Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?

Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?

Pencinta kucing pasti pernah merasai pengalaman ini dimana, masa kita solat tu lah, kucing kita duk bermain-main di kaki kita kan. Kalau masa kita nak main dengan mereka, masa tu juga dia hilang. Jadi dalam masa itulah, pelbagai perkara yang berlegar dalam fikiran, bulu kucing yang melekat pada kaki kita ketika sedang solat ni, najis ke tidak? Batal ke solat kita?

Persoalan ini pastinya sedikit sebanyak membelengu sekiranya ada kucing yang menghampiri ketika kita sedang solat. Bulu kucing tidak boleh tidak, pasti akan gugur dan melekat pada kita saat mereka bersentuhan dengan kita. Tak kira la dia gosok ke, bulu berterbangan dan sebagainya.

Sebagai muslim, suci daripada najis ketika solat itu adalah perkara wajib. Diri kita dah suci, tetapi bagaimana kalau ada kucing seperti ini dengan gugurnya bulu mereka? Jadi aku nak kongsikan sedikit fatwa daripada Mufti Wilayah, SS Dr. Zulkifli Albakri tentang Adakah sah solat kita ketika kucing bermain-main di kaki kita saat kita solat?


Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?


Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?

Untuk pembacaan dan penerangan yang lebih panjang, anda boleh baca di pautan AL-KAFI #1503 : ADAKAH SAH SOLAT JIKA KUCING BERMAIN-MAIN DI KAKI? di laman web  rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan ini.

Disini, aku hanya petik daripada isi kandungan utama berkaitan isu ini, adakah sah solat kita? Teruskan pembacaan di bawah.


Miwayat Abdullah Bin Umar dan Ali bin Abi Talib R.Anhum sebagaimana yang telah direkodkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya bahawa mereka telah berkata :

لا يَقطَعُ الصَّلاةَ شَيءٌ ممّا يَمُرُّ بيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي

Maksudnya : “Tidak ada sesuatupun yang boleh memutuskan solat seseorang, daripada apa-apa yang melintasi di hadapan seseorang yang sedang solat itu.” [Lihat : al-Muwatto’ (1/156)]

Kucing adalah haiwan yang suci

Selain itu, kucing juga adalah merupakan haiwan yang suci dan selalu berkeliaran di sekeliling manusia. Kabshah binti Ka‘ab bin Malik ada melaporkan bahawa pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu dia telah menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian, datang seekor kucing meminum air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu meminum air daripada bekas tersebut. Kemudian, Abu Qatadah perasan yang Kabsyah memandang kepadanya lalu dia bertanya : “Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?” Kabsyah menjawab : “Ya” Lalu, Abu Qatadah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ، أَوِ الطَّوَّافَاتِ

Maksudnya : “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.” [HR al-Tirmizi (92)]

Maka, kita ketahui bahawa di sana ada kelonggaran dan hukum khas yang diberikan kepada kucing kerana ia adalah haiwan yang biasanya berkeliaran di tempat tinggal manusia atau dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Baca Juga : Perkongsian Doa-Doa Selepas Setiap Solat

Al- Son‘ani telah menyebut di dalam kitabnya bahawa :

خَفَّفَ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى عِبَادِهِ بِجَعْلِهَا غَيْرَ نَجَسٍ رَفْعًا لِلْحَرَجِ… وَالْحَدِيثُ دَلِيلٌ عَلَى طَهَارَةِ الْهِرَّةِ وَسُؤْرِهَا

Maksudnya : “Allah SWT telah memberi keringanan kepada hambaNya (hukum berkaitan kucing) dengan menjadikannya tidak najis, bagi menghilangkan kesusahan (atas diri kamu)… dan hadis ini adalah merupakan dalil bahawa kucing itu suci, termasuk juga bekas minumannya (air yang telah diminum).” [Lihat : Subul al-Salam (1/33)]

Selain itu, dalam mazhab Imam al-Syafie, air baki jilatan kucing itu adalah suci dan tidak makruh menggunakannya. [Lihat : al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/172)]


Ibnu Qudamah juga ada menyatakan bahawa bagi setiap haiwan hukum kulitnya, bulunya, peluhnya, air matanya atau air liurnya adalah mengikut hukum bekas minumannya (air yang telah diminum) sama ada suci atau najis. [Lihat : al-Mughni (1/39)]

Manakala al-Khatib al-Syirbini pula menyatakan bahawa :


وَالْجُزْءُ الْمُنْفَصِلُ مِنْ الْحَيَوَانِ الْحَيِّ ...كَمَيْتَتِهِ أَيْ ذَلِكَ الْحَيِّ : إنْ طَاهِرًا فَطَاهِرٌ، وَإِنْ نَجِسًا فَنَجِسٌ... فَالْمُنْفَصِلُ مِنْ الْآدَمِيِّ أَوْ السَّمَكِ أَوْ الْجَرَادِ طَاهِرٌ، وَمِنْ غَيْرِهَا نَجِسٌ... أَمَّا الْمُنْفَصِلُ مِنْهُ بَعْدَ مَوْتِهِ فَحُكْمُهُ حُكْمُ مَيْتَتِهِ بِلَا شَكٍّ إلَّا شَعْرَ... الْمَأْكُولِ فَطَاهِرٌ بِالْإِجْمَاعِ

Maksudnya : “Bahagian yang terpisah daripada haiwan yang hidup… (hukumnya) adalah seperti bangkainya. Iaitu haiwan yang hidup tersebut, sekiranya ia suci (iaitu bangkainya) maka bahagian yang terpisah itu juga adalah suci, sekiranya ia adalah najis maka bahagian yang terpisah itu juga adalah najis… Oleh itu, bahagian yang terpisah daripada manusia atau ikan atau belalang adalah suci, manakala selainnya (manusia, ikan dan belalang) adalah najis… Adapun, bahagian yang terpisah daripada haiwan yang sudah mati, hukumnya mengikut sebagaimana haiwan tersebut mati (disembelih ataupun tidak) tanpa syak lagi melainkan pada bulu haiwan yang boleh dimakan. Hukumnya adalah suci secara Ijma’ (para ulama).” [Lihat : Mughni al-Muhtaj (1/235)]

Baca Juga : Hebatnya Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin

Oleh itu, menurut mazhab Syafie bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup adalah najis kerana kucing termasuk haiwan yang tidak boleh dimakan. Akan tetapi, bulu kucing termasuk di dalam kategori najis yang dimaafkan kerana kucing adalah haiwan peliharaan serta sukar untuk dikawal. Oleh kerana itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Kesimpulannya


Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?

Setelah kami melihat kepada pendapat-pendapat ulama serta dalil-dalil mereka, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :

  • Kucing yang melintasi atau bermain-main di kaki ketika solat tidak membatalkan solat seseorang itu. Namun, kami ingin menasihati sekiranya dapat meletakkan sebentar kucing peliharaan tersebut di dalam ruangan yang lain (bukan di ruangan solat) atau mengurungnya sebentar di dalam sangkar adalah lebih baik. Mudah-mudahan, kekhusyukkan kita di dalam solat tidak terganggu sehingga boleh menyebabkan pahala solat kita berkurangan.
  • Bulu kucing termasuk di dalam kategori najis yang dimaafkan kerana kucing adalah haiwan peliharaan serta sukar untuk dikawal. Ia adalah apa yang kita sebutkan sebagai Umum al-Balwa[1]. Oleh kerana itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.


Bagi mengikuti perbahasan yang lebih lanjut berkenaan kucing dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya, bolehlah membaca artikel kami di dalam :

  • Irsyad al-Fatwa ke-82 : Hukum Bulu Kucing yang Tertanggal.
  • Al-Kafi li al-Fatawi : Hukum Jual Beli Kucing.
  • Al-Kafi li al-Fatawi : Najiskah Jilatan Kucing?
  • Al-Kafi li al-Fatawi (313) : Hukum Memandulkan Kucing.
  • Al-Kafi li al-Fatawi (1139) : Bolehkah Bertemu Kucing Kesayangan di Syurga?

[1] sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku.


8/Post a Comment/Comments

  1. kadang mereka ni nakal... time nk solat time tulah dia nak main kejar-kejar main tarik-tarik telekong lah... akak takde bela kucing tapi masa kat kampung memang banyak kucing kat rumah tu...

    ReplyDelete
  2. suke kucing tapi tak suke bela kucing...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terlerai satu persoalan :)

    ReplyDelete
  4. kucing saya ada 2 ekor. Yang jantan memang suka teman ayah solat sambil pandang ayah. Yang betina nakal sikit. Dia kacau ayah solat sampai gigit2 kaki sebab nak makan. Memang kena perhatikan kadang2 tu.

    ReplyDelete
  5. biar tahu jangan keliru..
    tanyalah ustaz..
    rasanya pagi td ada keluar jawapan kpd kemusykilan ini dlm TV.

    ReplyDelete
  6. tak pernah terpikir pula pasal ni sebab tak bela kucing..hehe
    btw nice sharing :)

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended