Nampaknya pencarian homestay yang berada di sekitar Masjid viral, Masjid Temerloh Jaya semakin tinggi. Kini sudah ramai sangat berhajat untuk merasai bagaimana solat subuh terutamanya dengan jemaah yang ramai.
Jika dulu, Temerloh terkenal dengan destinasi ikan patin tempoyak, kini ada satu lagi benchmark yang menaikkan nama Temerloh iaitu terdapatnya sebuah masjid viral dengan jemaah yang seumpama solat jumaat iaitu Masjid Temerloh Jaya (MTJ).
Baca Juga : Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat
Baca Juga : Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat
Dengaan itu, kini di masjid tersebut jika dilihat kemaskini daripada facebook Masjid Temerloh Jaya sendiri, hampir setiap hujung minggu pasti ada wakil daripada urusetia Masjid akan ziarah dan melawat bagi mempelajari sesuatu daripada pengurusan MTJ.
Tidak dengan wakil masjid juga, kini sudah ramai orang luar yang seakan datang ke Taman Temerloh Jaya semata-mata untuk merasai solat bersama terutamanya solat subuh di Masjid Temerloh Jaya tersebut. Kalau hujung minggu, geng motor-motor besar pasti ada je yang singgah. Ada juga gerak daripada Kuala Lumpur seawal pagi dan subuh di MTJ, kemudian pulang semula ke KL.
Alhamdulillah, itulah antara situasi terkini hampir setiap hari dan bertambah ramai hampir setiap minggu dengan jemaah daripada luar Temerloh. Kini orang ramai sudah mula berhajat untuk datang ke sini dan solat di MTJ. Jadi mereka perlukan penginapan, jika mereka tidak mampu utnuk memandu di pagi hari.
Jadi dengan itu, anda boleh lihat senarai lebih 10 homestay yang berada di sekitar Masjid Temerloh Jaya supaya lebih mudah untuk anda datang ke masjid bagi setiap kali waktu solat
Jadi dengan itu, anda boleh lihat senarai lebih 10 homestay yang berada di sekitar Masjid Temerloh Jaya supaya lebih mudah untuk anda datang ke masjid bagi setiap kali waktu solat
10 Homestay Berada Berdekatan Dengan Masjid Temerloh Jaya
Berikut antara homestay yang berada berdekatan dengan Masjid Temerloh Jaya
Bil | Homestay | Hubungi | Harga |
---|---|---|---|
1 | ZULHANI ROOMSTAY | 0109130031 | |
2 | AHYAT HOMESTAY | 0139840727 | |
3 | DAMAI HOMESTAY | 0199188028 | 0199312728 | |
4 | MZ HOMESTAY | 0199304127 | 0199190873 | |
5 | DYNA HOMESTAY | 0129559394 | |
6 | MAMA HOMESTAY | 0138841196 | RM230 |
7 | AZNITA HOMESTAY | 0199814024 | RM250 |
8 | TIMMIE HOMESTAY | 0199523356 | 0199843356 | RM200 |
9 | TEMERLOH JAYA HOMESTAY | 0139883993 | |
10 | HJ SHAHRUM HOMESTAY | 0199312728 | |
11 | NUR HOMESTAY | 0139339645 | RM200 |
12 | SITI HOMESTAY | 0199701710 | |
13 | NOH HOMESTAY | 0199553447 | |
14 | CIK SHIDA HOMESTAY | 0199886102 | |
15 | AN NAJAH HOMESTAY | 0195232727 | RM180 |
16 | KAK TIE HOMESTAY | 0199843351 | |
17 | KAK JUN HOMESTAY | 0199257291 | |
18 | PAK HABIB HOMESTAY | 0179447582 | |
19 | CIKGU ZULSHAFIE HOMESTAY | 0199162466 | |
20 | AMANI HOMESTAY | 0199706232 | RM230 |
21 | A&Z HOMESTAY | 0199166542 | RM150 |
22 | SHAH AFLY HOMESTAY | 0139611390 | RM200 |
23 | DANNIA HOMESTAY | 0172045085 | RM180 |
24 | ASMA' HOMESTAY | 0199701710 |
Diharap senarai homestay berdekatan dengan Masjid Temerloh Jaya ini bermanfaat kepada mereka di luar sana. Moh la datang Temerloh!
Akhir tahun lepas pergi Temerloh sambil makan ikan patin tempoyak dan melawat pusat konservasi gajah kebangsaan, Temerloh memang bandar yang menarik untuk dilawati.
ReplyDeletegood info aiman
ReplyDeleteGood info. Terima kasih 👍
ReplyDeletePost a comment