Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Sekarang sepertinya kejadian buruk atau kemalangan sering berlaku di atas jalan raya semasa pemanduan. Kalau kita tengok video rakaman daripada dashcam kereta, macam-macam kejadian kan. Harapnya ianya tidak akan berlaku terhadap kita selama kita memandu di jalan raya.

Dengan adanya dashcam tersebut juga, pelbagai permasalahan dapat diselesaikan dan ianya boleh dijadikan bahan bukti kan. Ada yang langgar lari, tapi dashcam kereta dapat rakam, ada langgar buntot kereta, pecah masuk kereta dan sebagainya. Dengan asbab dashcam kereta ini lah, banyak masalah dapat diselesaikan.

Baca Juga : Bicycle Charging Station Untuk Smartphone Anda

Jadi tidak boleh tidak, mungkin dashcam kereta ini akan menjadi perkara wajib pada masa akan datang. Kita tak tahu kan. Di pasaran pun sekarang berlambak jenis dashcam kereta yang dijual bermula dengan harga yang murah hingga lah yang mahal. Pelbagai jenama, pelbagai jenis, pelbagai bentuk.


Jadi macam mana nak pilih dashcam kereta terbaik ni? Jom ikut perkongsian daripada Faisal Rahim tips cara pilih dashcam kereta terbaik untuk kereta korang.

Tips Atau Cara Pilih Dashcam Kereta


Sebagai pengetahuan awal, dashcam kereta mempunyai pelbagai kategori sepertinya ada entry level, midrange dan high-end. Harga dari RM100-RM3,000 yang datang daripada top brand iaitu Korea, Europe dan majoriti dari China. Selain itu, dashcam ni shoot video looping. Ia akan replace video yang awal jika memory card penuh.

Mengikut perkongsian peribadi beliau, jika korang berhajat untuk dapatkan dashcam kereta yang terbaik, korang perlu lihat 4 faktor iaitu :

  1. Battery vs Capacitor
  2. Kualiti Video
  3. Parking Mode
  4. Extra

#1 Battery vs Capacitor


Dashcam murah daripada China banyak guna battery. Kurang sesuai kat cuaca negara kita (unit cepat panas). Bila overheat, dia turn-off dan tak record. Capacitor lebih reliable, heat-resistance dan lebih selamat. Penting pada aku, sebab isu keselamatan.

#2 - Kualiti Video


Macam kamera smartphone, setiap manufacturer ada preference sendiri bab colour, sharpness dan sebagainya. Matlamat utama bukan nak video paling cantik. Tapi yang boleh rekod detail (no plat) bila diperlukan. Dashcam 4K, kualitinya 4x ganda dari FHD. Lebih jelas. Tapi kalau boleh cari Dashcam yg boleh rekod frame-rate tinggi (60fps).

Kenapa?

Dengan frame rate lebih tinggi, 'data video' lebih banyak setiap saat. Kita boleh pause video, zoom dan nampak nombor plat walaupun ketika bawa kereta 120km/j. Majoriti Dashcam blur bila laju.

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

#3 - Parking Mode


Ia fungsi boleh rekod ketika kereta sedang parking/berhenti. Banyak Dashcam ada parking mode dengan ciri berbeza. Ada yang rekod timelapse, rekod motion bila ada benda bergerak atau rekod hentakan/langgar dan sebagainya. Aku prefer kalau ada hentakan baru rekod.


Beza Dashcam mahal, mereka ada ‘Buffered Parking Mode'. Maksudnya, ia akan rekod 5-10 saat sebelum hentakan berlaku. Bukan dah kena langgar baru start recording. Tapi nak guna parking mode, kena Hardwire ke battery kereta. Pastikan boleh adjust voltage (elak battery kong).

#4 - Extra 


Aku ringkaskan features lain yang bezakan antara Dashcam:

  • Ada dashcam ko kena tekan rekod setiap kali masuk kereta. Ada yang hidupkan enjin je dia terus record.
  • Ada dashcam korang kena keluarkan memory card untuk transfer video. Ada yang guna wifi je.
  • Ada dashcam yang built-in GPS. Ada yang kena beli device lain. GPS ni dapat tahu exact location kereta, laju kereta dalam video korang.
  • Saiz video 4K 1 minit = 300MB. Kalau guna memory card 128GB, 4 jam je dia dah replace video yang mula-mula. Kena bear in mind benda tu.
  • Setiap dashcam berbeza Field Of View (FOV) ikut jenama. Ada yang 130’, 150’, 180’ dan sebagainya. Makin besar makin luas dan wide pandangan (sudut lebar).
  • Ada dashcam kita boleh check online guna smartphone. Kita kat ofis, boleh check dashcam kereta yang wife tengah bawa. Tapi kena ada internet.
  • Ada dashcam yang ada fungsi tambahan seperti Line Departure warning, ADAS yang alert bila nak langgar kereta depan dan sebagainya. Biasanya yang high-end.
  • Bila kita eksiden, ada dashcam boleh lock footage video tu automatic (ada sensor). Jadi video baru takkan replace video tu.
  • Kebanyakkan Dashcam boleh set berapa durasi fail setiap video. 1 minit, 3 minit, 5 minit, 10 minit dan sebagainya. Maksudnya, bila kita set 3 minit, semua video dalam fail kita durasi 3 minit. Sampailah penuh memory card.
  • Pilih memory card paling besar dan high end kalau mampu.

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik
Dashcam

Cadangan Dashcam?


Ikut kemampuan. Tapi. Kalau boleh cari yang guna capacitor + 4K kualiti video + Boleh rekod depan belakang + ada Parking Mode + Customer Service di Malaysia.


Ada jenama yang bagus di luar negara, tapi takde distributor kat Malaysia. Jadi risiko kalau rosak. ni jenama yang telah dicadangkan.

  • High-End : Thinkware, Blackvue & Vantrue (RM1k ke atas)
  • Midrange : Viofo (RM500-RM1000)
  • Entry level : Yi Dashcam, Xiomi 70Mai, DDPai (bawah RM500)

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Sebaiknya kumpul duit cari yang bagus. Jadi tak perlu tukar/upgrade selalu. Setakat ini, kat Malaysia cuma ada 4 jenama yang dah ada Dashcam 4 iaitu:

  • Viofo 129 Pro
  • BlackVue DR900S
  • Thinkware U1000
  • Vantrue X4
Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik
Video 4K

Banyak Dashcam China yg murah-murah claim ada 4K. Tapi sebenarnya dia cuma upscale/resize kepada 4K. Kena hati-hati. Kesimpulannya. Dashcam ni dalam kategori ‘Nice To Have’. Bukanlah satu keperluan. Tapi ia sangat membantu jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka ketika memandu. Terutama kepada driver e-hiling (GRAB), teksi atau pengangkutan awam lain. Ia dapat jadi bukti penting jika berlaku jenayah.


sumber : twitter Faisah Rahim

4/Post a Comment/Comments

  1. setuju sangat dashcam ni untuk keperluan keselamatan pemandu kereta. sebab kemalangan berlaku takleh disangka

    ReplyDelete
  2. takda kereta tapi boleh bookmark untuk masa depan hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post