Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Untuk Anda

Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Untuk Anda

Sedia maklum bermula tahun 2020, Kerajaan telah mewajibkan pemakaian Kerusi Kesalamatan Kanak-Kanak (Baby Carseat) di dalam kenderaan persendirian. Jika tidak patuh, korang mungkin akan disaman jika ditahan. Dengan berita ini, ibubapa la rungsi sekali, macam mana kalau anak ramai? Kereta kecil? Kalau anak seorang dua, mungkin boleh lagi pasang carseat ni kan.


Belum cukup dengan jumlah anak atau kereta kecil. Kene juga hadap harga carseat baby ni. Paling tidak RM100-300 kan untuk sebuah. Kalau anak 2 atau 3 orang? Mahu RM600 kan. Kalau keluarga berada mungkin ini tiada masalah, macam mana kalau keluarga yang sederhana. Mungkin kene fikir lebih kan.

Baca Juga : Adakah Anda Layak Untuk Program Subsidi Petrol (PSP)?

Jadi jika anda tergolong dalam golongan B40 terutamanya, korang boleh sertai Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak dengan kerjasama antara BMW Malaysia dan Childline Foundation. Sekali gus, boleh meringankan beban sekeluarga kan.

Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak


Dengan adanya program subsidi ini ianya berharap akan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak apabila undang-undang dikuatkuasa. Sejumlah 150 unit kerusi keselamatan kanak-kanak berjenama snskidz Ace akan disubsidi dan dijual pada harga RM100 seunit. Kerusi keselamatan kanak-kanak ini dijual dengan harga pasaran bernilai RM199 dan ianya boleh digunakan oleh bayi baru lahir sehingga berat mencecah 13kg dengan keadaan menghadap belakang dan mempunyai piawaian ECE R44-04.

Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Untuk Anda

Program subsidi ini adalah untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi 13kg, dan juga pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.

Keluarga yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat untuk pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak baru mereka.

Cara Memohon


  1. Isi Borang. Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi.
  2. Terima E-mel Pengesahan. 150 orang penerima kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi yang terpilih akan menerima e-mel pengesahan.
  3. Bayar & Ambil. Penerima perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi dan mengambilnya di pusat khidmat pelanggan Safe'n Sound di Glenmarie, Shah Alam.

Penerima perlu membawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.


Tekan pautan dibawah untuk membuat permohonan

Terma Dan Syarat


  1. Program Subsidi ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah merupakan bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg.
  3. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
  4. Hanya satu penyertaan setiap keluarga - penyertaan secara pukal tidak akan diterima.
  5. Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima.
  6. 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
  7. Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  8. Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  9. Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.
  10. Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
  11. Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja.
  12. Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe 'n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan.
  13. Setiap pendaftaran di Program Subsidi ini akan dianggap sebagai menerima terma dan syarat ini.
  14. BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubahsuai terma dan syarat ini. Perubahan sedemikian akan berkuat kuasa sebaik sahaja laman sesawang ini di kemas kini.
  15. BMW Malaysia dan Safe 'n Sound juga berhak untuk membatalkan Program Subsidi ini sekiranya keadaan berada di luar kawalannya.
  16. Data peribadi anda akan dikumpulkan oleh BMW Malaysia dan Safe 'n Sound untuk tujuan Program Subsidi ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.

3/Post a Comment/Comments

  1. baguslah ada subsidi.. bukan semua org mampu nak beli

    ReplyDelete
  2. anak abe kie dah masuk 4 thn n beratnya 15kg jd x perlu duduk dlm car seat lagi...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah bagus sangat ada subsidi ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended