Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam

Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam

Pada hujung minggu lalu, aku bersama keluarga sempat meluangkan masa dengan bercuti ke Shah Alam. Kesemua dalam 5 orang ahli. Jadi kami ambil keputusan untuk sewa kondo berdekatan dengan tempat tarikan menarik di Shah Alam iaitu di kondominium I-Soho Shah Alam.

Di Shah Alam, jika anda berminat bermalam di tempat lain pun, sebenarnya banyak sahaja pilihan seperti Hotel, Hotel Mewah, Homestay, Hotel Bajet dan sebagainya. Kami memilih kondominium ini adalah dengan beberapa sebab. Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan kawasan tetapi kecewa dengan layanan dan beberapa perkara lain.


Ulasan Ringkas Bercuti Di I-Soho Shah Alam


Kami bercuti di I-Soho untuk 2 hari 1 malam dan membuat tempahan melalui Agoda. Sebenarnya, anda bebas menggunakan mana-mana platform untuk membuat tempahan sama ada melalui Agoda, Expedia, Booking atau menggunakan AirBnb. Katanya Airbnb lebih murah. Anda boleh cuba semak nanti ketika membuat tempahan.


Antara sebab kenapa kami memilih kondominum I-Soho Shah Alam ini adalah :

Kedudukan yang sangat strategik iaitu antara 2 tempat tarikan penting di Shah Alam ketika ini iaitu antara I-City dan juga shopping mall baru, Central Mall I-City. Kedudukannya betul-betul antara 2 tempat ini. Jadi jika anda bermalam di I-Soho, anda boleh berjalan kaki sahaja untuk menuju ke I-City (5 minit) dan menuju ke Central I-City (5 minit)

Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam

Selain itu, kondominium ini juga menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan. Di sini terdapat mini taman tema seperti di I-City, dimana anda boleh menggunakan point yang sama untuk bermain permainan di I-City dan I-Soho. Di sini juga disediakan tempat makan, kedai serbaneka seperti 7-eleven dan MyNews.com.  Selain itu, ada juga disediakan bermain bowling, snow village (iaitu kecil sedikit daripada Snow Walk I-City) dan pelbagai lagi.

Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam

Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam

Pengalaman Bercuti Di I-Soho Shah Alam
Snow Village

Disini juga menyediakan kolam renang untuk penghuni kondo menggunakannya. Di I-Soho terdapat beberapa blok bangunan dan setiap blok mempunyai kolam renang tersendiri. Disitu juga, terdapat mini taman permainan untuk kanak-kanan bermain sambil bermain air di kolam renang. 

Rumah Kondominium I-Soho Shah Alam


Untuk rumah kondo yang kami dapat adalah di blok B. Keluasan rumah tersebut tidak lah terlalu besar dan bagi kami ianya cukup untuk menampung 5 penghuni. Rumah tersebut mempunyai 1 bilik tidur, ruang tamu, ruang dapur, 1 bilik kecil dan 1 bilik air. Disini, anda boleh mula check-in bermula jam 3 petang dan check-out pukul 12 tengah hari. 


Seperti diberi tahu, ada sedikit kecewa dengan beberapa perkara di I-Soho. Harap lepas ni, owner buat la penambahbaikkan. Antara kekecewaan yang diterima adalah, siaran TV yang tidak boleh digunapakai. Tak sangka pula, kondominium masih menggunakan saluran tv biasa, bukannya Astro atau HyppTV. Sedia maklum, TV analog telah ditukarkan sepenuhnya kepada TV Digital. Jadi mungkin rumah ini tidak lagi membeli myfreeview, maka tiada saluran yang boleh diakses. 


Selain itu, keadaan shower yang begitu teruk. Tak sangka sebuah kondominium menggunakan shower murah dan teruk kualitinya. Jadi agak tidak puas untuk membersihkan diri. Tolong tukar!

Sedikit kecewa lagi adalah, bila kami tidak dibenarkan untuk menggunakan kolam renang kerana hujan renyai. Kolam dijaga oleh guard dan disebabkan hujan renyai, kami tidak dibenarkan mandi. Mungkin disebabkan keselamatan. Tetapi hujan renyai je. Tapi mungkin keselamatan. Cuma masih tidak puas hati dengan guard di I-Soho.

Walaupun sedikit kecewa, tetapi I-Soho tetap menarik untuk bermalam dan menginap. Mungkin kekecewaan ini dibaiki di masa akan datang. Kelebihan dengan kawasan strategik mungkin menerima pengunjung yang ramai dihujung minggu. Bagi aku, Kondominium I-Soho sangat di recommended kepada mereka yang ingin bercuti di Shah Alam, tetapi pilih rumah kondo yang terbaik. 

9/Post a Comment/Comments

  1. ammi pergi Shah Alam tiap kali bulan Ramadhan je sbb nak cari baju kat PKNS hikhik..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai lagi i soho , tapi my boss ada beli 2 unit kondo dekat situ dan buat sewa . . Kadang terlewat bayar montly maintenance n utility bill kesian penyewa tak boleh guna lif , sebab access card tak active . :(

    ReplyDelete
  3. ingatkan ada gambar pasal kondo tuh dik, tapi tulah kecil la kiranya kondo tu sebab bilik air pun cuma 1. tak best lah tv tak dpt tengok shower lak problem pastu nk mandi pool pun tak boleh

    ReplyDelete
  4. Hi Aiman. Saya singgah sini dan follow #343. Saya pernah ke Shah Alam dua kali je. Lama dah tak pergi sana... kemas blog awak.

    ReplyDelete
  5. ada rezeki nk jg dtg ke sini nnt

    ReplyDelete
  6. satu bilik sahaja ye, ermm.. tak boleh duk reramai lah kan hehe :)

    ReplyDelete
  7. kalau pergi shah alam bolehlah singgah sini. menarik sangat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post