Khat Kufi #97 | Maszlee Malik

Khat Kufi #97 | Maszlee Malik

Dr. Maszlee Malik

Sudah hilang barulah dihargai. Inilah yang berlaku pada mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik. Selepas beliau letakkan jawatan, pelbagai riaksi yang korang boleh baca terhadap beliau, rata-ratanya kesian dan tidak patut beliau letak jawatan. Jika sebelum ini, beliau hanya digelar Menteri Kasut Hitam sahaja, tetapi beliau tidak kisah dan teruskan agenda memartabatkan pendidikan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Dr. Maszlee Malik memegang tampuk jawatan sebagai Menteri Pendidikan bermula pada 21 Mei 2018 hingga 3 Januari 2020. Dalam masa 20 bulan yang singkat, sebenarnya terlalu banyak perkara yang telah dilakukan beliau. Yang digembar-gemburkan hanya isu tulisan jawi dan kasut hitam.


Apa-apapun harapan beliau, supaya pendidikan Malaysia kearah yang lebih baik termasuk golongan OKU dan menaik taraf sekolah daif. Jalan Terus itualah yang diingatkan oleh beliau. Jangan risau, beliau masih ahli parlimen Simpang Renggam. Duduk sana la, bekerja untuk rakyat kawasan beliau pula la.

Apa-apapun terima kasih Dr Maszlee atas sumbangan dan penat lelah selama bekerja sebagai Menteri Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. #JalanTerus

1/Post a Comment/Comments

  1. memang rasa tak adil, beliau di nasihatkan berhenti sedangkan beliau menjalankan segala tugas dgn dedikasi, menteri yang tak buat apa takde apa-apa sumbangan tak pulak di nasihatkan berhenti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post