Cara Mohon Insentif RM200 Bagi Pasangan Pengantin Yang Berdaftar Di Negeri Pahang

Cara Mohon Insentif RM200 Bagi Pasangan Pengantin Yang Berdaftar Di Negeri Pahang

Ikuti disini cara mohon insentif RM200 bagi pasangan pengantin baru yang berdaftar di Negeri Pahang. Disini juga disertakan syarat dan kelayakan pemohon yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan pastinya ianya hanya untuk anak Pahang sahaja.

Berita baik untuk anak Pahang. Kini diumumkan dimana melalui Satu Projek Dan Program Khas Kerajaan Negeri Pahang untuk tahun 2020 adalah dengan memberi insentif RM200 bagi program Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) Negeri Pahang.


Melalui Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail berkata, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada hampie 14,000 pasangan pengantin baru dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta.

Baca Juga : Cara Memohon ePerumahan DBKL Dengan Bayaran Sewa RM100 Sahaja

Mohon Program Insentif Khas Pasangan Pengantin Negeri Pahang


Jadi kepada anak pahang yang bakal melangsungkan perkahwinan, anda sudah boleh mula membuat permohonan bagi mendapatkan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini. Untuk memohon, anda boleh pergi ke pautan dibawah dan muat turun borang

Pautan Dan Muat Turun Borang Di : emunakahat.pahang.gov.my

Cara Mohon Insentif RM200 Bagi Pasangan Pengantin Yang Berdaftar Di Negeri Pahang

Kemudian, borang tersebut hendaklah dihantar ke ke Pejabat Agama Islam Daerah dimana permohonan kebenaran atau pendaftaran perkahwinan dibuat.


Pastikan anda sudah pergi kursus kahwin Pahang atau dapatkan borang kahwin Pahang yang disediakan di Pejabat Agama Islam Daerah atau melalui pautan ini

Syarat Permohonan Dan Kelayakan


Walaupun ianya ditawarkan kepada semua anak Pahang, tetapi ianya juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  1. Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  2. Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  3. Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif.
  4. Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  5. Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  6. Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  7. Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  8. Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  9. Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Anda Tidak Layak Sekiranya


  1. Poligami
  2. Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  3. Nikah tanpa kebenaran
  4. Kedua pasangan bukan asal Pahang
  5. Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00



4/Post a Comment/Comments

  1. alhamdulillah rezeki pengantin orang pahang ^_^

    ReplyDelete
  2. Nak tanya. Macam mana cara nak isi borang tu
    Maksudnya kene photostet ic ke atau kne bg payslip gaji Ke? Ada yang tahu ?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya. Macam mana cara nak isi borang tu
    Maksudnya kene photostet ic ke atau kne bg payslip gaji Ke? Ada yang tahu ?

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post