Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

Pada awal Januari 2020 yang lepas, Malaysia telah dijangkiti virus Influenza yang menyerang beberapa negeri di dalam Malaysia. Tidak cukup dengan itu, kali ini lebih besar dimana, virus baru iaitu Corona Virus pula telah tersebar ke seluruh dunia dan Malaysia merupakan salah satu destinasinya. Lebih buruk lagi, setakat ini tiada lagi vaksi dapat dicipta untuk mencegah virus ini berbanding Influenza sebelum ini.

Virus ini dipercayai berasal daripada wilayah Wuhan, China dan setakat ini katanya lebih berjuta penduduk disana disyaki dijangkiti Corono Virus ini. Setakat ini tiada lagi sumber sahih yang mengatakan bagaimana virus ini terhasil. Yang hanya disebut-sebut di ruang internet katanya, ianya berasal daripada ular dan kebanyakan rakyat China ini makan haiwan exotic seperti ini.


Gelaran Corona Virus, Wuhan Virus digunakan di media sosial ketika ini, tetapi lebih spesifik gelaran pada virus yang menyerang ketika ini dipanggil Novel Coronvirus (2019-nCoV). Lebih mendukacitakan lagi, virus ini kini sudah berada di Malaysia dan sehingga kini sebanyak 4 kes telah disahkan positif CoronaVirus.

Selain Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Jepun dan beberapa negera lain sudah dilaporkan telah mengesan Corona Virus ini. Jika anda ingin dapatkan maklumat dimana lagi virus ini sudah dilaporkan, anda boleh semak di pautan Wuhan CoronaVirus (2019-nCoV). Disini, data akan di kemaskini dari masa ke semasa

Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

Novel Corona Virus Daripada Wuhan, China Untuk Dunia


Diwilayah Wuhan, China sahaja sudah mempunyai lebih 11 juta penduduk, dan ada yang beritahu lebih berpuluh orang sudah meninggal dunia. Ya, virus ini akan memberi beberapa simptom dan akhirnya akan membawa kematian. Sepertinya ia menjadi wabak yang mana tersebar dengan pantasnya.

Baca Juga : Sebahagian Malaysia Akan 'Hilang' Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050

Virus ini dilaporkan mudah menyerang mangsa yang lain dan simptom nya pula bukan akan muncul dengan cepat. Jika anda dijangkiti, mungkin hanya akan dikesan selepas 1-2 hari. Seperti contoh 3 kes yang telah berlaku di Malaysia dimana, hanya selepas sehari dikuarantin barulah mereka disahkan menghidapi virus ini. Sama juga seperti kes terbaru iaitu keempat, pesakit tersebut yang datang daripada Wuhan sudah sampai di Malaysia pada 23 Januari 2020 yang lepas, selepas sehari dipercayai telah demam dan pada 25 Januari 2020 baru disahkan menghidapi penyakit Corona Virus ini. 

Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

3 warga China tersebut telah dibawa ke Hospital Sg Buloh untuk tidakan susulan manakala seorang lagi masih berada di Johor untuk rawatan seterusnya.


Antara Simptom Atau Gejala Jangkitan Awal Jangkitan Corona Virus


Jika anda mempunyai beberapa simptom dibawah yang mungkin baru pulang daripada negara China, anda harus terus dapatkan rawatan di hospital berdekatan. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. Terdapat kemungkinan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission)

Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

Dengar berita yang sedang hebat diperkatakan ini, nitizen rata-ratanya mendesak Kerajaan supaya kesemua pelancong yang berasal daripada China dihantar pulang dan juga disekat kedatangan mereka ke Malaysia. Tetapi Perdana Menteri, Tun Mahathir berkata tidak akan berbuat perkara sedemikian tetapi kawalan pencegahan akan terus dilakukan di seluruh pintu masuk di seluruh Negara.


Disebabkan virus baru ini masih tiada penawarnya, justerus itu, pihak Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan panduan dan jalan pencegahan kepada rakyat Malaysia bagi mengelakkan anda terkena dengan jangkitan Corono Virus.

Cara Mencegah Dan Melindungi Diri Daripada Corona Virus


Untuk langkan awal, KKM menyarankan orang ramai menangguhkan perjalanan ke Wuhan, China kecuali untuk urusan penting.

Amalam Pencegahan Lain Seperti :

  1. Cuci tangan dengan air & sabun atau guna hand sanitizer
  2. Pakai penutup mulut dan hidung (jenis surgical mask)
  3. Elak kunjungi tempat tumpuan ramai atau bergaul dengan individu bergejala
  4. Elak lawat ladang haiwan atau pasar menjual haiwan hidup, tempat sembilahan atau menyentuh haiwan tersebut
  5. Elak makan produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna
  6. Segera dapatkan rawatan jika sakit atau alami gejala jangkitan salurun pernafasan dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan

Untuk penerangan lebih terperinci, boleh layari laman web rasmi kpkesihatan.com disini


Diharapkan kesemua rakyat Malaysia sentiasa cakna atau alert dengan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Tolong jangan sebarkan berita yang tidak sahih, biarkan pihak yang mempunyai kepakaran menjalankan kerja mereka.


Diharapkan tiada lah rakyat Malaysia yang dijangkiti dengna Novel Corona Virus ini. Juga kepada front liner yang menjaga dan merawat pesakit ini seperti Doktor dan Jururawat di Hospital supaya urusan mereka dipermudahkan dan mereka juga tidak dijangkiti dengan virus ini. Umat Islam lakukanlah Solat Hajat dan berdoalah supaya wabak ini akan hilang dan tidak berjangkit pada orang lain. Semoga Malaysia terus aman!



2/Post a Comment/Comments

  1. Semoga kita semua dilindungi daripada wabak ni dan wabak ni dapat disisihkan daripada Malaysia. Aamiin

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post