Macam Tu Je Rasa Mushroom Cheese Melt Beef Burger McDonalds?
Kalau pada Oktober lepas, McDonalds telah memperkenalkan variasi burger iaitu Sweet Chilli Fish Burger yang bagi aku rasanya tidaklah mengecewakan dan juga tidaklah terlalu padu. Rasanya biasa sahaja. Kali ni datang lagi dengan menu burger dengan cairan mushroom cheese dan dicampur dengan daging burger daripada McDonalds.
Selain daripada burger, McD juga memperkenalkan semula perisa McFlurry yang pernah dikeluarkan sebelum ini iaitu Nestum Mcflurry. Turning point bagi aku.
Anda boleh terus baca review di bawah, sedap ke tidak menu baru McDonalds kali ni?
Review Mushroom Cheese Melt Beef Burger
Menu Mushroom Cheese Melt Beef Burger ini boleh didapati di semua outlet McDonalds seluruh Malaysia. Mereka telahpun mula menjualnya. Anda boleh dapatkan harga set iaitu dengan burger, french fries dan juga minuman bergas dengan harga RM15.99.
Tetapi jika anda menggunakan aplikasi McDonalds, anda boleh dapatkan tambahan Nestum McFlurry dengan harga RM17.50 sahaja. Burger + Fries + Air Minuman + Nestum McFLurry.
Sejujurnya, burger baru ini juga tidak terdapat faktor yang mengkagumkan bagi aku. Ianya sama seperti cheese burger McD tetapi ditambah dengan mushroom cheese melt. Rasa mushroom melt bukanlah seperti rasa mushroom sup, ianya seperti masin tawar sedikit. Ianya seakan lebih rasa keju tersebut berbanding mushroom.
Sos mushroom juga diberi dalam kuantiti yang agak sedikit, sampai nak kene selak salad baru jumpa mushroomnya. Aku tak pasti dengan outlet lain, tapi outlet 'sini' agak sedikit diberi. Agak kecewa disitu. Bun dan beef yang disediakan cukup baik. Ditabur dengan biji bijan dan daging juga rasa sedap.
Tetapi Nestum McFlurry sangat best. Ianya campuran aiskrim vanila, cairan coklat dan nestum. Bila anda makan, anda akan makan sekali dengan Nestum. Ini yang memberi rasa Mcflurry itu lebih sedap. Walapun campuran yang simple tetapi membuatkan aku suka. Ini pertama kali aku rasa walaupun ianya pernah dikeluarkan sebelum ini.
Jadi jika diberi peluang sekali lagi untuk cuba Mushroom Cheese Melt Beef Burger ini, aku takkan cuba lagi disebabkan rasanya yang biasa dan juga harga yang tidak sesuai untuk mencuba lagi. Tapi untuk Nestum McFlurry, aku akan beli lagi dengan harga RM5.99 sahaja.
4 comments for "Macam Tu Je Rasa Mushroom Cheese Melt Beef Burger McDonalds?"