Cara Buat Rayuan Untuk Menunaikan Haji Secara Manual

Cara Buat Rayuan Untuk Menunaikan Haji Yang Terbaru

Bermula tahun 2020, Tabung Haji telah menyediakan borang bagi buat rayuan untuk menunaikan Haji. Kita sedia maklum, bagi pemohon yang ingin melakukan Ibadah Haji di Mekah, mereka mesti menunggu giliran sehingga panggilan rasmi di buat oleh Tabung Haji untuk pergi ke Tanah Haram.

Di Malaysia, Tabung Haji (TH) yang beroperasi secara rasmi dan juga dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menguruskan berkaitan Haji. Jadi rakyat Malaysia, jika ingin pergi mengerjakan ibadah Haji, mestilah melalui Tabung Haji yang pastinya banyak memberi kelebihan berbanding jika ingin pergi secara ejen yang jauh lebih mahal.

Seperti yang diberitahu tadi, kini anda sudah boleh membuat rayuan permohonan untuk menunaikan Haji dan kali ini lebih baik dan lebih bersistem dimana, pihak Tabung Haji sendiri telah menyediakan satu Borang Rayuan Permohonan Haji berbanding sebelum ini yang hanya menghantar surat rasmi sahaja ke pihak TH.

Borang Rayuan Untuk Menunaikan Haji Melalui Tabung Haji

Cara Buat Rayuan Untuk Menunaikan Haji Yang Terbaru

Tahun 2020, bayaran Haji masih dikekalkan seperti dahulu iaitu RM9980 dan berita gembirannya visa tambahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada bakal Haji sebanyak SAR300 (RM326) juga ditanggung oleh pihak Tabung Haji. Jadi harga masih kekal RM9,980.

Borang Rayuan Haji diperkenalkan pada tahun ini salah satu usaha penambahbaikan TH kerana ia lebih seragam dan dapat mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah haji yang ingin menunaikan haji berbanding sebelum ini yang hanya memohon melalui surat rasmi daripada bakal haji sahaja.

Keutamaan Bagi Rayuan Haji

Jadi siapakan yang diberi keutamaan bagi yang membuat rayuan haji ini? Menurut TH, rayuan akan di beri kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.

Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikut 1442H / 2021M.

BACA JUGA : Cara-Cara Untuk Link Kad ATM Bank Anda Ke Akaun Tabung Haji

Tetapi tidak salah untuk anda mencuba membuat rayuan, mungkin ada rezeki, anda terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram dengan lebih cepat.

Cara Membuat Rayuan Haji

Jadi kepada mereka yang ingin membuat rayuan, anda perlu dapatkan borang rayuan haji di mana-mana Pejabat Cawangan Tabung Haji atau muat turun borang rayuan haji disini.

Selain itu, anda juga boleh sertakan surat rasmi daripada pihak anda sendiri berkaitan rayuan haji ini. Anda boleh dapatkan contoh surat rasmi rayuan haji disini dan boleh edit mengikut kesesuai situasi anda.

Selepas itu, borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan Tabung Haji yang terdekat termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan rayuan untuk menunaikan Haji ini, anda boleh layari pautan Tabung Haji disini. Selain itu, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TH di talian 03-6207 1919.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post