Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

Inilah peristiwa hitam yang berlaku kepada 5 sekawan dimana mereka tidak dibenarkan untuk melepasi imigresen dan seterusnya tidak dibenarkan memasuki Korea Selatan. Bukan itu sahaja, selepas beberapa jam tiba di Incheon Airport, akhirnya mereka dihantar pulang semula ke tanah air. Inilah dipanggil travel Korea balik hari.

Pengalaman ini dikongsikan oleh Nor Azam di facebooknya dengan memberi tajuk Pergi Korea Balik Hari Dan Terus Ke Bandung. Beliau menceritakan pengalaman bersama 4 rakannya dimana mereka di tahan di imigrsen aiport dan tidak dibenarkan masuk ke Korea.


Jika sebelum ini pernah viral dimana ada juga traveller daripada Malaysia ingin bercuti ke Perth tetapi dihalang untuk berlepas oleh profiler daripada imigresen Australia. Mereka juga menerima nasib yang sama dan terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk bercuti ke Australia dan membuat keputusan ke Krabi.

Baca Juga : Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Perkongsian Pengalaman Di Tahan Di Imigresen Korea Selatan


So basically ini cerita pasal macamana aku pergi Korea Selatan balik hari lepastu tiba-tiba ada dekat Bandung. Hahahaha

First sekali aku nak mintak maaf kalau cara penulisan aku agak berterabur sebab ni first time aku share pasal travel experience aku kat social media. Aku malas sebenarnya nak menulis tapi ramai kawan-kawan aku suruh aku share pasal benda ni so here it is.

Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

So nak dijadikan cerita aku dengan 4 orang kawan sekerja aku planning untuk pergi ke Korea Selatan (one year planning). Dah la cuti boss taknak sign (hampeh punya boss) tapi kitorang cuti jugak sebab semua dah book dan dah bayar. So 6 November 2019 tu flight kiteorang. So macam biasa la ready apa yang patut apa semua kiteorg pon fly to Korea.

Bermula la kisah pengembaraan 5 anak muda ke Korea balik hari. Hahaha. So sampai je ke Incheon Airport tu masing-masing dah excited dah ni (bende setahun plan mahu tak excited) so kitorang beratur la mcm biasa kan. Sampai giliran aku je kat imigration tu dia ambik passport aku lepastu dia mcm berbual-bual dengan kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk passport aku. Aku dah rasa lain macam dah. Lepastu bende yang aku jangka sebelum ni terjadi. Dia suruh aku tunggu kat tepi sambil dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain lepastu kiteorang dibawa ke bilik kuarantin a.k.a bilik termenung.


Untuk pengetahuan korang, semua benda aku dah standby untuk bende ni. Semua dah print and aku compile untuk setiap sorang.
  • Update : Arrival / Custom Declaration form
  • Ticket balik
  • Complete itinerary 7 hari
  • Segala booking yang aku buat untuk theme park, nami island jadah semua
  • Booking hotel
  • Confirmation letter company

Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap sorang and aku dah suruh semua kawan aku study itinerary tu.

Baca Juga : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

So sesi soal siasat pon bermula. Aku buat relax jela jawab jela apa dia tanya (aku xtau la kawan-kawan aku jawab mcm mana) tapi aku jawab mana aku boleh jawab. Pasal dia pon bukan tahu cakap english, dia pakai translator, kau kena cakap dekat phone bongok dia tu lepastu orang tu translate kan. So aku xrasa bende tu 100% efisyen. Tapi nak buat macamana kan negara diorg. Aku pon jawab segala soalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itinerary aku sepanjang kat sana.

Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang 2 jam dia pon keluarkan satu surat dia suruh aku sign tapi aku xnk sign (surat tak dibenarkan masuk korea). Aku cakap dengan dia xboleh ke aku nak buat rayuan ke apa ke. Dia cakap tunggu dulu dalam bilik termenung tu. Aku pon tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dalam kelaparan.

8 jam berlalu, aku kawan-kawan aku dan bersama beberapa lagi tahanan kena escort ke satu lagi bilik menunggu. Dah macam banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar dari barisan je kena marah weh.!! Hahahhaha..

Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

Dari aku kena tahan tadi sampai lah sekarang ni aku dengan member-member aku takde dapat air ke apa ke bapak lapar weh. Last makan dalam flight je. Dekat bilik termenung lagi sekali ni basically tengah tunggu masa balik je so kiteorang pon redha jela.

Tapi kiteorang sebenarnya tak diberitahu pon apa sebab ktorang tak lepas masuk, bila kiteorang akan balik apa semua kiteorang macam TERGANTUNG SEPI je kat situ. Hisap rokok pon tak boleh lama-lama kene jerit dengan diorang. Babi sungguh layanan diorang. Lagi sejam gitu sebelum flight kiteorang, baru diorang bagi kiteorang roti dengan air satu. Tu je.

So aku pon tanya dengan salah sorang security kat situ yang macam ok sikit boleh tak tengokkan kat white board tu kiteorang balik pukul berapa. So dia cakap kiteorang akan balik 11.30 pm malam tu. Sedap sikit hati ni sebab dapat balik. Aku da tak pikir apa dah aku cuma pikir nak balik je tinggalkan tempat sial ni. Hahahahaha. Sorry not sorry.

Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

Nak dijadikan cerita lagi aku pon terasa la kesian kat kawan-kawan aku. Pasal ada 3 orang first time travel ke luar negara kena macam ni. So aku tanya diorang berapa duit dieorang ada buat kira-kira time tu jugak and aku decide untuk bawak diorang pergi Bandung pasal Bandung ni da macam kampung aku tiap-tiap tahun aku pergi.

Aku pon call la contact aku kat bandung suruh tolong book kan apa yang patut yela bende betul-betul last minit. Dia pon setuju nak tolong semua Alhamdulillah. Tq mas bam nolongin aku. Siapa nak pergi Bandung boleh contact dia ni. Bambang Wahyu Prayudi.


Sampai KLIA2 pukul 5 pagi. Keluar pergi sarapan tunggu money changer bukak semua park kereta kat salak tinggi terus balik KLIA2 semua naik flight ke Jakarta pukul 2.30pm and habiskan semua cuti and duit kiteorang kat Bandung.

Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

Travel Korea Balik Hari. Tidak Dibenarkan Memasuki Korea Tanpa Sebab

Jadi tu lah cerita macam mana aku dgn kawan-kawan aku pergi Korea balik hari dan terus ke Bandung untuk menghiburkan hati yang lara.

Tips Pergi Ke Korea


Sebelum aku akhiri tulisan aku ni aku nak pesan pada semua orang yang nak ke Korea pastikan semua standby cukup-cukup, study betul-betul tapi macam aku semua cukup still tak lepas. Anggap jela benda ni bukan rezeki. Rezeki aku dengan kawan-kawan aku kat Bandung disamping awek-awek Bandung yang cun. SEKIAN.

TOTAL DUIT LEBUR : RM2K/person


sumber: facebook nor azam

10/Post a Comment/Comments

  1. sedih masa baca kisah mereka ini, takde alasan kenapa mereka di tahan dan disuruh balik semula... betapa kecawanya kalau jadi pada akak

    ReplyDelete
  2. Dah sampai Korea, tup tup kene hantar balik. Tak merasa langsung jejak kaki ke dunia seoul. Bertabah la

    ReplyDelete
  3. ada gak baca cerita ni kat FB...
    apalah agaknya reason Imigresen Korea Selatan tu ye?

    ReplyDelete
  4. tertanya-tanya la apa sebab depa takleh nak masuk korea tu

    ReplyDelete
  5. eee geramnya lah suruh balik.. lepastu tak bagitahu kenapa kena balik.. kejam sungguh

    ReplyDelete
  6. lagi tips utk pegi korea. masa sampai tu make sure dressing la cantik2 sket, biar nampak ko ni macam pelancong. lagi satu orang kata, kalau pi berkumpulan tu, make sure ade lelaki ade perempuan, ade yang muda dan ada yang tua. ni orang cakap la... tp alhamdulillah, aku dapat masuk ke korea tanpa banyak halangan..

    ReplyDelete
  7. aku masih wonder juga ni, kenapa tak lepas eh? kesian diorang, aku pernah rasa mmg excited weh if dah lama plan then kita pergi, tp yg ni sedih, tak lepas tanpa alasan

    ReplyDelete
  8. alahai kesiannya dah le plan setahun.. nasib baik rm2k je lebur bukan puluh ribu

    ReplyDelete
  9. Asalam..lama tak jengok blog ni..salam awal muharam tahun hijrah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post