Astro Tawarkan Siaran Percuma Kepada Pelanggannya Sehingga April

Beberapa hari yang lepas, Astro telah mengumumkan dimana mereka tawarkan siaran percuma kepada pelanggannya sehingga April 2020.


Astro merupakan siaran berbayar yang anda perlu bayar untuk menontonnya mengikut pakej yang anda tempah. Ianya juga menawarkan pelbagai pakej sesuai dengan keperluan harian anda yang ingin menonton televisyen.

Antara pakej atau pack yang ditawarkan melalui Astro adalah Super Pack, Value Pack, Starter Pack, Movie Bundle, Sport Pack dan banyak lagi. Jadi anda hanya perlu memilih sahaja pakej mana yang anda ingin tonton dan langgannya.


Selain daripada menonton di televisyen, anda boleh tonton siaran Astro melalui pautan internet dengan layari astrogo.astro.com.my atau melalui aplikasi Androi dan iOS

Kesemua Siaran Percuma Daripada Astro


Jadi bermula pada 18 Mac hingga 31 April 2020 ini, Astro telah memberikan kesemua siaran percuma kepada pelanggan Astro yang melanggan Sport Pack. Jadi jika anda anda subscribe atau langgan Astro Supersports, FOX Sporst dan beberapa siaran lagi, anda layak untuk menerima siaran percuma ini.

Baca Juga : Senarai Nombor Channel Astro Yang Baru Bermula 1 April 2020

Tawaran ini akan diaktifkan secara automatik. Anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk dapatkan akses siaran percuma Astro ini.

Tawaran ini juga hanya diberikan kepada pengguna rumah kediaman sahaja dan segala movie pay per view adalah dikecualikan. Jadi kebanyakkan pengguna di Malaysia ini pastinya layak menerima akses percuma kesemua siaran percuma ini.

Saluran Filem Percuma Sempena Arahan Perintah Kawalan Pergerakan

Selain daripada itu, Astro juga bebesar hati memberikan akses percuma bagi saluran filem untuk semua pelanggan Astro bagi menyahut seruan Kerajaan untuk Duduk Di Rumah dengan Arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Saluran percuma ini akan bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 dengan beberapa channel yang ditawarkan antaranya adalah :
  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Manakala untuk pelanggan NJOI, anda juga diberi akses 2 siaran iaitu KIX dan Nat Geo Wild secara komplimentari.

Jadi dengan adanya akses percuma ini, anda bolehla duduk di rumah sambil menonton filem yang disediakan oleh pihak Astro secara percuma.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post