Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Berita baik kepada pengguna Tabung Haji dimana sekarang, korang dah boleh semak baki tabung haji dengan melalui internet sahaja. Korang tak perlu lagi pergi ke kaunter Tabung Haji dan beratur untuk membuat urusan. Segalanya disediakan di platform THiJARI yang disediakan oleh Tabung Haji ini.

THiJARI merupakan rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji, TH yang telah beroperasi bermula pada awal Februari 2020 yang lepas. Ianya merupakan platform atas talian atau online, jadi untuk menggunakannya, korang perlu mempunyai sambungan internet dan ianya boleh dibuat dimana-mana sahaja.


Antara perkhidmatan yang disediakan di dalam platform THiJARI ini seperti semakan akaun mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH. Akan diterangkan lebih terperinci seperti dibawah.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Cara Daftar Akaun THiJARI


Dengan adanya platform THjJARI ini, korang boleh akses dimana-mana sahaja menggunakan laptop atau telefon bimbit. Pastikan mempunyai sambungan internet sahaja. Jadi untuk menggunakan akaun THiJARI ini, anda boleh ikuti tatacara yang ditunjukkan dibawah

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja


 Langkah 1 
Anda masuk ke laman web www.thijari.com.my dan bagi pemula, korang perlu klik butang DAFTAR untuk membuat akaun yang baru. 

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

 Langkah 2 
Kemudian masukkan kad pengenalan beserta no akaun TH yang anda boleh dapatkan di buku, atau mesin ATM yang disambungkan dengan akaun TH ataupun dapatkan di kaunter TH terlebih dahulu.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

 Langkah 3 
Seterusnya, korang perlu masukkan no telefon untuk mengaktfikan akaun THiJARI tersebut. Jika keluar tiada rekod, korang perlu pergi ke Tabung Haji terdekat untuk kemaskini maklumat seperti no telefon. Jika sudah korang boleh teruskan untuk masukkan no telefon dan dapatkan TAC No.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

 Langkah 4 
Seterusnya masukkan butiran yang diperlukan bagi pengguna pertama kali berdaftar melalui THiJARI ini. Selesai!

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh THiJARI


Sudah daftar, jadi korang dah boleh guna segala perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. Jadi disini disenaraikan perkhidmatan yang korang boleh akses melalui THiJARI

#1. Semak Baki Yang Ada Di Dalam Tabung Haji


Jika sebelum ini, korang nak semak baki akaun, korang terpaksa pergi ke kaunter TH atau di mana-mana mesin ATM. Tetapi dengan THiJARI ini, korang boleh semak dihujung jari sahaja. Caranya korang boleh lihat di bahagian Ringkasan Akaun. Disini akan dipaparkan jumlah atau baki untuk akaun Tabung Haji.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

#2. Dapatkan Senarai Transaksi


Dengan THiJARI juga, korang boleh track segala transaksi yang berlaku bagi 6 bulan terakhir. Jika ada duit masuk, duit keluar atau menerima Hibah. Semua boleh tengok disini. Caranya :


Ringkasan Akaun > Klik Nama Kita > Pilih sama ada melihat di bahagian Sejarah Transaksi atau dapatkan penyata mini (boleh print juga)

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

#3. Boleh Transfer Online Antara Akaun Tabung Haji


Menggunakan THiJARI ini, korang boleh transfer duit antara akaun Tabung Haji. Contoh jika ingin transfer kepada akaun TH anak ke ibubapa ke atau sesiapa sahaja. Korang perlu dapatkan no akaun TH mereka sahaja. Caranya :

Terlebih dahulu, korang perlu pergi ke Kegemaran > Tambah Akaun Kegemaran dan masukkan butiran seperti No akaun TH dan nama ringkas. Selesai.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Untuk transfer online. Pergi ke Pindahan Simpanan TH > Kepada *Akaun TH Kegemaran > Pilih akaun yang kita nak transferkan duit tersebut > masukkan amaun > Seterusnya. Selesai

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

#4. Segala Urusan Haji 


Untuk urusan Haji, jadi lebih-lebih mudah dengan THiJARI ini. Antara yang korang boleh lakukan seperti buat pendaftaran Haji, semak status pendaftaran Haji, semak tawaran Haji, surat jadual penerbangan Haji, kursus Haji dan rayuan Haji. Caranya :


Perkhidmatan Haji > Pilih mana-mana perkhidmatan yang disediakan. Contoh : Semak Status Pendaftaran Haji > tekan Semak.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

Giliran untuk aku pergi Haji adalah tahun 2119. hahaha

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja

#5. Segala Urusan Berkaitan Kelab TaHa/TaHa@U


Disini korang boleh buat pendaftaran kelab TaHa/TaHa@U, Semak Status Pendaftaran, E-Kad Keahlian, dan Direktori dan Lokasi. Caranya :


Pergi bahagian Kelab TaHa/TaHa@U > dan pilih perkhidmatan berkaitan kelab TaHa yang ditawarkan.

Kini Anda Boleh Semak Baki Tabung Haji Dengan Melalui Internet Sahaja


Lebih Mudah Dan Cepat Dengan THiJARI


Jadi itu antara kelebihan atau pekhidmatan yang disediakan oleh online platform daripada Tabung Haji ini iaitu THiJARI. Segala perkara berkaitan Tabung Haji dan urusan Haji menjadi lebih mudah dan cepat selepas ini. 

Jika korang suka, jangan lupa share kepada rakan-rakan yang lain. Semoga lebih ramai yang mendapatkan manfaatnya.

3/Post a Comment/Comments

  1. wow sekarang dah makin mudah, teringat dulu kalau nk cek ke apa-apa kemaskini pasal tabung haji mesti ke kaunter, agak payah kadang dek kekangan masa

    ReplyDelete
  2. woww lagi mudah ni. tiadalah nak kena pergi tabung haji lagi pasni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post