Kepada anda yang minat baking mungkin resepi ni anda kena cuba. Katanya ianya viral beberapa hari yang lalu terutamanya di facebook dan twitter. Rata-rata mencubanya sendiri di rumah selepas ketahui ianya viral.
Baca Juga : Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee
Resepi ni sepertinya mudah dengan menggunakan 4 bahan sahaja. Jadi mungkin lebih semangat lagi kalau nak baking selepas ni kan. Juadah ini juga boleh dihidangkan kepada seisi keluarga lagi-lagi kepada mereka yang suka kek dan juga milo
Resepi Kek Milo Viral
Seperti yang diberiatahu kek milo viral ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Ianya juga dibuat secara kukus sahaja. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah seperti dibawah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Arra Rechan di facebook.
Bahan-Bahan
- 2 cawan milo
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 4 biji telur
- Esen vanilla
Cara-Cara
- Blender kesemua bahan yang disenaraikan diatas sehingga sebati
- Letak adunan ke dalam bekas & kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak
- Nak pastikan sudah masak atau belom, cuba cucuk bahagian tengah kek menggunakan lidi. Jika tidak melekat pada lidi, bermaksud ianya sudah masak dan sebaliknya
Mudah kan caranya, anda boleh cuba dan lihat hasilnya sendiri. Jika sudah jadi, boleh hidangkan kepada keluarga dan yang tersayang
Dah nampak dah orang share tapi milo lak tak banyak dan telur tarak... nanti dah tambah stok nk cuba jugak
ReplyDeleteBanyaknyaaa milooo gunaaa, 😂 ingat ada tepunggg, patut x de gula sebab dalam milo dah manis
ReplyDeletemanis tak ?
ReplyDeletegebunya tengok!
ReplyDeletesape dah cube buat? jadi tak mcm dalam gambar yg diberikan tu. was-was jer nak cube pasal selalunya yg viral kurang bahan ni dijamin 90% tak jadi... hahahha
ReplyDeleteTengok gambar kek ni yg tak jadi, lucu jugak 😂
ReplyDeletekena cuba nanti ni. nampak macam sedap
ReplyDeletePost a Comment