5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak

Kini seluruh dunia termasuk Malaysia sedang dilanda musibah wabak seperti COVID-19 ini. Jadi disini dikongsikan 5 doa yang boleh diamalkan ketika berlaku musibah ketika ini.

5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak

Ketika post ini ditulis, di Malaysia khususnya kes positif COVID-19 yang direkodkan lebih daripada 1000 kes dan menyebabkan 14 kematian. Data juga menunjukkan dari hari ke hari, kes ini semakin meningkat.

Jadi sebagai ikhtiar, pihak Kementerian Kesihatan yang berada di bahagian hadapan seperti jururawat dan doktor sedang merawat pesakit-pesakit ini. Kita yang berada di rumah ketika ini harus juga memainkan peranan bagi mengekang wabak ini daripada merebak kepada orang lain juga.


Selain itu juga, kita sebagai hamba juga percaya, Allah yang menurunkan sakit dan ianya juga yang menyembuhkannya. Jadi dari hari ke hari, kita mestilah berdoa kepadaNya supaya musibah ini dileraikan dari seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya.

Baca Juga : 12 Waktu Mustajab Doa Supaya Doa Mudah Dimakbulkan

5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Wabak

Islam juga mengajar kita beberapa doa yang boleh diamalkan ketika berlaku bencana wabak seperti COVID-19 ini. Jadi ikuti 5 doa tersebut dibawah ini

Doa 1


بِسْمِ اللهِ الٌّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang tidak memudarkan bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan di langit sedangkan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui. (Riwayat Abu Daud, no. 5088 dan al-Tirmizi, no. 3388)

Doa 2

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindun denganMu daripada penyakit gila, kusta, sopak dan sebarang jenis penyakit yang menggerunkan. (Riwayat al-Nasa'i, no. 5493)

Doa 3

اللَّهمَّ جنِّبْني مُنكَراتِ الأخلاقِ والأهواءِ والأسواءِ والأدواءِ

Maksudnya : Ya Allah! Jauhlahku dari sebarang kemungkaran dan kepincangan akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan juga penyakit yang menggurunkan. (Riwayat Ibn Hibban, no. 960)


Doa 4

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha Sempurna dari sebarang kejahatan yang diciptakan. (Riwayat Muslim, no. 2709)

Doa 5

اللَّهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتٌر عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي 

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu afiat di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan dan afiat pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah aibku dan amankanla ketakutanku. Ya Allah, peliharalahku dari depanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. Aku berlindungan dengan keagunganMu supaya diselamatkan aku dikalahkan (ditimpa musibah) dari bawahku. (Riwayat Abu Daud, no. 5074 dan Ibn Majah, no. 3871)



Amalkanlah doa-doa ini setiap masa terutamanya di dalam akhir solat anda. Insya Allah, setiap usaha yang kita lakukan serta doa pasti akan didengari oleh Allah SWT.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "5 Doa Yang Boleh Diamalkan Ketika Berlaku Bencana Wabak"

Comment Author Avatar
Aamiin
Mudah2an kita terhindar daripada ancaman wabak berbahaya ini