Senarai Pemain Bola Sepak Disahkan Positif COVID-19 Setakat Ini

Pemain Bola juga tidak terkecuali dimana ada diantara mereka telah disahkan positif COVID-19. Lebih daripada 10 pemain bola sepak disahkan jangkiti COVID-19.

Senarai Pemain Bola Sepak Disahkan Positif COVID-19 Setakat Ini

COVID-19 merupakan virus yang kini telah menyerang hampir seluruh dunia termasuk lah dibenua Eropah. Walaupun katanya virus ini berasal daripada Wuhan, China tetapi kini ianya telah merebak diseluruh dunia dan statistik terkini menunjukkan Eropah antara yang paling besar terkesan.

Jadi sudah ramai penduduk dari benua ini telah dijangkiti termasuk jugalah pemain bola terutamanya daripada Itali yang kini menunjukkan kenaikkan secara mendadak bagi mereka yang dijangkiti virus ini.


Mungkin sebelum ini mereka selalu travel ke luar negara bagi menghadapi perlawanan di negara yang dijangkiti virus ini sehinggakan mereka tanpa sedar telah dijangkiti seterusnya di sahkan positif COVID-19.

Senarai Pemain Bola Sepak Positif COVID-19

Artikel ini ditulis mengikut keadaan semasa pemain tersebut dimana ada yang telah disahkan bebas daripada coronavirus ini dan ada juga telah menyebabkan kematian.

Baca Juga : Ikuti Perkongsian Pengalaman Pesakit Malaysia Disahkan Positif COVID-19

1. Mikel Arteta

Mikel Arteta

Mikel Arteta merupakan pengurus terbaru bagi pasukan tangga ke-9 ketika ini di dalam Liga Perdana Inggeris, Arsenal yang telahpun disahkan positif COVID-19. Tetapi kini, dalam beberapa hari yang lepas, The Guardian melaporkan dimana Mikel Arteta telah disahkan bebas daripada COVID-19 dan semakin sihat.

2. Marouane Fellaini

Marouane Fellaini

Bekas pemain terbaik Manchester United, Marouane Fellaini telah disahkan positif COVID-19 selepas beliau mengumumkan di akaun instagram miliknya pada 22 Mac 2020 yang lepas. Beliau yang kini bermain bagi kelab bola sepak China, Shandong Luneng Taishan F.C telah dirawat di hospital di China. 

3. Pemain Juventus (Daniele Rugani, Blaise Matuidi Dan Paulo Dybala)

Daniele Rugani, Blaise Matuidi Dan Paulo Dybala

Kini 3 pemain Juventus telah disahkan positif COVID-19 iaitu Rugani, Matuidi dan Dybala. Situasi di Itali juga sangat membimbangkan dan ternyata dalam 69 ribu kes, ada antaranya adalah pemain Juventus. 

Dalam kenyataan di instagram pada 22 Mac 2020 milik Paulo Dybala, beliau sahkan sendiri positif COVID-19 bersama teman wanitanya Oriana juga dijangkiti. Tetapi kesihatan mereka dalam keadaan baik, seperti yang diberitahunya.



4. Pemain Sampdoria (Manola Gabbiadini, Omar Colley, Albin Ekdal, Antonino La Gumina Dan Morten Thorsby)

Pemain Sampdoria

Pengurusan pasukan bola sepak Sampdoria daripada Serie A mengesahkan dimana 5 pemain mereka telah disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2020 yang lepas. Pada awalnya, hanya Gabbiadini disahkan positif pada 12 Mac sebelum itu, kemudian diikuti pemain lain seperti Omar Colley, Albin Ekdal, Antonino La Gumina Dan Morten Thorsby.

5. Lorenzo Sanz

Lorenzo Sanz

Lorenzo Sanz merupakan bekas Presiden Real Madrid (1995 - 2000) ketika mana pasukan itu menjuarai Piala Eropah (UCL) tahun 1998 selepas ketandusan piala itu bagi 32 tahun lamanya. Keadaan beliau diumumkan sendiri oleh anaknya di twitter dengan memberitahu bahawa ayahnya telah disahkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2020 yang lepas.


Tetapi pada 2 hari selepas itu, keadaan tidak mengizinkan dimana Lorenzo Sanz telah disahkan meninggal dunia. Ianya juga dilaporkan oleh pihak CNN

6. Paolo Maldini

Paolo Maldini

Siapa tak kenal dengan raja tackle, Paolo Maldini yang juga legenda AC Milan suatu ketika dahulu. Beliau bersama anaknya Daniel yang kini bermain bersama di kelab itu telah disahkan positif COVID-19. Sehingga kini mereka anak beranak telah melalui proses kuarantin selama 14 hari di rumah dan menunggu keputusan seterusnya.

7. Callum Hudson-Odoi

Callum Hudson-Odoi

Pemain Chelsea juga tidak terlepas dimana, Callum Hudson-Odoi telah disahkan positif COVID-19. Beliau antara pemain Liga Perdana Inggeris yang dijangkiti virus itu iaitu pada 13 Mac 2020. Beliau juga memberitahu di instagramnya, keadaan kesihatanya juga baik. Walaupun begitu, beliau juga masih semangat menjalani rutin exercise selama kuarantin di rumahnya.

8. Clive Allen

Clive Allen

Clive Allen merupakan bekas pemain England dan juga Tottenham Hotspurs. Beliau yang kini berumur 58 tahun telah disahkan positif COVID-19 dan telah pun menjalani proses isolasi di rumahnya bagi mengelakkan virus itu tersebar di tempat lain. 

1/Post a Comment/Comments

  1. harap kita semua dilindungi dan cepat sembuh\


    https://www.ibucida.com/2020/03/segmen-bloglist-2020-cida.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post