5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

Sekarang antara media sosial yang paling banyak digunakan adalah Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap daripadanya mempunyai keisitimewaan dan kegunaannya tersendiri. Secara ringkas, Facebook lebih kepada perkongsian penulisan tanpa had dan gambar, Twitter kepada perkongsian penulisan ringkas dan Instagram perkongsian gambar dan video.

Secara peribadi, daripada 3 aplikasi media sosial ini, aku lebih cenderung kepada Twitter di samping Facebook dan Instagram. Aku tiada gambar yang ingin dikongsikan setiap hari, penulisan tanpa had aku lebih kepada blog daripada Facebook, tetapi penulisan pendek je la aku biasa guna. Jadi guna Twitter je la kan.


Facebook aku lebih fokus untuk baca artikel atau perkongsian daripada page atau group facebook. Instagram aku tengok gambar kawan-kawan dan insta story. Twitter aku guna untuk tengok berita trending dengan lebih pecat. Di Facebook tiada ciri mencari berita trending berbanding Twitter.

Jadi disini aku nak kongsikan 5 ciri penting yang korang boleh guna dalam Twitter ni. Dengan adanya ciri ini, pengalaman menggunakan Twitter lebih menarik.

5 Ciri Penting Pada Twitter


#1 - Mencari Tweet Lama Atau Mana-Mana Tweet Yang Korang Mahu


Di Twitter ada limit untuk anda skroll pada timelinenya. Dalam satu masa, anda tidak boleh lagi skroll dan mencari tweet-tweet lama. Kebiasaanya, pengguna Twitter jumlah tweetnya pasti lebih 10k. Macam mana nak cari tweet-tweet lama kan. Jenuh nak skroll sampai jumpa. 

Tetapi sebenarnya ada caranya kalau korang guna aplikasi rasmi Twitter. Korang taip perkataan dibawah dibahagian Search Bar di aplikasi Twitter,
from:xxxxxx <katakunci>
xxxxx = username
Contoh = from:koyotitos Ejen Ali

Jika korang nak cari untuk username orang lain, pastikan akaun mereka tidak private, barulah boleh lihat tweet-tweet mereka.


5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

#2 - Remind Sesebuah Tweet


Jika korang biasa guna Twitter, pasti korang pernah tengok tweet berbentuk thread iaitu tweet panjang. Dimana, korang mengambil masa yang lebih untuk siapkan tweet thread korang tersebut. Jadi yang pembaca ni, terpaksa la tunggu sehingga mereka siapkan tweet mereka.

Tapi sebenarnya ada bot yang dibuat iaitu kroang boleh dapat reminder atau notification selepas beberapa tempoh yang anda tetapkan. Sebagai contoh, anda tetapkan untuk beri peringatan selepas 1 jam, atau 1 hari, atau 1 bulan dan pelbagai masa lagi.

Caranya adalah :

Korang perlu terlebih dahulu Follow akaun twitter @RemindMe_OfThis kemudia korang boleh cari mana-mana tweet dan reply pada tweet tersebut seperti dibawah. Bot akan reply

@remindMe_OfThis after 1 day

Selepas itu korang perlu setting timezone dan barulah korang akan menerima notification selepas tempoh yang ditetapkan. Sampai masa, phone akan berbunyi. 

5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

#3 - Baca Quoted Reply Pada Tweet


Di Twitter terdapat 2 cara untuk anda reply pada sesebuah tweet sama ada melalui button reply ataupun Quoted Reply. Anda boleh baca kesemua reply pada sesebuah tweet jika mereka menggunakan button reply tetapi tidak boleh baca jika mereka menggunakan Quoted Reply. Tapi sebenarnya ada cara untuk anda baca iaitu dengan bantuan aplikasi Quoted Replies & Download Twitter Videos.


1.  Selepas download dan install seperti biasa
2.  Jika ingin melihat Quoted Reply pada sesebuah tweet, korang hanya tekan button share pada tweet tersebut dan pilih Quoted Reply.
3.  Ia akan membawa anda ke bahagian dimana semua Quoted Reply tersebut disenaraikan. Kini Korang dah boleh baca.

#4 - Download Video Twitter Dengan Mudah


Untuk download gambar pada Twitter tiada masalah, korang hanya tekan 3 titik menegak gambar tersebut dan tekan save, tetapi untuk video tiada ciri tersebut. Tetapi jangan risau, ada caranya dan ianya sangat mudah. Terdapat 2 cara :

1. Cara pertama, korang boleh guna aplikasi yang sama iaitu Quoted Replies & Download Twitter Videos. Korang tekan button share pada video tersebut dan pilih Download Twitter Video. Download seperti biasa di phone korang. Selesai

5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter



2. Cara kedua, korang boleh hanya mention @this_vid pada video atau GIF tweet tersebut. Beberapa minute kemudian, mereka akan reply tweet korang dengan link. Tekan link tersebut, boleh terus download. Selesai. Tapi kekurangannya, korang kene tunggu la mereka reply, baru boleh downlaod.

5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

#5 - Mencari Tweet Yang Banyak Retweet, RT


Ini antara ciri yang paling menarik bagi iaitu cari sesebuah Tweet menggunakan keyword dengan jumlah RT atau Retweet yang banyak. Kini korang boleh cari tweet yang banyak Retweet. Kebiasaanya, aku suka thread yang banyak RT. Boleh baca dan tambah pengetahuan. Caranya adalah seperti berikut:

Korang hanya perlu taip seperti dibawah di bahagian Search Bar Twitter

min_retweets:XXX <keyword>
XXX = jumlah minimum Retweet diikuti dengan keyword apa yang korang nak
Contoh : min_retweets:1000 Ejen Ali
Kalau korang nak cari guna jumlah Favorites pun boleh, just tukar,
min_faves:XXX <keyword>
Selepas itu, twitter akan senaraikan semua tweet yang mempunyai perkataan Ejen Ali dan jumlah Retweet sekurang-kurangnya 1000 RT. Mesti lebih daripada itu.

5 Ciri Penting Boleh Digunakan Dalam Twitter

Kesimpulan


Jadi ini adalah 5 ciri penting boleh digunakan dalam Twitter terutamanya apabila kroang menggunakan aplikasi rasmi Twitter sendiri. Pengalaman menggunakan Twitter pastinya akan jadi lebih senang dan menarik kan. Kalau ada ciri lain yang korang tahu, kongsilah juga kat komen ni.

9/Post a Comment/Comments

  1. jom join GA
    https://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/give-away-december-haro.html

    ReplyDelete
  2. bertahun main twitter selama ni baru tahu benda-benda ni hahahaha

    ReplyDelete
  3. Info baru untuk PC.Terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  4. banyak jugak fungsi yang saya tak taw walaupun twitter lah yg paling aktif. haha

    ReplyDelete
  5. wah menarik, banyak juga function yg ada dalam twitter tapi tak pernah explore..haha. oklah lepas ni boleh try. nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. good info. mama ni masih noob lagi dgn twitter

    ReplyDelete
  7. jangan bertwitter, tp info ni berguna gak

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post