Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam? - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Wednesday, 20 November 2019

Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam?

Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam?
Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam?

Baru-baru ini dunia internet kecoh membincangkan satu isu dimana memberi tahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memeriksa telefon bimbit individu orang awam. Dengan menggunakan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 bagi memeriksa telefon bimbit individu yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu.


Perkongsian ini mendapat pelbagai riaksi daripada warganet. Ada yang memberitahu, ianya seperti mencabuli hak individu dan pelbagai lagi. Bagaimana jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi Polis cuba juga untuk periksa telefon orang awam?

Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam?

Jadi pada 19 November 2019, satu kenyataan bertulis telah dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri menjawab berkaitan perkara ini. Antaranya isu kandungnya adalah :

  1. Pihak PDRM hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rambang
  2. Pemeriksaan telefon bimbit tersebut hanya dilakukan apabila individu disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah beberapa peruntukan undang-undang seperti Kanun Keseksaan [Akta 574], Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] dan beberapa lagi.
Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam?

Dalam kenyataan itu juga, beliau memberitahu jika ada sebarang salah laku berhubung perkara ini, orang awam boleh hubungi Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM di talian 1-800-880-222 atau emel ke aduan.tt@rmp.gov.my


Apa Yang Perlu Dibuat Jika Telefon Anda di Periksa Oleh Polis?


Tetapi jika, suatu hari nanti ada Polis yang meminta telefon bimbit anda tanpa sebarang permasalahan yang dilakukan oleh anda, anda boleh ikut cara yang dicadangkan oleh seorang peguam, Syahredzan Syah. Beliau berkongsikan di Twitter langkah yang boleh dilakukan sekiranya telefon anda telah diperiksa oleh pihak Polis :

  1. Jika anda ditahan, minta ditunjukkan kad kuasa polis tersebut.
  2. Tanya dengan baik kepada Polis tersebut, kenapa telefon mereka diminta. Kemudian tanya apakah jenayah yang telah dilakukan oleh anda sehingga mereka mengesyaki?
  3. Jika mereka berkeras dan mendesak, jangan melawan, berikan sahaja telefon tersebut. Kemudian buat laporan Polis 
Mungkin perkara ini kita tidak tahu akan terjadi kepada kita atau orang terdekat. Jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan, mereka tiada hak untuk dapatkan dan periksa telefon bimbit anda. Moga perkarasa jenayah sedemikian dijauhkan daripada kita.

Kongsikan Artikel Ini

3 comments

  1. zaman sekarang ni semua perlukan bukti, kesahihan, ramai sangat yang menipu sekarang ni... kene lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  2. jenayah lain berleluasa..dgn scammer lg, patutnya siasat yg tu dulu...

    ReplyDelete
  3. terima kasih share info ni. klu aku kene agaknye, aku bagi jer phone aku... hahaha

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done