Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Pada 15 Januari 2020 yang lepas, Kerajaan telah memberikan RM30 melalui program eTunai Rakyat kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Jadi mereka yang layak dapat tebus RM30 melalui 3 aplikasi eWallet pilihan iaitu Boost, Touch N Go dan Grab Pay.


Baca Juga : Cara Daftar e-Wallet Untuk Tebus RM30 Daripada Kerajaan Melalui Program eTunai Rakyat

Jadi ada beberapa kawan aku tanya, antara 3 aplikasi eWallet tersebut, mana yang berbaloi dan banyak fungsi kalau download aplikasi tersebut. Takkan nak download semua eWallet, penuh la space phone kita kan. Jadi bagi aku antara 3 eWallet tersebut, aku pilih eWallet Boost. Kenapa?


Jom kita tengok, apa kelebihan eWallet Boost berbanding eWallet lain yang ada dipasaran. Mungkin dengan perkongsian ini, memberi sedikit gambaran mengenai kelebihan eWallet Boost ini. Kalau dan setuju, boleh la tebus eTunai Rakyat RM30 tu lepas ini.

Download Aplikasi eWallet Boost

Kemudian, masukkan kod aimfjhw untuk dapatkan RM5 percuma

Kelebihan eWallet Boost Berbanding eWallet Lain


Jadi aku simpulkan ada 5 kelebihan eWallet Boost yang disediakan berbanding eWallet lain. Jom teruskan bacaan di bawah.

#1. Ada Cashback

Nama cashback yang digunakan di dalam Boost adalah CashUp. Fungsinya sama seperti di Website Shopback dimana setiap perbelanjaan akan diberi cashback mengikut peratus yang ditetapkan. Jadi CashUp ni pun sama sahaja. Sebagai contoh di bawah :

Malaysia Airlines - 2.4% cashback
Zalora - Sehingga 9.2% cashback
Watsons - 3.9% cashback
Shopee - Up to RM20
Lazada - Sehingga 5.2% cashback

Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Banyak je lagi, ada Agoda, ada Sephora, Hermo, DIY, PTT Outdoor dan banyak lagi. Jadi CashUp ini hanya ada di eWallet Boost sahaja. eWallet lain tiada pun. Menarik bukan!

#2. Boleh Transfer Out Ke Bank Akaun

Ini juga kelebihan yang ada pada Boost tapi tiada pada eWallet lain iaitu duit yang ada di dalam akaun eWallet anda boleh transfer out ke bank akaun. Jadi kalau terlebih topup dan rasa nak guna cash, korang boleh pindah duit daripada eWallet ke bank akaun.

Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Banyak sangat bank yang diterima seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Pertanian dan banyak lagi la. Hanya ada di eWallet Boost kan.

Baca Juga : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

#3. Hadiah Boost Coins Bagi Setiap Transaksi Di Buat

Ini lagi kelebihan eWallet Boost iaitu hadiah Coins. Setiap perbelanjaan yang dibuat menerusi eWallet Boost akan dihadiahkan sejumlah coins mengikut nilai belanja. Lagi besar transaksi, lagi besar dan tinggilah boost coins yang diperoleh.


Fungsi coins ini lebih kurang sama seperti Coins yang ada pada Shopee. Yang akhirnya coins tersebut bila dikumpul boleh ditukarkan kepada duit, hadiah atau baucer yang masuk ke akaun eWallet kita. Sebagai contoh :

110 coins = RM1
1000 coins = RM10
100,000 coins = Hadiah Samsung Galaxy Note 10+
900 coins = RM10 baucer Shopee

dan banyak lagi tawaran yang dibuat dan disediakan dariapda eWallet Boost. Ingat, lepas belanja, tebus coins tau di bahagian Rewards > My Shake Rewards


Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Dalam bahagian Rewards Coin ini juga disediakan Mission iaitu jika korang berjaya selesaikan misi yang ditetapkan, korang dapat extra Coins. Contoh jumlah perbelanjaan RM20 dalam 5 hari, dapat 25 Boost Coins dan pelbagai lagi. 

#4. Pilihan Perbelanjaan Yang Banyak

Biasa kita tengok eWallet lain hanya disediakan yang asas seperti fungsi topup, bayar bil, bayar Astro dan beli tiket wayang. Itu semua pun ada dalam eWallet Boost. Tetapi bukan terhad itu sahaja, di dalam Boost terdapat banyak pilihan perbelanjaan seperti :



  1. Bayar Bill (Air Selangor, Indah Water Konsortium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Postpaid Umobile, Celcom, Unifi, Astro, Insurance, PTPTN, dan banyak lagi)
  2. Makanan (Delivereat, dahmakan, eatigo)
  3. Tiket Wayang (MBO, TGV, GSC, )
  4. Parking (DBKL, MPKB, TBS, Plaza Berjaya dan banyak lagi) 
  5. Online Shopping (Carousell, PrestoMall, Buymall, Youbeli)
  6. Kenderaan Awam (KLIA Ekspres, redBus, Easybook dan banyak lagi)
  7. Baucer (F&B, Fave Deals, Game Credits, VIU dan banyak lagi)
  8. Percutian (Agoda, Trokka, Mayflower, Adventoro dan banyak lagi)
  9. My Vehicle (Carput, SERV, Bateriku, Sureplify)


Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Dan pelbagai lagi pilihan perbelanjaan yang korang perolehi. Jadi dengan eWallet Boost sahaja, korang boleh dapatkan akses pelbagai tempat. Ianya lebih mudah dan cepat. Jika banyak kemudahan yang disediakan, bayar sahaja guna Boost dan boleh dapatkan Boost Coins. Lebih penjimatan.

#5. Derma (Charity)

Ini antara ciri yang paling bermakna untuk saham akhirat kita iaitu melakukan amalan derma atau Charity. Korang guna Boost sahaja dah boleh menderma. Tak perlu keluarkan cash, scan bar code apa semua. Antara badan Charity yang anda boleh derma atau buat sumbangan adalah :

  1. Yayasan Kebajikan Negara Malaysia
  2. NKF Malaysia
  3. Zero Waste Malaysia
  4. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  5. ICAN Care dan banyak-banyak lagi
Kelebihan eWallet Boost Berbanding Yang Lain

Jadi Cukup Tak Kelebihan Yang Ada Pada eWallet Boost?


Inilah antara kelebihan Boost yang tiada pada eWallet lain. Sampai berbelanja pun, kita boleh buat amal kebajikan untuk saham akhirat. Berbelanja pun dapat cashback, dapat coins dan sebagainya. Jadi rasanya kalau korang tak tahu nak tebus eTunai Rakyat RM30 tu pada aplikasi mana, korang boleh pilih Boost kot.

4/Post a Comment/Comments

  1. belum ada keberanian utk guna mn2 e-wallet yg ada skrg kecuali Big Pay hehehe

    ReplyDelete
  2. Dulu suka pakai Boost, tapi sebab haritu cashback dari topup prepaid dah tak sebanyak dulu, jadi jarang pakai. Baru tahu banyak pulak kelebihan lain ye. boleh discover balik lah Boost ni

    ReplyDelete
  3. saya gunakan tng ewallet jer pasal mudah untuk gunakan tol. hari2 lalu tol, malas nak topup tng selalu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended