di dalam gambar

#2 - Dalam ruangan tersebut, taip ni wo dang nian

#3 - Pilih gambar seperti yang ditunjukkan 

#4 - Tekan mini program tersebut



#5 - Anda akan dibawa ke sebuah page yang baru. Pilih bahagian tengan tersebut dan tekan

#6 - Pilih 1 gambar yang anda mahu untuk dinaikkan kualitinya dan tekan Done

#7 - Tunggu sehingga proses upload selesai. Jika sudah, tekan bahagian kanan




#8 - Jika sudah selesai, tekan bahagian history di bahagian kiri. Akan dipaparkan gambar yang anda muat naik sebentar tadi. Proses membaik pulih gambar ini mungkin mengambil masa sedikit. Mungkin sekejab, mungkin lama. Anda bebas untuk keluar, biar proses ini jalan seperti biasa. Jika ianya sudah selesai, tulisan yang dibulatkan tersebut akan bertukar daripada merah menjadi kuning. Tandanya sudah boleh dilihat



#9 - Akhirnya proses selesai. Disini anda boleh melihat gambar sebelum dan selepas dengan tekan gambar di kiri sekali. Anda juga boleh save gambar terbaru tersebut dengan menekan gambar kanan sekali kemudian tekan dan tahan gambar tersebu. Pilihan Save Image akan keluar. Tekan dan sudah berjaya save di phone gallery anda


Ini juga antara kelebihan WeChat yang dianggap aplikasi rempit di Malaysia. Manakan tidak, aplikasi media sosial mampu untuk edit gambar kan. Hebat China. Tetapi cara ini ada limitasi untuk setiap hari. Anda hanya boleh edit 3 gambar sahaja setiap hari. Anda perlu datang semula pada keesokan hari untuk edit lagi.

Semoga bermanfaat tutorial kali ni bagaiman cara tingkatkan kualiti gambar dengan hanya menggunakan aplikasi WeChat.

6/Post a Comment/Comments

  1. we chat sy tu buat hiasan kt skrin hp je hehehehe

    ReplyDelete
  2. lama tak guna wechat untuk chat dengan sesiapa...

    ReplyDelete
  3. takda penah guna langsung wechat. hahaha

    ReplyDelete
  4. dulu2 ada gak install wechat ni tp bila penuh dgn org ajak buat perkara XXX terus abg uninstall.

    ReplyDelete
  5. Akaun wechat kak feni dah hilang taktahu macam mana nak dapatkan balik.

    ReplyDelete
  6. pernah buat wechat tapi xpernah guna pun..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post