'Duduklah Diam-Diam Dirumah', Antara Luahan Perdana Menteri Kepada Rakyat Malaysia

'Duduklah Diam-Diam Dirumah', Antara Luahan Perdana Menteri Kepada Rakyat Malaysia

Sekali lagi, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersiaran langsung membuat perutusan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Beliau terpaksa bersiaran 2 kali kerana kedegilan rakyat Malaysia sendiri.

Pada hari pertama perintah ini nampaknya masih ada lagi rakyat Malaysia yang bebas berada di luar rumah dan bersesak di suatu tempat seperti di kedai makan. Sedangkan arahan sudah dibuat, kedai makan boleh dibuka tetapi terhad kepada delivery dan bungkus sahaja.


Perdana Menteri sepertinya highlight iaitu hanya perlu berada di rumah atau Just stay at home sahaja. Tak perlu melepak di kedai mamak, bersesak di kedai makan, LRT dan sebagainya. Sedikit sebanyak penyebaran virus jika ada kembali memuncak yang katanya mungkin sampai tahap 'tsunami' COVID-19 di Malaysia.

Baca Juga : Barang Online Kita Beli Daripada China, Kene CoronaVirus Tak? Ikuti Penjelasan Shopee

Selain itu juga, mungkin tempoh larangan ini akan dipanjangkan jika anda berdegil untuk tidak sentiasa berada di rumah. Anda boleh baca perutusan khas Ke-2 daripada YAB Tan Sri Muhyidding Yassin berkatan Stay At Home disini

'Duduklah Diam-Diam Dirumah', Antara Luahan Perdana Menteri Kepada Rakyat Malaysia

Pada 16 Mac 2020 yang lepas, Perdana Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Jadi jom tengok sedikit antara intipati daripada perutusan tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan Berkuat Kuasa Bermula 18 Mac 2020


'Duduklah Diam-Diam Dirumah', Antara Luahan Perdana Menteri Kepada Rakyat Malaysia

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi seperti berikut :

1. Larangan Menyeluruh Pergerakan Dan Perhimpunan Ramai Di Seluruh Negara


Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali

  • Pasaraya
  • Pasar awam
  • Kedai runcit dan 
  • Kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.


2. Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara


Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Semua Pelancong Tidak Dibenarkan Masuk Ke Dalam Negara


Kerajaan Malaysia telah membuat sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan Semua Sekolah


Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti

5. Penutupan Semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)


Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.


6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta 


Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau essential services iaitu

  • Air
  • Elektrik
  • Tenaga
  • Telekomunikasi
  • Pos
  • Pengangkutan
  • Pengairan
  • Minyak
  • Gas
  • Bahan api
  • Pelincir
  • Penyiaran
  • Kewangan
  • Perbankan
  • Kesihatan
  • Farmasi
  • Bomba
  • Penjara
  • Pelabuhan
  • Lapangan terbang
  • Keselamatan
  • Pertahanan
  • Pembersihan
  • Peruncitan dan 
  • Bekalan makanan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010.

3/Post a Comment/Comments

  1. Asalam, sungguh2 PM mahu kita JUST STAY AT HOME katanya..aduiii kan ada masa bersama familiy kat rumah. Kepada yang tak ikut..fikirkan ya..berepa ribu dah di syaki CV-19.Kematian dah jelas berlaku kat negara kita..masih nak berlegar ke kesana ke mari. Wajib tu tetap wajib..tunaikan demi Allah yang maha kuasa

    ReplyDelete
  2. rindu pulak rasanya nak masuk opis

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post